Meet & Greet bersama Felixia Yeap (Rara)

Sunday, March 22, 2015

Assalamualaikum~

Siapa yang tak kenal Felixia Yeap kan? Seorang mualaf yang memeluk agama Islam selepas mendapat hidayah dengan mengenakan hijab. Saya lebih gemar memanggil Felixia dengan nama islamnya, Raisyyah Rania Yeap atau nama manjanya, Rara. Pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh Rara sepanjang dirinya memeluk agama Islam. Siapa sangka disebalik wajah menawan itu terselit pelbagai kisah? Kisah yang dipendam, disimpan dan tidak dikongsikan.


Saya sangat berbesar hati apabila dijemput untuk majlis Meet & Greet bersama Felixia Yeay (Rara) kerjasama antara PTS Media Group dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN). Majlis itu adalah untuk melancarkan buku terbaru Rara, iaitu #AmoiBerhijab. Eksklusifnya pada hari itu, selain dapat berkongsi pengalaman bersama Rara, para pengunjung juga turut berpeluang membeli buku Rara di Pasaraya Besar MYDIN USJ pada harga RM18.00 senaskhah dan berpeluang bergambar bersama Rara.



Sesi Meet & Greet ni bertujuan untuk memberikan peluang kepada para peminat Rara untuk memdekati beliau dalam satu acara eksklusif di samping mengikuti kisah perjalanan hijrahnya yang tidak pernah didedahkan di mana-mana media sebelum ni. Acara seumpama ini diharap dapat memberi impak positif dan teladan kepada masyarakat.



Buku #AmoiBerhijab Oleh Raisyyah Rania Yeap


Tajuk : #AmoiBerhijab
Kategori : Motivasi & Inspirasi
Penulis : Raisyyah Rania Yeap
Penerbit : PTS Publishing House SDN BHD
Jumlah muka surat : 160
Harga Semenanjung : RM 18.00
Harga Sabah/Sarawak : RM 20.00

Sebut nama Felixia, yang datang dalam fikiran kita adalah seksi.
Sekiranya tidak seksi, yang mungkin datang adalah Playboy.
Kalau pun tidak Playboy, tergambar soal Hijab.

Namun siapa sangka, disebalik wajah menawan itu ada banyak kisah. Kisah yang selama ini dipendam, disimpan dan tidak dikongsikan.

Dalam #AmoiBerhijab , ada banyak cerita yang istimewa. Cerita waktu kecilnya yang disalah faham sebagai bisu. Cerita waktu sekolahnya yang asyik di buli. Cerita waktu remajanya yang penuh dengan agenda menjaga adik sahaja.




Kerjasama antara PTS & MYDIN

PTS Media Group Sdn. Bhd. adalah salah sebuah syarikat komersial yang bergiat aktif dalam sektor penerbitan dan pengedaran buku dalam bahasa Melayu. PTS memperkenalkan tagline "Buku untuk semua" yang menggambarkan variasi pilihan buku yang terdiri daripada pelbagai genre meliputi semua kategori umur tidak mengira bangsa mahupun agama.

Hubungan antara PTS dan MYDIN juga turut terjalin sebelum ini menerusi kerjasama melalui beberapa majlis pelancaran seperti Mushaf Furqan, iaitu Al-Quran pertama PTS serta karya dari Indonesia iaitu Socrates adalah Luqmanul Hakim Berkulit Hitam. Selain kerjasama dalam bentuk acara, PTS dan MYDIN juga turut menjalinkan kerjasama erat dari segi pengedaran beberapa buah buku amalan agama bersaiz poket seperti :
  • Yasin & Tahlil Edisi Al-Manzil (Zikir Pendindind daripada Sihir dan Syaitan)
  • 7 Surah Pilihan sebagai Amalan Harian
  • Mulakan Kerja dengan Doa, Yasin Edisi Angin Ahmar (Strok) - Doa Pelindung & Penawar


Awak nak tahu perjalanan hidup Felixiz Yeap atau Raisyyah Rania Yeap ni? Dapatkan buku #AmoiBerhijab ni ye :)



xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive