Tanah Aina Cafe : Cafe and Fitness Centre at Shah Alam

11 February 2015

Assalamualaikum awak~

Baru-baru ni saya ada join Gathering Blogger 2015 anjuran HaiBlogger! dan sebuah cafe yang baru je buka iaitu Tanah Aina Cafe. 


Haa, macam pernah dengar tak nama Tanah Aina ni? Sejujurnya, saya memang tak pernah dengar pun sebab saya bukan lah seorang pencinta alam. Errr, maksudnya saya jarang masuk hutan atau pergi bercuti di kawasan seumpamanya. Saya lebih kepada kawasan pantai :)

Tapi, buat pencinta alam, nama Tanah Aina ni sure biasa dengar kan? Ia merupakan nama resort dalam hutan yang sangat cantik! Masa saya terima jemputan untuk ke gathering ni, saya ada google sikit sebab nak tau latar belakang cafe ni kan. Surprisingly, saya jatuh cinta terus dengan Tanah Aina Resort! Resort yang terletak dalam hutan yang cantik, penuh warna hijau, sungai semua tu. Masuk dalam wishlist terus. Wajib pergi jugak satu hari nanti. Ini serious. Tak percaya? Nah, tengok sendiri :)

http://www.tanah-aina.com/

Selain resort, pemiliknya Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina juga mempunyai sebuah restaurant di Bentong, Pahang iaitu Tanah Aina Azareena Seafood Steamboat Restaurant dan baru-baru ni membuka sebuah cafe iaitu Tanah Aina Cafe.


Tanah Aina Cafe ni terletak di Batu 3, Shah Alam. Dekat sangat dengan rumah saya, jalan kaki pun sampai rasanya. Sebelum pergi ke gathering ni, kami masing-masing memang excited habis sebab lama sangat tak jumpa dengan iday and onie, pastu dapat jumpa dengan blogger-blogger lain. Yang first time jumpa pun ada, memang best lah.




Dari luar memang da nampak eksklusif da cafe ni, bila masuk dalam lagi lah kan. Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina ni merupakan seorang pencinta alam yang tegar. Dengan bercirikan alam semulajadi, dekorasi dalam cafe ni cantik sangat. Semuanya nampak macam aman damai je. Sesuai sangat untuk yang nak duduk makan sambil cari ketenangan tu. 




Cantik sangat!!

Cafe yang diusahakan bersama anak gadis Puan Sri, iaitu Farhana ni bukan saja cantik, tapi makanan yang disediakan pun sedap. Untuk awak yang pentingkan makanan yang sihat, sesuai sangat untuk datang dan cuba makan di Tanah Aina Cafe ni sebab kesemua masakan yang disediakan adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet, perasa tambahan atau MSG. Whoaa..bukan senang okey nak dapat makanan tanpa bahan tiruan semua tu selain dari rumah sendiri. Betol tak? 

Yang best nya, ada di antara menu-menu yang disediakan merupakan air tangan Puan Sri sendiri seperti Kuih Lopis, Pengat Durian dan kuih tradisional yang lain. Jom tengok menu-menu yang disediakan di Tanah Aina Cafe ni.


Antara menu rare yang ada dekat Tanah Aina Cafe ni adalah Nasi Goreng Lesung! Nasi ni dihidang dalam lesung tau..haa, mana nak dapat?











Fuhh..terliur habis! Menarik sangat kan? Selain dari makanan antarabangsa, Tanah Aina Cafe juga ada menyediakan masakan tradisional seperti Nasi Lemak, mee kari , mee hoon sup dan banyak lagi. Saya lebih kepada makanan tradisional, qisti pulak suka makanan antarabangsa. Jadi, cafe yang menyediakan pelbagai jenis makanan macam ni memang kami suka pergi sebab masing-masing boleh makan puas hati. hehe.


Haa, menu Nasi Lemak ni lain sikit dari yang lain sebabnya dia ada Ikan masin..selalu kita makan ada ikan bilis je kan? 







Nampak tempting sangat kan? Siap ada Churros lagi..awak da pernah rasa ke belom Churros? Kalau belom, bole cuba dekat Tanah Aina Cafe ni tau.sedap! Ada Churros Chocolate dengan Churros Cinnamon Sugar..saya suka yang chocolate la ofcourse..haha


Menu favorite saya adalah Pengat Durian!! Sedap sangat..ramai yang siap bertambah-tambah lagi tau. Kata Puan Sri, ni antara killer menu dekat Tanah Aina Cafe, awak wajib cuba tau sebab durian yang digunakan untuk buat pengat ni di ambil dari kebun Tanah Aina Resort sendiri. Wahh!

Dan, menu yang paling rare sekali adalah ini.


Congkak Tea Set for 2 including tea or coffee
Menu ni ada14 dessert disusun dekat lubang-lubang congkak tu. Pastu dihidang sekali dengan guli tau. Lepas habis makan, kalau awak rasa nak main congkak, dipersilakan. Puan Sri alu-alukan. Hehe.








Kemain lagi masing-masing girang tengok makanan..hehe

Oh ye, selain dari seorang pencinta alam yang tegar, suka masak dan baking, Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina juga minat exercise. Di tingkat 2 Wisma Tanah Aina ni, Puan Sri ada buka Ladies' Fitness Centre dengan kelas yoga dan zumba. Ohsem gila kan? Lepas buat exercise, bole makan minum benda yang sihat-sihat. Tabik spring lah Puan Sri. Patut lah badan maintain comel je.





Okey.

Dari tadi dok sebut Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina. Tapi yang mana satu kan?


Comel je kan? hehe..

Thanks HaiBlogger! dan Tanah Aina Cafe sebab sudi jemput kami buat food review :)

Awak kalau nak pergi cafe penuh dengan makan sihat tanpa perasa tiruan dan siap ada fitness centre di Shah Alam, boleh la pergi ke Tanah Aina Cafe ni sebab harganya sangat berpatutan dan affordable. :)




Tanah Aina Cafe 

Wisma Tanah Aina 
No: 1, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu 3 
Shah Alam, Selangor
+603 5524 3258






xoxo,

post signature

Credit picture : Islam suami Iday

Join the conversation!

  1. Kenapa muka nampak sembab awaaaaaa.

    p.s : jeles punya pasal , taknak komen pasal makanan. hahaha. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab DEMAM + BATUK + SELSEMA..tpi gigh nk pegi food review....hahahaha..

      Delete
  2. menarik ni.. nanti boleh lah saya ajak my hubby dating sini.. tq ye ayue bagitau tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2..nnt wat review jgk tau..hehe..cantek cafe ni :)

      Delete
  3. Menarik ya g konsep Menu Congkak tu...

    ReplyDelete
  4. ohhh sedap nye pengat dorian tu Y__Y

    ReplyDelete
  5. Baca-baca, tengok kat bawah. "Islam suami Iday" Hahahaha.

    Lapar pulak tengok gambar-gambar ni . Hehehe

    ReplyDelete
  6. Wehh apa ni tayang makanan? Menagis tengok. hahahaha :P

    ReplyDelete
  7. sedapnye menu2 dia. nk kne try ni.Pernah dgr2 je tp xprnah g. nk kne put on wishlist ni heee

    ReplyDelete
  8. hoiii..! ada churros sekali...hahahaha...sedap!

    p/s : Padan la familiar muka owner...kawan baik bos Sally laaaa :P

    ReplyDelete
  9. Nampaknya.....boleh dikatakan semua yang datang makan tempohari sangat suka dengan pengat durian yang dimakan dengan pulut tu kan... kalau makan 3,4 ketul confirm mata mengantuk terus

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.