[Beauty Review] : Safi Balqis White Trilogy

Wednesday, July 23, 2014


Salam awak!

Tinggal lebih kurang seminggu je lagi nak raya.Macam mana persiapan awak semua? Da siap ke belum? Da puas shopping sakan? Hehe..ke ada yang tunggu saat akhir baru nak shopping..yela, da hujung-hujung nanti lagi banyak yang lelong kan.. :p

Saya? Penat to the max cari barang raya last week! Tapi berbaloi sebab hampir semua barang da lengkap J Alhamdulillah..Cuma yang tinggal sekarang ni ialah sesi mencantikkan kulit wajah ni ha..cewah..hahaha...eh, nak raya kan? Mesti la nak kulit cantik berseri-seri betol tak?


Untuk awak yang masih tercari-cari produk untuk pencerahan sempurna dan selamat dari dalam, apa kata awak cuba Safi balqis White Trilogy? Hasilnya sangat-sangat berbaloi! Safi Balqis White Trilogy ni mempunyai kombinasi Arbutin yang terkenal untuk pencerahan kulit dan teknologi Nano BioWhite yang mampu melambatkan proses pigmentasi, mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit tau.


3 bahan utama yang ada dalam Safi Balqis White Trilogy ni ialah:

Arbutin
Arbutin berkesan merangsang sel-sel kulit, memulihkannya agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya seterusnya memastikan proses pencerahan berlaku dengan sempurna.

Nano BioWhite
Partikel nano bertindak meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin punca tompok hitam dan kulit kusam.

Ekstrak Kiwi
Kiwi bertindak sebagai antioksida dan mengelupas kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baharu. Kandungan semula jadi pada Kiwi yang kaya dengan Vitamin C (2 kali lebih tinggi daripada lemon) membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamat.


Pada saya, untuk mendapatkan kulit yang halus, mulus dan cerah sempurna, pencerahan kulit bukan saja dari luar, tetapi dari dalam. Berbeza dengan produk kecantikan yang ada di pasaran sekarang yang hanya menumpukan kecantikan luaran je, Safi Balqis White Trilogy mampu mencerahkan 3 lapisan kulit awak dalam masa :

3 Minit – Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semulajadi
3 Hari – Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit
3 minggu – Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit


Ohsem kan? Okey, meh saya nak bagitau awak langkah-langkah untuk mencerahkan kulit dengan menggunakan produk-produk yang ada dalam rangkain White Trilogy ni J

Untuk kulit NORMAL, awak boleh cuba Safi Balqis White Trilogy yang diperkaya dengan ekstrak buah KIWI ni okey. Jom ikut 5 langkah di bawah ni ye?



LANGKAH 1 – MEMBERSIH

Untuk langkah pembersihan muka, ada beberapa cara membersih muka yang boleh awak pilih.

1) Pembersih muka - SAFI BALQIS White Trilogy
Kulit yang kusam serta tona tidak sekata membuatkan wajah kelihatan tidak bermaya.Pembersih muka – SAFI BALQIS White Trilogy membersih dengan lembut tanpa menghakis sambil mencerah kulit dengan sempurna dan selamat.


Harga :
50 g – RM 6.70 (S/M) / RM 7.10 (S/S)
100 g  - RM 11.20 (SM) / RM 11.80 (S/S)

Cara penggunaan : 
Gosok pada tapak tangan dengan sedikit air sehingga berbuih. Urut dengan lembut pada muka kemudian bilas.

2) Buih pembersih muka -  SAFI BALQIS White Trilogy
Bertekstur ringan membantu membersih dengan lebih lembut dan mendalam.Ia membantu mengekalkan lembapan dan mengimbangkan tahap PH pada muka.


Harga :
150 ml - RM 15.90 (SM) / RM 16.40 (S/S)

Cara penggunaan : 
Pam ke atas tangan dan gosok. Urut dengan lembut pada muka kemudian bilas.Gunakan penyegar selepasnya.

