Komen saya tentang blogging kerana minat atau wang di Majalah Mingguan Wanita

Thursday, March 26, 2015

Assalamualaikum~


Sebenarnya, kalau diikutkan saya masih belum layak lagi nak komen tentang hal ni, ini cuma pendapat saya dan apa yang saya lihat sendiri bila blogwalking ke blog kawan-kawan blogger yang lain. Harap jangan ada yang kecil hati ye? Yela, lain orang lain cara kan. Bagi saya, blogging ni bukan untuk cari duit semata-mata. Saya mula blogging sebab minat, dan saya suka share info tentang wedding. Mungkin rezeki saya bila dapat pergi ke event dan dapat duit dari blogging ni. Saya sendiri tak pernah sangka. Syukur alhamdulillah. :)

Bila menulis, saya lebih tekankan info dan pengalaman saya sendiri, saya bukan menulis dengan tajuk gempak, untuk orang klik iklan bila buka je blog saya ni. TAK. Saya tak buat macam tu. Iklan yang ada di blog saya ni pun setakat ni cuma ada iklan dari Nuffnang. Akan datang saya tak pasti, mungkin akan ada iklan bila orang mula percaya untuk letak iklan bisnes mereka di blog saya, cuma buat masa ni belum lagi. Saya tak suka bebankan pembaca blog saya dengan iklan yang penuh untuk baca satu entry. Saya harap awak pun sama. Percayalah, orang hanya akan klik "X" (pangkah) bila terlalu banyak iklan di blog awak. Termasuk saya. Kalau satu dua iklan tu saya bole consider lagi. Tapi kalau penuh, sampai entry pun tak nampak? Macam mana tu? Awak kena faham, zaman sekarang ni orang suka membaca sambil-sambil. Haa, betul tak? Sambil tunggu train, sambil tunggu makanan sampai dekat restoran. Mesti tak berhenti scroll atas bawah phone awak tu kan. Itu lah maksud saya. Awak faham kan. :)


Ni lah komen versi panjang lebar saya dari komen secoet dalam Majalah Mingguan Wanita Edisi 13 March hingga 19 March 2015 tu (Bil. 1634). Hehe.
Ini pun dapat peluang dari Halim, HaiBlogger! Harap lepas ni banyak lah lagi peluang yang datang. Amennnnnnn.. :)

Awak tu, mohon jangan terasa ye? Ini cara saya, lain orang lain caranya. Sama-sama kita improve okey? :)



xoxo,

post signature

You Might Also Like

3 comments

  1. Betul tu..kitew pun kadang2 buka blog orang lain..mak aikk nak kena tunggu iklan tu habis baru le baca entry dia..kadang2 tu kitew tutup terus.malas la nak baca..Bila banyak sangat iklan.pembaca pun dah jadi boring kan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas nasihat tu ayue.. :)

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page