2014 FIFA World Cup Blogger Event

Friday, June 20, 2014


Salam awak!

Sekarang ni sana sini kita dapat lihat orang pakai jersey team pilihan masing-masing untuk FIFA World Cup 2014 ni. Perempuan pun terkena tempias tau.Termasuklah sy!

Kalau dulu nak tau result semasa bagi setiap perlawanan bola awak kene tengok sendiri perlawanan tu dekat TV sampai 5 ke 6 pagikan..tak pun check dekat website yg ada update tentang score perlawanan terkini. Tapi tidak tahun ni! Nak tau kenapa?

Haaa, sekarang ni awak tak perlu tunggu untuk orang update di website mereka untuk dapatkan score terkini setiap perlawanan di FIFA 2014 ni tau. Awak boleh cek sendiri semudah ABC!

Sebagai Official Broadcaster sempena FIFA World Cup 2014 Brazil ni, pihak Astro telah memperkenalkan Aplikasi-aplikasi yg sangat ohsem untuk memberikan liputan yg lengkap kepada kaki-kaki bola di luar sana melalui 4 platform iaitu “WATCH, PLAY, READ dan LISTEN”. Selain tu, Astro juga turut memperkenalkan StadiumAstro sebagai pusat dan sumber informasi berkaitan FIFA World Cup 2014 ni.

Meh ceq nak habaq sikit apa benda yg ceq dok sebut-sebut tadi..hehe

Stadium Astro

Banyak sangat informasi yg awak boleh dapat di website Stadium Astro ni. Awak boleh melayari stadiumastro.com  untuk mendapatkan berita, liputan terkini, keputusan terkini dan highlights perlawanan yg awak inginkan dengan mudah dan pantas. Selain tu, awak juga boleh mendapatkan informasi-informasi tentang perlawanan dari siri Piala Dunia sebelum ni tau serta stesen-stesen radio bertemakan Piala Dunia dan segala fail media digital mengenai Piala Dunia.


Eh-eh..malas nak buka computer? Takpe, muat turun je aplikasi Stadium Astro ni di telefon pintar awak, supaya awak bole akses segala informasi mengenai Piala Dunia ni di mana sahaja awak berada sama seperti di website Stadium Astro J


Ikuti jadual setiap perlawanan.


Dan perkembangan 2014 FIFA World Cup ni J

Muat turun Stadium Astro secara percuma di Apple App Store/GooglePlay Store and web player via StadiumAstro.com


WATCH

1. Astro Go 2014 FIFA World Cup

Bagi  para pelanggan Astro yg mempunyai “Pas Bola Sepak”, awak boleh menyaksikan kesemua 64 perlawanan bola sepak secara langsung tau melalui 10 saluran khas (5 SD/ 5 HD) !!  Pada yg tak ada “Pas Bola Sepak”, awak boleh membelinya pada harga RM100, atau pun hanya menonton perlawanan tertentu dengan membayar harga RM6 bagi setiap perlawanan.

Untuk menjadikan platform WATCH ni lagi best, Astro memperkenalkan aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup dan Web Player di mana para pelanggan Astro yg mempunyai “Pas Bola Sepak” boleh menyaksikan 64 perlawanan melalui telefon pintar, tablet dan computer.

Apa yg menariknya, Astro Go 2014 FIFA World Cup ni membolehkan awak menonton secara langsung sorotan dari ENAM buah multi camera sepanjang perlawanan!! 



Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup ni dilengkapi dengan Timeline dan Event Markers untuk instant replay, Multi-Angle review, info dan statistik, dan lebih daripada 4,000 klipVideo On Demand yg meliputi pelbagai perlawanan klasik siri Piala Dunia FIFA dari tahun 1966, 10 perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 disiarkan secara 3D dan program-program rasmi Piala Dunia dari FIFA.

Antara klip Video On Demand yg ada di aplikasi ini.

Walawei~~ gila ohsemkan? Kalau sebelum ni kita hanya dapat tonton dari 1 sudut, sekarang awak boleh tonton dengan 6 sudut yg berbeza dan boleh ulang tayang pulak  detik-detik yg best semasa perlawanan berlangsung! Hebat. Lepas ni tak heran dah kalau xsempat balik tengok bola, dalam kereta pun dah boleh tengok J

Bukan tu je..awak boleh juga cek jadual perlawanan pasukan pilihan awak dengan mudah J

Membuat perbandingan pemain dengan pemain.

Dan perbandingan pasukan dengan pasukan.


Best kan? Cepat-cepat download okey~

Muat turun Astro Go 2014 FIFA World Cup secara percuma di Apple App Store/Google Play Store and web player via StadiumAstro.com


2. Astro on the Go

Bagi Astro on the Go pula, kesemua 64 perlawanan bola sepak boleh di tonton oleh pelanggan Astro dan juga bukan. 30 dari 64 siaran langsung perlawanan diberikan secara PERCUMA kepada semua penduduk Malaysia dan perlawanan-perlawanan tertentu boleh ditonton dengan system bayaran untuk setiap tontonan (Pay Per View) iaitu RM6 untuk setiap perlawanan.


