KFC Zinger Rice Wrap Blogger Party

27 March 2015

Assalamualaikum~

Dulu, masa saya zaman kecil-kecil, tiap kali birthday saya mesti arwah ayah belikan set ayam KFC. Berkotak-kotak untuk tetamu sebab dia tau anak dia ni suka gila makan ayam KFC. Bila saya dijemput ke KFC Zinger Rice Wrap Blogger Party, saya happy gila sebab saya belum pernah rasa lagi Zinger Rice Wrap tu. Lepas tu dah nama blogger party, confirm lah ramai blogger yang akan datang nanti kan? Sure havoc punya lah.


KFC Zinger Rice Wrap. Menu yang sedap, seimbang dan awak boleh makan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sebabnya, konsep Zinger Rice Wrap ni adalah 'Rice On The Go'. Haa, menarik kan? Pihak KFC ni macam faham-faham je yang rakyat Malaysia ni sentiasa sibuk sampai lupa nak makan nasi.


KFC Zinger Rice Wrap ni adalah gabungan kepingan Zinger yang dibalut dengan tortilla 9-inci dan berintikan nasi Colonel, sayuran segar seperti Tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau. Semua zat seimbang, ada protein, ada karbohidrat, penuh sayur-sayuran pula tu.

Percaya atau tidak, harga untuk satu KFC Zinger Rice Wrap ni hanya RM4.90 je!! Kalau awak nak lebih, boleh pilih set kombo yang mengandungi kentang goreng (saiz biasa) dan minuman Mountain Dew (saiz biasa) pada harga hanya RM7.80 (harga kombo & ala carte berbeza mengikut lokasi).



Menariknya, selaras dengan promosi ini, KFC dngan kerjasama Fly & One FM juga akan melancarkan pertandingan foto #GrumpyNoLunchFace di Instagram. Haa, awak boleh la post gambar-gambar awak yang comel-comel tu dekat Instagram sambil buat 'riak muka kecewa' sebab tak sempat keluar lunch. Jangan lupa hashtag pula tau. 



Sedap okey Zinger Rice Wrap ni. Saya siap bungkus bawak balik lagi. Hehe. Kami enjoy sangat sepanjang party diadakan sebab pihak KFC ada buat pelbagai game untuk kami join. Memang pecah perut ketawa, rasa nak guling-guling atas lantai. Haha. Salah satu game tu saya menang tau :)

Hasil dari gambar ni, saya menang hamper penuh dengan coklat!! Woohooo!! Ohsem gila :)


Thank you KFC Malaysia!!


KFC Zinger Rice Wrap boleh mula didapati bermula 5 March 2015, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :







xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.