How to create video with Meipai (English & Chinese Version) - Part 2

Monday, March 02, 2015

Assalamualaikum~

Saya suka rekod video. Kalau ada event tertentu ataupun moment yang saya rasa saya nak abadikan kan kenangan tu dalam video, saya mesti rekod. Salah satu aplikasi yang menjadi favorite adalah Meipai -Capture the wonder.


Sebelum ni saya pernah terangkan secara detail dekat entry ni :




Tapi tu entry tahun lepas masa Meipai masih lagi Version 1. Sekarang saya nak cerita Meipai Version 3.0.0 pulak. Haa, da version 3 tau. Makin banyak benda menarik yang awak boleh buat dengan Meipai ni.



Antaranya :

- Mempunyai option sama ada untuk membuat VIDEO atau PHOTO MV
- Duration video Meipai kini boleh dipanjangkan sehingga 60saat
- Fungsi emoticon di video Meipai
- Mempunyai URL video dan HTML code
- Setting privacy
- # Hashtag & @ Mention friends

Banyak kan?? Makin senang dan best nak guna Meipai ni sebenarnya, cuma tu la. Untuk pengguna Android, Meipai masih belom ada english language. iOS je ada. Kesian kan untuk pengguna Android macam saya ni? Hari tu Meipai ada keluarkan survey form untuk saya isi sebagai penambahbaikan Meipai ni. Salah satunya Meipai untuk Android dalam english language. Harap-harap tak lama lagi ada la kan? hehe.

So, kali ni saya nak cerita detail pasal update terbaru dari Meipai ni supaya awak yang guna Android tu bole have fun create video Meipai macam iOS user :)



Video 60 saat


Sekarang awak mempunyai pilihan untuk rekod video yang lebih panjang hingga 60 saat. TAPI, untuk video yang 60 saat, takda Music Video (MV) ye. 


Maksudnya, takda option untuk awak edit letak musik dan tema cantik-cantik tu. Cuma akan ada option untuk lajukan video 60 saat tu (1x / 3x / 6x) Hmm. kekuatan Meipai ni dekat MV dia kan, bila takda option tu untuk video 60 saat, lebih kurang macam rekod video biasa je la ek?




Photo MV


Haa, yang ini best! Kenapa?  Sebab awak bole edit je gambar-gambar awak yang da sedia ada dalam phone tu untuk buat video Meipai yang BEST. Awak boleh pilih dari 3 hingga 6 keping gambar saja ye.


Yang bestnya, masa awak pilih MV mana yang sesuai dengan gambar tadi tu, ada antara MV tu mempunyai option untuk edit caption/text dekat video. Ohsem kan? Tapi ada limit tau. tak boleh panjang-panjang.




Add Emoticon


Okey, yang ni yang paling baru sekali. Dekat Photo MV tadi, kalau awak taknak import gambar-gambar lama untuk di edit, awak boleh terus klik snap (button pink besar tu) untuk edit satu (1) gambar saja. 


Awak boleh zoom dan drag dulu gambar sebelum crop. Lepas tu pilih mana satu filter yang berkenan di hati. Untuk add emoticon, nampak tak smiley gedik tu? Hehe. Klik situ.


Dari situ awak just pilih emoticaon mana yang awak nak, dan pilih sama ada nak rekod suara atau letak caption je dekat gambar tu nanti. 


Nanti siap hasil dia akan jadi macam ni. Saya buat dua (2). Satu caption dan satu lagi rekod suara.




# Hashtag & @ Mention Friends



Nampak tak tu?Lepas je siap MV / Photo MV awak tadi, lepas klik NEXT, sebelum share, awak boleh hashtag tau sekarang ni.. Pastu tag/mention kawan. Biar diorang tau yang awak da siap buat video yang best gila. Haha.



URL & HTML code

Sebelum ni, kita hanya boleh view video yang kita da buat dekat dalam aplikasi Meipai tu je, tapi sekarang awak boleh view dekat website pulak tau. 


Caranya, awak klik button SHARE tu, pastu cari button COPY LINK. Nanti link tu automatik copy. Paste url dekat chrome.


Tara~
Kalau awak nak share dekat dalam blog pulak, klik SHARE.


Nanti akan keluar popup ni. pilih la yang mana satu awak nak. Tak payah da nak upload ke youtube lagi kalau nak letak video awak tu dalam blog. Tapi, saya tetap upload ke youtube untuk bagi awak tengok contoh sebab kalau letak code yang dia bagi dalam blog, video tu akan play sendiri. Berulang-ulang. Ada orang tak suka baca blog sambil dengar lagu kan? Termasuk la saya. Hehe. Jadi saya uploud ke youtube je :)


Anak buah baru saya..comey tak?  :)

Bawah ni contoh kalau awak buat Photo MV dan edit caption.



Ni link untuk tengok Photo MV yang ada emoticon pulak

< MV Emoticon >

Saya tak boleh letak video emoticon tu dalam youtube sebab nanti tak boleh dengar apa yang saya cakap masa letak emoticon tadi. Kalau awak nak tengok contoh boleh klik je link kat atas tu ye.

Last sekali setting privacy untuk video Meipai awak tu.



Setting Privacy Meipai


Pergi home dan klik ME


Lepas tu SETTING dan PRIVACY.
Dulu takda ye option ni. Sekarang baru ada.


Tapi, yang tak best nya, setting privacy ni hanya untuk bagi awak option sama ada untuk visible atau tidak video awak dengan orang sekeling. Contoh macam awak duduk satu tempat ni, kalau awak ON STEALTH MODE tu, orang sekeliling awak, walaupun orang yang awak tak kenal, akan dapat tengok video awak tu. Haa, best ke? Hehe. Kalau dekat office, or kelas ok la kot kan? Tapi kalau dekat tempat umum, better OFF je la mode tu ya?


Itu saja setting privacy yang ada sekarang ni. Kalau awak tanya saya, macam mana taknak bgi orang tengok video awak. HANYA AWAK je yang nak tengok, jawapan dia TAK BOLEH. Meipai belom sediakan setting macam tu. Mungkin nanti akan ada, tapi buat masa sekarang ni takda ya.

Cukup la kot sampai sini. Hehe. Penat da ni celoteh panjang-panjang. Awak faham tak? Harap faham la ye. Kalau ada yang tak faham, atau ada soalan lain. Boleh je tanya saya ni. Mana yang saya boleh bantu, saya akan bantu. 

Jom buat video Meipai sama-sama okey? 
Oh, kalau nak follow saya dekat aplikasi Meipai, boleh search "Ayue Idris" tau :)




xoxo,

post signature

You Might Also Like

9 comments

  1. nice sharing ayue
    akak tau meipai tahun lepas
    anak dara yg sulong buat video adik2 main bunga api :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best n cantek kn video yg da siap tu nnt? klu pndi edit, pastu timing cantek, lagi best outcome video tu :)

      Delete
  2. banyak steps jugaklahh nak buat video ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh xla..senangggggggggg sgt nk buat video ni. paling simple untuk dpt video yg best. yang panjang berjela-jela kat atas tu sebab nak explain sampai paham kat sape yang tak paham tu. eheh :p

      Delete
  3. Wahhhh, macam best je pakai meipai ni. Hahahaha. cantik edit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..edit gmbr ke edit video tu? :p

      Delete
  4. Suka tengok video meipai ni. Tapi, malas nak guna sebab tak suka buat video sangat.

    ReplyDelete
  5. meipai ni untuk ios je ke? endroid xda kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada awak...sy pengguna android :)
      bole tgk tutorial meipai part 1..beza android dgn ios..

      Delete

Youtube Channel

Blog Archive