En Mimpi Dreemers Fans Club Gathering di Pak John Steamboat

Saturday, December 27, 2014

Assalamualaikum awak~


Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku ku adalah milikmu
Sayangku ku adalah
Milikmu yang kau rindu
Doa-doakanlah diriku di dalam hatimu
Di dalam nafasmu
Sepanjang hari-harimu


Haha.,.pagi-pagi da jiwang ni kenapa? Tiba-tiba teringat event En Mimpi yang saya pergi haritu, 12/12/14 dengan budak comey Qila.
Actually event tu pasal En Mimpi Dreemers Fans Club Gathering. Nama pun gathering, mestilah En Mimpi nak duduk santai, borak-borak, chill dengan peminat dia ye tak? Ramai gila peminat En Mimpi ni..untuk gathering kali ni, seramai 100 orang peminat yang sanggup datang dari setiap pelusuk negara semata-mata nak jumpa dengan En Mimpi. Fuhhh..ramai tak ramai? Sampai separuh penuh la Restoran Pak John Steamboat tu...

Eh? Pak John Steamboat? Iyeee..En Mimpi Dreemers Fans Club Gathering ni diadakan di Pak John Steamboat cawangan eCurve, Mutiara Damansara. Awak yang tak tau pasal Pak John ni, sila jengah entry saya sebelum ni, saya da cerita panjang berjela tentang betapa ohsem nye makanan dekat Pak John ni..pehhhh...cakap je pun da lapar.


Tengok tu, akak-akak ni da ready da untuk diserbu dengan peminat En Mimpi..macam-macam barang yang disediakan khas untuk peminat tegar En Mimpi :)

T-shirt, button badge, buku beg..macam-macam lah..comey sebab ada kartun En Mimpi

Dapat jumpa dengan si cantik manis Ina Aina..yang lagi sorang tu biasa sangat dahhhhh...haha

En Mimpi ni bagus sangat..senyum je..baru perasan dia ada lesung pipit dalam gila punya! 
Camne la agaknya ek kalau dia bukak topeng tu? hehe

Sampai-sampai je dia terus nyanyi lagu untuk peminat kesayangan..
Sepanjang event ni bukan setakat lepak santai je..ada lucky draw, games, dan yang paling ohsem sekali, dapat join En Mimpi nyanyi sama-sama dalam dalam video clip lagu baru En Mimpi, Definisi Persahabatan!! Whooaaaa....untunglahhhhhh peminat En Mimpi yang datang event ni..bukan senang okey nak ada dalam video klip!

Hai awak~ saya suka la tengok lesung pipit tu! eh? hehe

Senyum lebar cik kak ni dapat jumpa face to face dengan En Mimpi..walaupun separuh face je..hehe

Masa ni semua da sibuk nak ambil signature si lesung pipit ni..

Kami plak awal-awal lagi da ambil sebab Ina nak balik Pahang..jeles tak? hehe

Tengok budak ni..excited terlebih bila tengok lebih daripada 100 pilihan yang ada dekat Pak John Steamboat ni..

Bukan nak kata lah, tapi dengan keluasan seluas 4700sqft, boleh memuatkan seramai 260pax pada satu masa, Pak John Steamboat ni memang sesuai sangat untuk awak buat event, seminar, pelancaran produk, majlis perpisahan atau majlis harijadi, semua boleh. Kalau tak nak ramai-ramai, dan nak privacy sikit, boleh ambil VIP room..takda masalah.

Peminat-peminat En Mimpi yang datang haritu hanya bayar RM65 seorang dan RM85 untuk tiket ekslusif..Da la dapat jumpa En Mimpi..dapat makanan yang sedap-sedap plak tu..boleh makan sebanyak mana pun yang diorang mampu..tipulah kalau ada yang kata tak kenyang tu kan?

Pastu, jangan risau..harga tu bukan lah fix ye..semuanya boleh dirunding. Harga boleh customize ikut kehendak awak..awak bagi budget, dan Pak John akan cadangkan menu-menu yang sesuai..memang bagus lah..RM25? RM48? RM60? pun boleh...masa bincang-bincang tu, senyum lebih sikit ok? hahaha

Untuk yang buat event tu, tak payah risau pasal PA System ke, pasal Projector ke..semua Pak John boleh sediakan..awak hanya perlu enjoy sepanjang event :) 

Oh oh..saya ada bagitau tak yang TomYam dengan Chicken Soup Pak John ni HOMEMADE?? pehh...sedap gila oi!! Sila lah cuba soup fav saya ni..memang takkan menyesal pilih. Ini serious.

Kami lepas kekenyangan~

Okey dah..dapat gambar ni, da boleh balik dengan hati tenang..hehe

Tak syok lah tengok gambar je..jom tengok betapa meriah and ohsem nye En Mimpi Dreemers Fans Club Gathering di Pak John Steamboat ni nak?



The Best Steamboat in PJ :

Pak John Steamboat & Yong Tao Foo @ eCurve
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-7733 3913/ 018-386 3139/ 018-389 3139



xoxo,

post signature


You Might Also Like

8 comments

  1. wauuu . teringin la nak jumpe en mimpi ni . lagi teringin nak tgok dye bukak topeng . heheh

    ReplyDelete
  2. azhar mustapa tu kawan. pemes btul dh dia skrang. haha

    ReplyDelete
  3. bestnya jumpa en mimpi T_T teringin meh.

    jemput singgah http://rainbowissunshine.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. hehuhehu sepp! Rindu lah kak ayu walaupun dh biasa jumpa hikhik.
    Nanti nak gi lagi lah jumpa encik mimpi utk next gathering wiwiwi

    ReplyDelete
  5. Seronok betul dapat berkumpul macam ni.

    ReplyDelete
  6. Amboiii sakan ! *lama peram entry ?* :P

    ReplyDelete
  7. sangatttt suka diz songgg....=p

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive