Ramadhan dan Selsema

Sunday, June 29, 2014


Salam Ramadhan Al-Mubarak awak!

Syukur alhamdulillah, Allah panjangkan usia saya untuk menikmati sekali lagi Ramadhan di usia 27 tahun ni :)

Macam mana Ramadhan pertama awak?
Ada yang dah fikir nak berbuka puasa apa ke? hehe..relax la dulu..awal lagi ni :)
Ramadhan kali ni saya diuji dengan demam selsema. Pagi tadi bangun sahur pun rasa macam nak pengsan balik. hehe. Tapi semangat puasa punya pasal, saya gigihkan jugak bangun untuk ambil berkat bersahur ketika Ramadhan. :)


Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda: "Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t berselawat ke atas orang-orang yang bersahur."



Ada tak yang senasib dengan saya, selsema di hari pertama Ramadhan? hehe..jangan risau, sakit tu penghapus dosa..sambil kumpul pahala berpuasa, sambil hapuskan dosa. Syukur, insan-insan terpilih je yang dapat peluang macam ni tau. hehe..jadi jangan mengeluh kalau awak sakit ketika Ramadhan ye :)

Mulanya saya risau jugak sebab tak pernah selsema ketika Ramadhan, tapi lepas meng-google, lega la sikit rasa hati ni.

Hukum menelan lendir selsema atau hingus semasa berpuasa adalah sama sahaja dengan hukum menelan air liur. Jika seseorang itu telan air liur atau atau hingus (mucus) tidaklah membatalkan puasa. Apa yang dinasihatkan oleh ulama ialah agar lendir atau hingus tadi dikeluarkan. Jika seseorang itu berada didalam masjid, bolehlah diludahkan kepada kertas tissue. - [Al-Lajnah al-Daa'imah Lil-Buhuth wa Al-Ifta', 1/270]



Sheikh Utsaimin mensifatkan lendir hingus ini sebagai sesuatu yang kotor, dan tidak wajar ditelan. Akan tetapi bagi mereka yang telan lendir tersebut, tidaklah membatalkan puasa oleh kerana di bukan bersumberkan darah dan juga ia bukanlah sejenis makanan dan minuman.Kata beliau :
"Adalah haram untuk menelan hingus/mucus sama seseorang itu berpuasa atau tidak, kerana ia dianggap kotor dan kemungkinan ia boleh membawa penyakit yang dikeluarkan oleh badan. Akan tetapi ia tidaklah membatalkan puasa jika seseorang menelannya. Ini adalah kerana ia bukanlah bersumberkan darah dan menelannya tidak dianggap sebagai makanan dan minuman. Jika seseorang itu menelan setelah lendir tersebut memasuki mulutnya, ia tidak membatalkan puasa" - [Al-Sharh al-Mumti', 6/428]

Sumber : Al-ahkam.net

Jadi, tidak ada alasan untuk ponteng puasa tau!
Cuma..awak ada tips macam mana nak cepat baik selsema tak since nak makan ubat pun tak boleh ikut time kan..kalau ada sila lah share ye :)

Salam Ramdhan Al-Mubarak 1435H

xoxo,

post signature

You Might Also Like

4 comments

  1. Siannye k.ayue. First Ramadhan diuji. Huhu. Nak cakap banyakkan minum air, puasa pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula ana..akak bersin2 da lebih 20 kali da ni..huhu

      Delete
  2. Sy baru elok dr selesema sebelum blan ramadhan dtang.

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa ayu.. take care tau ;')

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page