Muat turun Astro on the Go secara percuma di Apple App Store/GooglePlay Store dan via my.astroonthego.com


PLAY
Hah! Seriously, ini best!! Astro telah menyediakan permainan yg best gila untuk kaki-kaki bola kat luar sana tu test football instinct  mereka bila main permainan ni. Permainan yg sy sebutkan ialah:

1. Ola Bola Football Predictor


Ola Bola Footbal Predictor ni ialah permainan dimana awak boleh meramal skor yang akan dijaringkan pada sesuatu perlawanan, sepakan percuma, sepakan sudut dan sepakan penalty dalam perlawanan yg sedang berlangsung dan mendapat mata untuk ramalan yang betul. 


Haa..jawab lah.. gol ke?

Soalan Pre Match

Keputusan awak dapat nanti J

Awak juga boleh bersaing dengan kawan-kawan awak untuk mendapatkan mata yg tertinggi dan peluang memenangi “Foosball Table” !!Argghhhhh..Foosball Table!! Awak tak nak ke? Rugioooo..cepat-cepat download Aplikasi Ola Bola Predictor ni di telefon pintar awak!

Muat turun OlaBola Football Predictor secara percuma di Apple App Store/Google Play Store


2. Stadium Astro Fantasy #OlaBola Edition

Manakala Stadium Astro Fantasy membolehkan awak mencipta dan menguruskan pasukan bola sepak awak sendiri dengan melakukan pemindahan pemain, menyertai liga dan mengumpul mata berdasarkan prestasi sebenar pemain pilihan awak. 

Awak juga boleh bersaing dengan kawan-kawan awak untuk mendapatkan mata yg tertinggi untuk memenangi hadiah okey~

Layari Stadium Astro Fantasy #OlaBola Edition di Fantasy.olabola.stadiumastro.com untuk mencubanya sendiri!!




3. Who’s Side Will You Take?

Haa..bukan tu sahaja tau.. jom meriahkan lagi fenomena 2014 FIFA World Cup ni dengan menconteng muka awak (face-painted) dengan pasukan pilihan masing-masing! Hehe..jangan risau..kita cuma conteng di gambar sahaja.  Snap atau upload gambar awak dan pilih pasukan pilihan awak untuk dicontengkan ke muka!

Sy pun da cuba tau~

Step 1 : Pilih pasukan pilihan awak

Step 2 : Upload gambar awak

Step 3 : Adjust outline

Step 4 : Pilih pattern mana yg awak nak

Step 5 : Siap!!


Ini hasil contengan sy J

Dapatkan face-painted ni di olabola.my ,dan jangan lupa untuk set kan gambar awak tu sebagai profile picture di Facebook tau untukmenghangatkan lagi 2014 FIFA World Cup di Malaysia J


LISTEN

Jom dengarkan secara langsung perlawanan FIFA World Cup dan berita mengenai laporan sukan di Radio Arena, station radio sukan digital di www.stadiumastro.com.

Okey.
Ingat lagi tak hari tu sy ada beritahu yg Nuffnang ada jemput sy untuk ke World Cup Blogger Event?
Haa, punya la excited nak pergi sampaikan sy sampai ke tempat kejadian awal gila! Hahaha. Event tu bertempat di Hongdae-Mun, One City Mall. Sy tak pernah ke One City Mall tau, bila 1st time sampai ke sana perasaan jakun tu timbul sedikit..hehe..nak tau kenapa?

Ini pandangan dari atas ke bawah. Ada skrin besar gedabak ye di tingkat bawah sekali.

Dan ini pandangan dari bawah ke atas. Apakah itu? Hehe..atas bumbung One City Mall ada manusia sedang berlegar-legar. Takde tunggu lama-lama. Sy terus cari lift untuk ke 10th floor.

Taraa~~  omai2..ni la dia Skypark One City Mall!! Ada banyak restoran kat atas ni. Pilih je yg mana satu..hehe

Cantik wooo~ dah puas layan feeling kat atas tu, sy turun untuk ke agenda yg sebenarnya..hehe..kami berkumpul di Subway dan staff Nuffnang bawa kami ke Hongdae-Mun. Hongdae-Mun ni salah satu restoran dekat Skypark!!! 

Jumpa gadis-gadis manis ni. Hai Miza, Noza, Aisya, Mekonie dan Ida. 

Dan, ke mana sy pergi..mereka ni ada! Jodoh mungkin? Haha
Sebelum event, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk game sepanjang event nanti. Sy yg berbaju oren, dengan semangat Oranje, dimasukkan ke dalam kumpulan BRAZIL. Yee...brazil.

