Charity with Children of Rumah Hope at Jaya Shopping Centre

04 January 2015


Assalamualaikum awak~

Kisah ni berlaku masa nak dekat Christmas hari tu..yee..tau..da masuk tahun baru da pun kan..hehe..ampun..tapi nak cerita jugak sebab benda ni sesuatu yang bagus untuk dikongsikan :)


Dengan semangat kerjasama, kebajikan dan kasih sayang, Jaya Shopping centre meraikan Christmas dengan kanak-kanak dari Rumah Hope. Ada lebih kurang 153 orang kanak-kanak berusia dari 3 hingga 17 tahun dari beberapa rumah anak yatim. Antaranya Rumah Hope, Rumah Juara Rumah Sayangan dan Shelter Home.

Bagusnya aktiviti macam ni sebab musim perayaan adalah musim yang paling bahagia sekali buat kanak-kanak..tapi bagi kanak-kanak yang sudah kehilangan ibubapa, tentu mereka berasa kekurangan..jadi aktiviti macam ni pastinya dapat mengembirakan mereka..

Sementara menunggu persembahan bermula, anak-anak yatim dari Rumah Hope beratur untuk dapatkan popcorn

Ada macam-macam aktiviti yang dilakukan sepanjang majlis tu, antaranya carolling, menyanyi, menari, live band music dan yang paling best sekali, hadiah Christmas dari Charity Gift Drive.

Charity Gift Drive

Antara yang buat persembahan hari tu adalah Dewi Liana Seriestha, Miss Malaysia World 2014. Suara dia tersangatlah sedap, meremang bulu roma ni bila dia nyanyi lagu Phantom of the Opera tu. 


Dewi Liana Seriestha, Miss Malaysia World 2014 menyanyikan lagu kemenangannya untuk mendapatkan title Miss Talent baru-baru ini di peringkat akhir pertandingan ratu dunia, buat anak-anak yatim dan patrons of Jaya Shopping Centre


Kanak-kanak ni kelihatan gembira bila menerima hadiah Christmas awal dari Jaya Shopping Centre yang diberikan oleh Dewi, Miss Malaysia World 2014


Happy bila tengok kanak-kanak ni gembira bila dapat hadiah masing-masing :)


Kanak-kanak dari Rumah Hope bergambar dengan Dewi, Miss Malaysia World 2014, Puan Santha Kumari,Care giver of Rumah Hope dan Radlin Ramsah, Advertising & Promotions Assistant Manager of Jaya Shopping Centre

Sila abaikan perbezaan ketinggian yang ketara disitu..hehe



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.