Sponsored Video: SK-II x Tang Wei | Exclusive Interview On Her Dreams

3) Pembersih & Penyegar 2 dalam 1 - SAFI BALQIS White Trilogy
Dengan rumusan bebas sabun bertindak 2 dalam 1 sebagai pembersih dan penyegar.Manik-manik kecil di dalamnya mengandungi minyak bunga matahari bertindak sebagai antioksida yang memberi perlindungan kepada kulit.Ia membersih secara mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran di samping mengembalikan kesegaran tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit wajah.


Harga :
150 ml - RM 15.90 (SM) / RM 16.90 (S/S)

Cara penggunaan : 
Pam ke atas tangan dan urut dengan lembut pada wajah kemudian bilas dengan air.


4)  Skrub kiwi - SAFI BALQIS White Trilogy
Sel kulit mati dan kotoran akan menyebabkan kulit wajah kusam dan tak bermaya. Skrub kiwi SAFI - BALQIS White Trilogy membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran seterusnya mencerah kulit dengan sempurna dan selamat.


Harga :
100 g  - RM 11.80 (SM) / RM 12.20 (S/S)

Cara penggunaan: 
Basahkan muka. Sapukan pada muka dan leher.Urut perlahan-lahan dalam gerakan menaik kemudian bilas.Gunakan hanya 2 atau 3 kali seminggu selepas membersihkan muka.


5) Gel pengelupasan - SAFI BALQIS White Trilogy
Membantu menghilangkan bintik-bintik hitam dengan lebih mudah, menjadikan pori-pori lebih kecil dan kulit terasa halus apabila dibelai.


Harga :
40 g  - RM 16.90 (SM) / RM 17.50 (S/S)

Cara penggunaan: 
Sapukan gel pada muka dan leher yang kering selama 1 hingga 2 minit. Urut dalam gerakan memusing sehingga gel membentuk gumpalan kecil dan senang ditanggalkan.Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.Gunakan 1 hingga 3 kali seminggu.



LANGKAH 2 - MENYEGAR

Penyegar - SAFI BALQIS White Trilogy

Gunakan penyegar sebagai penyediaan untuk kulit wajah menerima rawatan seterusnya. Penyegar - SAFI BALQIS White Trilogy tanpa alkohol ini mencerah sambil mengetatkan pori wajah.


Harga :
100 ml   - RM 8.20 (SM) / RM 8.60 (S/S)

Cara penggunaan: 
Tuangkan sedikit pada kapas dan sapukan sedikit dengan lembut di muka.



LANGKAH 3 - MEMELIHARA

Serum - SAFI BALQIS White Trilogy
Penggunaan serum penting kerana ia menggalakkan proses pencerahan yang lebih efektif. Serum - SAFI BALQIS White Trilogy bertesktur ringan ini mengandungi molekul yang mampu meresap lebih jauh ke dalam sel kulit dengan cepat.


Harga :
20 ml   - RM 25.90 (SM) / RM 26.80 (S/S)

Cara penggunaan: 
Sapukan pada muka dan leher. Urut perlahan-lahan dalam gerakan memusing.Gunakan sebelum menyapu krim pelembap muka.



LANGKAH 4 – MELEMBAP

Terdapat 2 jenis krim pelembab..pelembab siang dan malam

1) Krim pelembap Siang SPF20 PA ++ - SAFI BALQIS White Trilogy
Mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV.Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.


Harga :
45 g – 18.50  (SM) / RM 19.30 (S/S)

Cara penggunaan: 
Sapu pada muka dan leher, urut perlahan-lahan dalam gerakan memusing, gunakan selepas Serum – SAFI BALQIS White Trilogy.


2) Krim pelembap Malam - SAFI BALQIS White Trilogy
Membantu proses pencerahan kulit dengan lebih intensif semasa anda tidur! Ia memelihara kulit agar tidak kusam dan bermaya serta memperbaiki kerosakan yabg dialami kuat pada waktu siang.


Harga :
45 g – 18.50  (SM) / RM 19.30 (S/S)

Cara penggunaan: 
Sapu pada muka dan leher, urut perlahan-lahan dalam gerakan memusing, gunakan selepas Serum – SAFI BALQIS White Trilogy.



