Magnum Gold Pursuit Finale

05 January 2015

Assalamualaikum awak~


Magnum Gold telah melancarkan Pertandingan Magnum Gold Pursuit dari Ogos 2014 hingga 31 October 2014. Dan bulan lepas saya telah berpeluang melihat sendiri Magnum Gold Pursuit Grand Finale yang terdiri daripada 20 orang finalist.

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi ganjaran dan penghargaan kepada peminat setia Magnum.
Sejajar dengan tagline As Good As Gold, Magnum Gold memberi pengalaman sekali dalam seumur hidup kepada mereka dengan memberi ganjaran emas.


Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua orang melalui pembelian ais krim Magnum (90ml). Dengan menaip kod abjad angka 13 digit yang terdapat pada batang aiskrim Magnum, mereka akan diberi ganjaran sama ada dengan duit syiling Magnum Gold atau berpeluang untuk memenangi hadiah utama, sebuah BMW 3 Series. Untuk bersaing untuk hadiah utama, mereka terpaksa mengambil bahagian dalam permainan online vault game dan membuka Magnum Gold Pursuit Vaults untuk mencari syiling Magnum Gold tersembunyi . 20 finalist akan bersaing untuk mendapatkan hadiah utama di Magnum Gold Pursuit grand finale.


20 finalist telah menjalani 3 peringkat permainan minda dan fizikal terhadap masa secara individu. Cabarannya telah direka selaras dengan konsep "Heist Terbesar dalam Sejarah"  di mana cabaran utama bagi mereka adalah untuk memecah masuk ke dalam Magnum Gold Vault untuk memenangi hadiah utama di peringkat akhir. Peringkat pertama memerlukan mereka untuk menyelesaikan blue print puzzle yang membawa kepada kod rahsia yang membolehkan mereka untuk membuka pintu untuk ke peringkat ke-2. 




Hanya 10 peserta akhir berjaya ke peringkat ke-2 dan setiap daripada mereka telah diperkenalkan kepada media dan tetamu sebelum meneruskan cabaran mereka.



Di peringkat kedua mereka dikehendaki untuk menyahaktifkan bom. Setiap finalis perlu mengambil bom dan melalui tiga halangan kemudian meletakkan bom di garisan penamat.

Hanya 3 orang berjaya ke peringkat akhir. Encik Fung Yoke Yan, 26 tahun, Cik Ann See Peng, 24 tahun dan Mohd Hafiz Bin Othman, 29 tahun. Mereka dikehendaki membuka kunci Magnum Golden Vault untuk memenangi hadiah emas - BMW 3 Series. 

Pemenangnya...




Encik Fung Yoke Yan berjaya memecahkan kod Magnum Golden Vault dengan empat kod angka 4260 (mewakili sejumlah 4 juta 260 ribu batang ais krim Magnum yang telah dijual sejak pengenalannya)

Untunglah menang BMW kan..sambil tonton pertandingan tu, kami dihidangkan dengan Aiskrim Magnum.

Takyah pergi Magnum Cafe dah..hehe

Sedap gila.

Meroyan tak menang emas :p


Tahniah pada pemenang :)

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.facebook.com/Magnum


xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Amboi gambar lastttt, amik satu letak dalam bag. tapi kalau betul laaaa. hehehehe :)

    ReplyDelete
  2. Muka kak Ayue tu macam tak nak lepas jongkong emas tu. hehehehe

    ReplyDelete
  3. okay jelly bean kejap Fung Yoke Yan menang bmw tapi double jelly bean Ayue dah makan magnum ala magnum cafe.. argh nak jugak

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.