Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada

Thursday, March 12, 2015

Assalamualaikum~

Macam yang awak semua tahu, dunia sekarang ni segalanya tentang duit. Kos hidup makin tinggi. Air kosong pun da naik RM0.50 segelas sekarang ni kan. Hidup di bandar ni memang mencabar. Gaji RM3000 dikategorikan sebagai Miskin Bandar. Pedih kan? Tapi tu la dia hakikatnya. Nak masuk toilet pun RM0.50 ye sekarang ni. Tiada benda yang free. Dunia pulak makin maju, serba serbi canggih. Disebabkan taknak ketinggalan, ramai yang berani untuk berhutang semata-mata untuk dapatkan gadget-gadget yang canggih. Betol tak? Tak kurang jugak dengan yang nampak hebat dimata kawan-kawan. Sampai sanggup beli kereta yang diluar kemampuan. Akhirnya ramai orang muda zaman sekarang ni muflis. Ini lah yang saya paling takut sekali. Yelah, kadang-kadang nafsu mengatasi segalanya kan? 

Jadi, 8 March 2015 haritu HaiBlogger! menjemput saya bersama-sama rakan blogger lain untuk hadir ke rumah Dr. Niki Shuhada, personaliti kewangan dan keusahawanan untuk program Pencarian Pemimpin Abadi. Program ni adalah untuk berkongsi tips dan cara menguruskan wang dengan baik. Bagus kan? Memang ini lah yang saya sangat perlukan memandangkan gaji yang dapat setiap bulan tak pernahnya cukup disebabkan cara pengurusan wang yang tak betol. Dan, program tu jugak memberi peluang pada kami untuk membina kerjaya dalam bidang kewangan. 


Sebelum tu, saya nak perkenalkan dulu siapa DR. NIKI SHUHADA ni. Nama yang sebenarnya tidak asing dalam dunia perunding kewangan. Seorang wanita yang cekal, bijak, cantik dan bercita-cita tinggi. Beliau telah menjadi mentor kepada ramai perunding baru yang ingin berjaya dengan cemerlang dalam bidang perunding kewangan. Malah telah melatih lebih dari 5,000 usahawan kewangan secara persendirian, berkumpulan hinggalah untuk sektor korporat. Sesuatu yang sangat luar biasa bagi seorang wanita untuk berjaya hingga ke tahap ni tau.

Dengan berpengalaman lebih dari 18 tahun dalam industri kewangan, banyak anugerah jualan dan kepimpinan yang telah dimenangi oleh beliau. Antaranya, Top GAM untuk jumlah kumpulan tertinggi jualan, Brand Ambassador dan yang paling tinggi bagi kepimpinan adalah sebagai Master Builder Award, anugerah untuk semua pusingan kecemerlangan dalam pembangunan kumpulan. Beliau juga merupakan mentor yang diiktiraf melalui pengiktirafan Independent Licenced Life Success Consultant (Bob Proctor, USA) dan kini menerajui 5 buah syarikat yang merupakan agensi nombor satu syarikat unit amanah terkemuka di Malaysia.

Manis je muka Dr. Niki ni.

Sepanjang sesi kami bersama Dr. Niki, beliau lebih mesra dengan panggilan "Mummy". Ibu kepada 2 orang anak ini merupakan seorang ibu yang sangat penyayang dan seorang isteri yang sangat memahami kepada Tuan Hj Amirul Shukri Kadri. Dr. Niki banyak berkongsikan pengalaman beliau di corong radio menerusi program Bijak Wang di Radio 93.9 FM. Malah pernah menerbitkan buku Ambition, Aspiration & Achievement yang menceritakan tentang perjalanan hidup beliau sepanjang menempuhi kejayaan hingga tahun 2010. Buku itu telah banyak memberi inspirasi kepada mereka di luar sana. Saya sendiri dah mula baca buku itu, walaupun belum habis tapi saya dah pun mula mengagumi beliau.




Bagi memantapkan pembangunan modal insan negara, dan mengembangkan lagi minat Dr. Niki untuk mengendalikan seminar dan latihan yang berkaitan kewangan dan motivasi, beliau telah menubuhkan Life Success Resources (LSR). Beliau berpendapat, remaja dan kanak-kanak zaman sekarang harus didedahkan dengan pengurusan wang yang sistematik sejak dari awal lagi supaya tidak menjerumus ke "Hutang keliling pinggang". Program Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada ini merupakan hasrat Dr Niki untuk mencungkil bakat kerjaya pada sesiapa yang berhasrat memajukan diri sebagai perunding kewangan yang berkaliber, professional dan berjaya.

Dr. Niki sediakan buah tangan untuk kami :)

Tengoklah betapa mesranya Dr. Niki ni, siap boleh selfie lagi.



Baguskan program ni? Awak yang asyik bercelaru dengan pengurusan wang, yang sentiasa tidak cukup gaji bulanan atau dan banyak duit, tapi tak tau bagaimana nak uruskan? Semuanya Dr. Niki boleh terangkan satu persatu. Ingat, pengurusan wang adalah sangat penting ye. Tak nak bankrup di usia muda kan? Dr. Niki akan buat banyak seminar dan program motivasi pada tahun 2015 ni. Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menimba ilmu okey? 


Rumah Dr. Niki yang tersangat besar, rugi kalau tak posing dalam ni. Hehe.


Untuk maklumat lanjut tentang Dr. Niki, boleh layari :



Life Success Resources
32-3, 4th Floor, Jln Wangsa Delima 6,
Kuala Lumpur Satelite Centre (KLSC)
Section 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Email : dr.niki.shuhada@gmail.com


"Turn Your Life Into Extraordinary"


xoxo,

post signature

Photo credit : Islam

You Might Also Like

3 comments

  1. Bijak Wang, Bijak Sana, Bijak Sini

    ReplyDelete
  2. Great mentor!!! She really change my life into an extraordinary life.. Luv u so much mummy..!! 😘😘 you are awesome...!!

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog Archive