LANGKAH 5 - MENYERIKAN

Terdapat 2 jenis krim untuk menyerikan lagi kulit awak tau J

1) Krim kecantikan –SAFI BALQIS White Trilogy
Tona kulit yang tidak sekata menjejaskan penampilan.Krim kecantikan – SAFI BALQIS White Trilogy bertindak sebagai asas solekan di samping menutup noda dan cela dengan sempurna.


Harga :
16 g – 7.90 (SM) / RM 8.20 (S/S)

Cara penggunaan: 
Sapukan pada muka dan leher. Urut perlahan – lahan dalam gerakan memusing.Gunakan selepas krim pelembap.


2) Krim BB SPF30PA++ dengan vitamin E – SAFI BALQIS White Trilogy
Bertindak menutup cela, melembap kulit serta menyamaratakan tona sebelum menggunakan solekan.Ia digunakan sebagai asas solekan dan pelindung UV.


Harga :
20 g – 19.90 (SM) / RM 20.70 (S/S)

Cara penggunaan: 
Ratakan pada wajah dan leher selepas menggunakan pelembap muka.


Siap!! Da boleh keluar jalan-jalan fefeeling macam Hanis Zalikha..hehe

Hanis Zalikha, duta produk Safi Balqis White Trilogy.

“SAFI BALQIS White Trilogy memberikan transformasi kecantikan dan keyakinan kepada diri saya dengan rangkaian produk yang bertindak pantas secara semulajadi daripada dalam dan selamat.Ia tercipta untuk anda dan saya, nadi kejayaan kita. Dapatkan wajah cerah sempurna dengan lima langkah mudah, membersih, menyegar, memelihara, melembap dan menyerikan dengan penggunaan berterusan rangkaian lengkap SAFI BALQIS White Trilogy. Bagi saya ia sebuah rangkaian komprehensif yang sempurna. Tiga produk asas mesti ada saya semestinya Pembersih muka SAFI BALQIS White Trilogy, Krim pelembap SAFI BALQIS White Trilogy dan serum SAFI BALQIS White Trilogy.Wajah cerah sempurna adalah milik kita bersama dalam 3 minit, 3 hari, 3 minggu pasti cerah sempurna."
— Hanis Zalikha


Bak kata Hanis Zalikha, 3 produk asas pun sudah memadai untuk awak yang ingin kan kulit cerah sempurna.

1) Pembersih Muka Safi Balqis White Trilogy
2) Krim Pelembap Safi Balqis White Trilogy
3) Serum Safi Balqis White Trilogy


Saya pulak da cuba kelima-lima langkah tadi. Hasilnya sangat ohsem!


1) Pembersih Muka Safi Balqis White Trilogy
2) Penyegar Safi Balqis White Trilogy
3) Serum Safi Balqis White Trilogy
4) Krim Pelembap Siang Safi Balqis White Trilogy
5) Krim kecantikan BB SPF30PA++ Safi Balqis White Trilogy


Tiap kali lepas cuci muka,  muka saya rasa lembut je..bau nya pun wangi tau! Rasa segar tiap-tiap pagi masa nak pergi office..hehe.krim pelembab pulak tak rasa melekit atau berminyak pun. Yang paling saya suka ialah Krim BB dan Serum Safi Balqis White Trilogy!! Ohmai, best gila pakai Serum ni. Serius! Da la wangi, lepas tu mempercepatkan proses pencerahan pulak..best!


Untuk yang tak suka Krim BB yang terlalu pekat atau rasa macam tebal je pakai, haa..Krim BB Safi Balqis White Trilogy ni memang sangat sesuai untuk awak..termasuklah saya..hehe..langsung tak terasa macam pakai krim BB tau. Tahan lama pulak tu.


Awak pun patut cuba okey? Serius sangat berbaloi..harga pada saya tersangatlah affordable untuk produk yang memberi kesan yang sangat ohsem ni. Haa, menarik kan? Tertarik tak? Jangan risau, Safi Balqis White Trilogy ni bukan sahaja untuk awak yang berkulit normal je ye..Untuk awak yang mempunyai masalah kulit BERMINYAK dan BERJERAWAT pun ada jugak.Safi Balqis White Trilogy yang diperkaya dengan ekstrak LIMAU GEDANG ini adalah yang terbaik untuk awak.