Meriahkan suasana dalam restoran ni. Apa lagi, sesi menerjah dan berposing la kami pun.

Masuk-masuk terus tangkap mascot ni peluk cium dulu. haha


Hai Mr. Jocko~  Hai Bang Nara~

Ni adalah host untuk malam tu. Reuben Kang (JinnyBoyTV), Host  Astro Football Overload dan Jun Yong, Host Astro Supersport Radio. Ohsem gila diorang ni!

Sebelum main game, kami disajikan dengan makanan korea. 

Sedap tau!! Sy suka ayam die~


Group photo sebelum dan selepas makan..hehe

Aksi selepas kenyang terlampau.

Oh..dan ini namanya cubaan selfie pandangan atas tanpa monopod. Haha!

Love the view so much!

Okey..da kenyang..jom main game pulak.
Ada 4 game yg kami kena main sepanjang event tu, 3 daripadanya adalah game yg menggunakan aplikasi astro iaitu Astro Go FIFA World Cup, Ola Bola Football Predictor dan Whose side will you take. 3 kumpulan yg mendapat markah tertinggi ada hadiah menanti~~

Kumpulan sy, Brazil ada 6 orang kesemuanya..3 Nuffnangers dan 3 lagi Churpers. Semuanya sy tak pernah jumpa. Hehe..ini adalah game pertama kami. Whose side will you take?
Macam yg sy terangkan di awal-awal entry ni, kami kena conteng muka kami dan upload ke facebook untuk dapatkan point.

Ini pula game kedua kami. OlaBola Football Predictor. Mencabar jugak tau nak main teka-teka bila gol nak masuk ni.

Ini tending bola masuk go. Tapi tengok cara sy tending pun da tau agaknya masuk ke tak kan? Jadi jangan Tanya berapa point sy dapat untuk game ni..heheh.


Haa..dan yg terakhir, Aplikasi Astro Go FIFA World Cup. Kami kena ikut 6 langkah seperti arahan untuk dapatkan point.

The brazilian~

Okey..rasa-rasa berapa banyak markah yg sy dapat untuk ke empat-empat game ni? Layak tak nak menang hadiah..sementara tunggu point kumpulan masing-masing dikira, Reuben Kang dan Jun Yong ada buat soalan-soalan cepukmas. Siapa dapat jawab dapat hadiah jersey dan macam-macam lagi.

Masa ni rasa macam nak suruh Qisti datang sekarang jugak! Tolong jawab kan soalan..hehe..dan yg pastinya sy tak menang apa-apa..haha!


Antara blogger-blogger lain yg sy sempat jumpa semasa event ni J

Dan pemenang nya ialah~~~ Iye..saya tak menang lagi..huhu..kesian :p
Tapi tak pe, sebab kami dapat goodies bag yg sangat ohsem okey~ tak menang pun takpe lah.

Muka-muka bahagia dapat barangan rasmi 2014 FIFA World Cup!!

Kami dengan staff Nuffnang J


Sebelum balik kami lepak kat Skypark ni kejap. Cantik kan masa malam?
Ada berani ke yg nak baring macam budak tu? Hehe

Terima kasih Nuffnang..terima kasih Astro untuk goodies ni J

Awak-awak jangan lupa ye download ke semua aplikasi astro sempena FIFA World Cup ni. Rugi tau kalau tak download. Mana tau menang hadiah kan? Boleh sharing dengan sy..sharing is caring kan~~


Xoxo,


post signature

You Might Also Like

11 comments

  1. Woah ! Bapak best , rugi gile tak ikut. Kalau tak dah sama baju dengan Sam dah Germany. Teheee ! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa..tulaa..xmo ikuttt..best gle tau!

      Delete
  2. Gayatnye kak ayue. Wuuu~nape best sangat tempat tu. Untung ah dapat jumpe blogger2 laen. :D

    ReplyDelete
  3. Hahaha. entry paling panjang. well done Ayu. Pening 2 3 hari buat entry ni. Hehehe. Awesome event, eh paling cuak dok atas kaca. gila gigil. Haha

    ReplyDelete
  4. Meriahnya... Event yang sangat ohsem :))

    ReplyDelete
  5. salam singgah. astro memang khusus untuk yg memang gila bola! mcm suamiku :P

    ReplyDelete
  6. Syoknya...Azwa tak pernah lagi ke Cita Mall..

    ReplyDelete
  7. Akak sejak dl apps tu kalau terlajak tido tak sempat tgk game mlm tu bukak je apps tu nk check scores hehe.


    Entry yg cukup panjang but full with info ;) looks like you guys have loads of fun. Best!


    Ps: skypark tu cun kan? Akak masa first time pegi dulu pun jatuh chenta. Tp time tu x sempat amik gamba...sibuk kejar anak :p

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page