[Food Review] OLDTOWN White Curry

Monday, December 01, 2014

[Sponsored Post]


Salam awak~

Saya dan kari memang tak dapat dipisahkan. Menjadi anak kepada emak saya yang suka masak kari hampir setiap minggu tu sangat membahagiakan si bakal suami sebab favourite dia is Kari Daging!

Tapi kali ni saya bukan nak cerita pasal kari yang biasa mak saya buat tu, tapi pasal kari yang luar biasa sikit. Saya pun baru pertama kali dengar.


“OLDTOWN White Curry”


White Curry? Kari warna putih kah? Hehe..bukan..white curry ni sangat famous ye di Penang. Tapi susah nak dapat white curry yang halal. Jadi, terima kasih pada OLDTOWN White Coffee sebab memperkenalkan OLDTOWN White Curry yang super sedap ni. Serious!


Dengan kerjasama dari MyKuali, pengeluar “Penang White Curry Instant Noodles” yang diiktiraf sebagai No 1 mi segera terbaik di dunia untuk tahun 2014 oleh Ramen Rater , OLDTOWN White Coffee menggabungkan sup khas dan mee ciptaannya dengan white curry paste dari MyKuali untuk menghasilkan a series of White Curry di OLDTOWN.



OLDTOWN White Curry Series ni dihidangkan dalam 5 jenis mi pilhan awak. Antaranya Mee, Meehon, Hor Fun, Macaroni dan Pan Mee. Er, macaroni dan kari? Menarik kan? Kalau awak taknak mi pun takpa, awak boleh pilih White Curry Fish Balls. Pun sedap :)


Dan yang bestnya, bila dah makan pedas-pedas, panas-panas tu, OLDTOWN juga turut memperkenalkan minuman terbaru mereka, Peanut White Freezy. Ini sangat sedap okey~

Gabungan soya, kacang dan ditambah pulak dengan topping vanilla aiskrim, pergh! Memang sesuai sangatlah nak bagi pedas awak tu hilang lepas makan White Curry tadi..silap-silap order lagi satu?



OLDTOWN White Curry Mee (RM7.90)


Saya bukanlah penggemar mee kuning..tapi bila digabung dengan White Curry ni, tekak ni boleh terima


OLDTOWN White Curry Meehon (RM7.90)


Salah satu favourite saya :)


OLDTOWN White Curry Hor Fun (RM8.90)


Pun sedap jugak ni.


OLDTOWN White Curry Macaroni (RM8.90)


Okay, yang ni favourite saya. Macam pelik sikit, tapi sedap! Walaupun terendam je dalam curry tu, macaroni ni tak mengembang pun.


OLDTOWN White Curry Pan Mee (RM9.90)


Haa, yang ni paling special sebab dihidangkan sekali dengan ikan bilis dan cendawan kat atas tu.


OLDTOWN White Curry Fish Balls (RM3.90)


Untuk awak yang inginkan makanan yang lebih ringan boleh cuba ni ye. Takda mee :p


OLDTOWN Peanut White Freezy (RM7.80 ala carte / RM4.60 add on)


Gabungan soya, kacang yang ditambah dengan topping vanilla aiskrim..marbeles!


Hah! Terliur tak? Terliur kan?? Sure punya lah~ hahah


Sempat kenal dengan kak Suraya Sulatin yang super ohsem ni..peramah gila!



Hai akak Filla!



Weolss~


Awak yang teringin nak cuba OLDTOWN White Curry ni boleh la pergi ke outlet OLDTOWN White Coffee bermula 17 November 2014 ni hingga 31 Januari 2015 ye. Sementara stok masih ada J


Sure tak nyesal punya lah. Sedap!


Untuk info lanjut, boleh layari :


For more information, please visit to




#OLDTOWNwhitecurry


xoxo,

You Might Also Like

9 comments

  1. Sedapnya baru je pegi Oldtown aritu xde pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurul..promo ni bru start 17hb..hehe :)

      Delete
  2. Sedapnya... Kena pergi old town la gayanya..

    ReplyDelete
  3. Teringin sebenarnye nak merasa kari putih ni. Isk! Rasa santan lebih kan kak kan.

    ReplyDelete
  4. nampak cam sedap je, nak cubalah nanti ek

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page