Safi Balqis White Trilogy dengan Ektrak Limau Gedang

Maafkan muka lapar nak berbuka puasa tu ye..hehe..yang penting, da petang, da berpeluh, Safi Balqis White Trilogy masih maintain je kat muka saya tu..i loike! J

Awak taknak ke raya nanti muka cerah sempurna? Mesti nak kan~~ haa, cepat-cepat dapatkan set Safi Balqis White Trilogi ni okey?

Oh ye, Safi Balqis White Trilogy sedang buat satu contest Teka-Teki tau!



Tempoh peraduan : 2 Jun 2014 - 31 Julai 2014

Awak yang berminat boleh la join..untung-untung menang, boleh dapat duit raya! Hehe



--------------------------------------------- UPDATE 9 Januari 2015 ---------------------------------------------

Since ada yang tanya Safi Balqis White Trilogy ni sesuai untuk umur berapa..saya pun tak sure jugak sebenarnya, jadi saya tanya sendiri ke pihak Safi.


Jadi, dah terang dinyatakan disitu..Safi Balqis White Trilogy ni sesuai digunakan oleh wanita usia 18 tahun hingga 28 tahun ye..harap jelas :)

--------------------------------------------- END UPDATE  -------------------------------------------


Untuk maklumat lanjut, awak bole layari laman web Safi ni ye.
Instagram:  @safimalaysia


“Selamat dan Suci”


Terima kasih Salina & Associates PR Sdn Bhd
Terima kasih Wipro Unza (M) Sdn Bhd


xoxo,


post signature

You Might Also Like

39 comments

  1. Kiwi scrub tu breaks my skin out, Banyak kali dah try nak suka die. tp asyik bjerawat je. *nangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. piece of my suggestion..jgn kerap guna scrub..lps dh guna makesure cepat apply toner or other mask..untuk ttp pori2 seblum kuman hinggap...and then ..satu reason muka berjerawat..sunblock wajib pakai..to protect ur skin siang hari...sinar uv rosakkan muka

      Delete
  2. fuyoo.. hanis zalikha pun dah jd duta Balqis...
    baru tau... he he..

    ReplyDelete
  3. kak ayueee nak guna ni jugakkkkkk

    ReplyDelete
  4. 1--- Yang macam penyegar , serum , pelembap, krim kecantikan tu x yah bilas ke ....2--- boleh ke budak2 pakai sebab adik saye tu mengade2 sikit perangai nye.. hehehe gune abg punye ...

    ReplyDelete
  5. hehe..comey je abg cmni..untuk soalan awak tu..

    1. Penyegar, serum, pelembab, krim..semua pakai tanpa bilas..memang lepas tepek kat muka kena biarkan :) hanya pencuci je kena bilas ye.

    2. Untuk Safi Balqis White Trilogy, umur yang sesuai adalah dari 18 tahun hingga 28 tahun..macam yang saya da update kat atas tu..cer tengok :) adek awak umut berapa..huhu

    ReplyDelete
  6. salam sis.. if dah sapu krim pelembap siang tu, perlu sapu jgk ke krim kecantikan/bb cream?

    ReplyDelete
  7. salam sis..if dah pakai krim pelembap siang tu, kena sapu jgk ke krim kecantikan/krim bb tu?

    ReplyDelete
  8. Saya laki, pon pakai produk pencuci dan krim safi white trilogy ni. Takpe ke???

    ReplyDelete
  9. Kalau umur 14 tahun pakai safi balqis white trilogy , apa terjadi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai masa umur 14 tahun sekarang umur dah 19tahun, takde apa2 pun kat muka.Cuma jerawat tuh biasalah hormon badan. Tapi pakai kejap je, patu tak pakai dah. Malas punya pasal hehe Hasilnya okay. Sekarang pun nak pakai balik sebab suka sangat produk nih.

