Nivea Men Triple Shiled bersama Nazim Othman, Zul Ariffin & Kevin Zahri

13 January 2015

Assalamualaikum awak~


Masa saya dapat invite untuk ke event Nivea Men Triple Shield ni..rasa macam nak menjerit..melompat..semua ada! haha..mana taknya, artis yang saya selalu stalk aka skodeng ada kat event tu nanti! Oh Nazim Othman~ Hahah! Pasal dia ni la si qisti tu selalu jealous tau.. :p


Okey.




Pasal Nivea Men Triple Shield ni. Sejujurnya, qisti memang pakai brand Nivea sebagai pelindung bau 'tiak' dia..hehe..and saya suka gila bau nivea ni sebab..sebab..best lah! Errr, statement ni buat kantoi ke saya suke bau qisti??! Tet! Sila google bau ketiak bakal suami menenangkan..hahah :p



Masa majlis pelancaran Nivea Men Cool Kick, Nazim Othman, Zul Ariffin & Kevin Zahri ada sebagai duta produk ni. Mereka main game Triple Shield Challenge. Saya pun sign up untuk main game ni jugak sebenarnya..tapi last-last tak berani!! 


Game yang saya main ialah game iPad. Menang ok! :)

Tiba-tiba rasa Zul Ariffin ni comel jugak ek? haha :p

Nazim Othman ku~ (Saya tau qisti jealous..hhahah!)

Idola Kurus : Kevin Zahri :)


Saya ada cerita nak bagitau pasal Zul Ariffin, but dalam entry lain..tak sabar! Untuk entry ni saya just nak cerita pasal NIVEA MEN Cool Kick ni dulu ye :)


Lelaki dan bau badan?


" Obsesi lelaki terhadap penyelesaian masalah bau badan telah wujud sejak berabad lamanya. Cuaca panas dan gaya hidup aktif membuatkan lelaki mudah berpeluh. Peluh menyebabkan bahagian bawah lengan melekit dan mengundang ketikdakselesaan yang menjurus kepada pengumpulan bakteria. Ia kemudiannya menjadi punca kepada bau badan "


Peluh, bakteria dan bau badan memang masalah normal yang dihadapi lelaki sampai ada yang memberi kesan terhadap keyakinan diri diorang..betol tak? Tipu lah kalau awak kata TAK pernah terbau bau badan lelaki yang SANGAT tak boleh blah..lagi-lagi kalau naik public transport..kan?? Tau dah sebab saya sendiri pernah alami masalah itu berulang kali.

Tapi..tapi..tapi.........untuk awak, terutama lelaki yang jadi tempat para wanita menenangkan diri..hehe..tolong lah..ambil inisiatif untuk menutup segala bau itu dengan NIVEA MEN Cool Kick ni. NIVEA MEN Cool Kick ni boleh beri perlindungan ganda tiga daripada peluh, bakteria dan bau badan sebab ia mengandungi formula Cool-Care yang memberikan kedinginan maksimum dan kesegaran berpanjangan kepada bahagian bawah lengan bagi mengelakkan rasa melekit walaupun pada cuaca panas.. Hebat kan?




NIVEA COOL KICK – TRIPLE SHIELD CHALLENGE
Satu Perisai, Tiga Perlindungan Menentang Peluh, Bakteria, Bau.


NIVEA melaksanakan Cool Kick – Triple Shield Campaign, kempen yang direka sebagai satu bentuk cabaran kepada golongan lelaki sama ada dalam bentuk digital atau di medan pertempuran sebenar (ground battle). 

Para pengguna boleh menyertai cabaran ini secara digital menerusi permainan dalam talian Triple Shield yang boleh diakses di laman Facebook NIVEA MEN MALAYSIA www.apps.facebook.com/tripleshield/ di mana hadiah bernilai RM80,000 kini sedia untuk dimenangi. Peraduan ini berlangsung bermula Januari sehingga April 2015.

Selain kempen digital, cabaran di medan pertempuran sebenar juga dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 April 2015 di Blue Concourse, Sunway Pyramid melibatkan 64 pasukan daripada kolej-kolej seluruh Malaysia. Mereka akan bersaing selama dua hari bagi merebut hadiah bernilai RM50,000.

Idea terhadap pelaksanaan Triple Shield Game ini tidak hanya bertujuan memberi keseronokan, malah ia turut menekankan kepada tiga masalah biasa yang sering dihadapi lelaki sehinggakan mempengaruhi tahap keyakinan mereka dalam kehidupan seharian. Permainan yang diinspirasikan daripada sukan dodgeball itu memerlukan pasukan yang dianggotai tiga ahli untuk mempertahankan diri daripada serangan tiga jenis biji bola yang dilontarkan pasukan lawan. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mampu mempertahankan diri paling lama daripada tiga ancaman menggunakan perisai (triple shield) yang disediakan akan memenangi perlawanan dan layak untuk ke peringkat seterusnya.



NIVEA MEN Cool Kick boleh didapati dalam :


Botol roll-on 25ml pada harga RM4.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak)
Botol roll-on 50ml pada harga RM9.80 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak)


Stick 40 ml pada harga RM11.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak). 


Semburan (spray) 150ml pada harga RM15.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak). 


NIVEA MEN Cool Kick kini boleh diperoleh di semua farmasi, pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara. 

Untung lahhhh orang tu..dapat stok berbulan..ish.


Untuk keterangan lanjut tentang NIVEA MEN Cool Kick, layari 

www.NIVEAMEN.com.my
www.facebook.com/myniveamen


"It Starts With You"



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Oh Zull Ariffin ku.. Eh! tetibaaaa.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa entry ni la yang elak nak baca ni. Haish.

    ReplyDelete
  3. Rasanya Encik husband pakai Nivea ni jgk..jap nanti balik umah nak check ahaha...

    ReplyDelete
  4. uwaaaa.. zul ariffin... jeles jeles jelessss... ^_^

    ReplyDelete
  5. onie suka nivea man,hahahahaha....menang ipad?mana mana mana mana?

    ReplyDelete
  6. Kalau kakak saya baca entri ni, mahu meraung dia. Dia suka Nazim Othman juga. hehehe

    ReplyDelete
  7. wow..!bertuahnya dapat invitation gini.. 😊😊👍👍

    ReplyDelete
  8. dulu pernah guna Nivea tapi bau tu tak tahan sangat sebab macam melekit hangit.. haha

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.