      Delete
  10. alamakkk dah terbeli semua 1 set baru tau set ni utk gadis muda. akak dah 35thn... tak leh pakai la ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole kak..cuma kurang sesuai rumusannya. Umur macam kita ni lebih baik pakai Safi Rania Gold :)

      Delete
    2. Bole kak..cuma kurang sesuai rumusannya. Umur macam kita ni lebih baik pakai Safi Rania Gold :)

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  11. assalamualaikum ..saya nak tanya boleh ke kita guna pembersih muka & penyegar warna oren tetapi yg lain seperti krim pelembab semua tu.... kita guna warna biru punya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, bole takda masalah. Cuma kalau kulit awk bermasalah, sy galakkan awk guna safi limau gedang (oren) smpi kulit awk jadi normal. Lepas normal boleh guna safi balqis (biru) ya :)

      Delete
  12. assalamualaikum sis . kalau saya umur 15 tahun tak boleh pakai kee ?

    ReplyDelete
  13. saya umur 15 tahun so tak boleh guna ke ?

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum sis . kalau saya umur 15 tahun tak boleh pakai kee ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Akak tak galak kan dek sebab Safi sendiri dah tekankan produk safi balqis ni sesuai untuk 18 tahun ke atas. Tapi kalau adek ank pakai pencuci muka keluaran safi, boleh cuba safi fruity fresh ya. Yg itu untuk 12 tahun ke atas :)

      Boleh baca dekat sini : http://www.ayueidris.com/2015/09/safi-fruity-fresh-pencuci-wajah-untuk.html

      Delete
  15. kalau lepas pkai bb cream pkai bedak pulak boleh ke ?

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum tumpang tnye. berapa kali kekerapan penggunaan serum n krim pelembap siang n malam dalam satu hari? dan berapa kadarnya? trima kaseh☺

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum tumpang tnye.. serum n krim pelembap siang n malam perlu dipakai setiap hari ye? n brpa kadar nye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Aah perlu dipakai setiap hari. Dia macam rutin penjagaan muka harian gitu. Semua produk yg awak sebut tu perlu dipakai ikut turutan. Sy cuma guna 2 kali sehari. Sapu jgn terlalu banyak, nipis saja, cukup untuk cover muka dan leher :)

      Delete
  18. dulu sy pakai yg oren tu..kulit jadi kusam..bile pkai yg biru ni muke jd flawless gile..pkai pencuci je pon..sbab ape ye jd cmtu?yg oren tu untuk kulit ape...jd kulit sy ni jenis ape..hihihi..mlas nak pkir

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg oren, limau gedang utk kulit bermasalah seperti jerawat.

      Delete
  19. Kalau nak guna safi balqis white trilogi cleanser and toner kena cuci muka dulu dgn pencuci muka ke atau blh terus guna je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cleanser dulu baru toner. toner utk menyegarkan kulit selepas cuci.
      tapi kalau guna yg 2 in 1, cleanser + toner, tak perlu lagi toner sbb dah ade toner dlm pencuci.

      Delete
  20. assalamualaikum, nk tanya pembersih muka tu mmg kena pilih salah satu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih salah satu sja. Tak perlu beli semua. Ada org suka yg gel atau buih saja, ada org suka jenis krim, bergantung pada keselesaan masing2.

      Delete
  21. assalamualaikum, nk tanya pembersih muka tu mmg kena pilih salah satu ke

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum sis.. Kalau nak guna safi balqis white trilogi cleanser and toner kena cuci muka dulu dgn pencuci muka ke atau blh terus guna je? Dan berapa kali boleh pakai cleanser n toner tu dlm sehari?

    ReplyDelete
  23. Wslm, cleanser dulu baru toner. toner utk menyegarkan kulit selepas cuci.
    tapi kalau guna yg 2 in 1, cleanser + toner, tak perlu lagi toner sbb dah ade toner dlm pencuci. Seeloknya 2kali sehari saja.

    ReplyDelete
  24. Salam kak kalau sye pakai pncuci warna oren and just gune pelembap sahaja boleh tak? Ke takde response?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Ayue.. Kalau akak pakai semua termasuk krim kecantikan waktu malam boleh ke? Atau boleh ke pakai krim kecantikan trilogy waktu malam dan bawak tidur?

    ReplyDelete

Youtube Channel