Sensodyne 'Tiada Ngilu, Hidup Ceria' Chill Festival

22 March 2015

Assalamualaikum~


Hai awak! Siapa sini ada masalah gigi ngilu? Mesti ramai kan? Kadang-kadang gigi memang nampak cantik je. Nampak macam takda apa-apa masalah, tapi sebenarnya, gigi cantik tu ada masalah gigi ngilu. Sama la macam saya ni, even gigi takda lah cantik mana, tapi saya takda masalah gigi lain contohnya gigi berlubang ke, gigi rapuh ke, semua tu takda. Kecuali ngilu. Sangat tak seronok okey kalau ada masalah ni. Yelah, orang lain seronok makan ais krim sedap-sedap, kita tahan je tengok. Stress. Macam hilang nikmat makan pulak. Hehe. 

Kalau awak nak tau, tahap kesedaran rakyat di Malaysia mengenai syarat-syarat sensitiviti gigi ni adalah cukup tinggi. Macam mana saya tau? Ha, kajian Ipsos mengenai ‘Oral Care Usage and Attitude’ mendedahkan bahawa 87% daripada rakyat Malaysia sedar akan keadaan gigi sensitive dan 27% daripada mereka juga telah mendakwa mereka mempunyai gigi sensitive. Ini menjadikan gigi sensitif adalah masalah kesihatan oral yang tertinggi di Malaysia namun hanya satu pertiga daripada pesakit menggunakan ubat gigi sensitif untuk membendung keadaan mereka. Sedih kan? Tau gigi tak selesa, tapi takda ambil langkah pencegahan atau cara mengatasi masalah tu.



Jadi haritu saya hadir ke Sensodyne ‘Tiada Ngilu Hidup Ceria’ Chill Festival di The Terrace, The Curve. Festival ni merupakan expansion dari ‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’ kempen dari 2014. Kempen ni bertujuan untuk menangani isu sensitiviti gigi dan menggalakkan pengguna untuk mengawal keadaan gigi mereka sebab sensitiviti gigi bukan sahaja menghalang awak daripada menikmati makanan yang sedap tetapi juga menjejaskan gaya hidup kita. Betol tak? 

Menurut kajian Ipsos pada ‘Brand Health Tracker’, 34% daripada lebih 400 pengguna yang ditemuramah untuk kajian ini mendedahkan bahawa kempen Sensodyne 'Tiada Ngilu, Hidup Ceria' mengingatkan mereka tentang perkara-perkara yang mereka suka termasuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan & menikmati makanan dan minuman tanpa sensitiviti gigi. Best kan. 


Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa:
  • 50% penghidap sensitiviti membeli ubat gigi sensitif selepas terdedah kepada kempen Sensodyne 'Tiada Ngilu, Hidup Ceria'
  • 50% daripada rakyat Malaysia diisytiharkan bahawa punca sensitiviti gigi adalah makanan atau minuman sejuk & manis

Wallace Granja, Oral Health Marketing Manager of GSK Consumer Healthcare Malaysia, and Dr Nurul Huda Hassan, a Dental Surgeon in Private Practice

Chef Andri Hadi dan salah seorang tetamu menyediakan pelbagai pencuci mulut yang akan menjadi punca sensitiviti gigi di Sensodyne 'Tiada Ngilu, Hidup Ceria' Chill Festival.
Pelbagai booth minuman disediakan di Sensodyne 'Tiada Ngilu, Hidup Ceria' Chill Festival termasuk Chatime, Teochew Cendul dan The Potong


Tetamu lain pun sibuk menikmati minuman sejuk yang disediakan di Sensodyne 'Tiada Ngilu, Hidup Ceria' Chill Festival.
Kami juga tak lepas peluang okey untuk bergambar di photowall Sensodyne 'Tiada Ngilu, Hidup Ceria' Chill Festival.

Nampak tak betapa awesome nya kempen Sensodyne 'Tiada Ngilu, Hidup Ceria' ni? We all memang enjoy habis tau sepanjang kempen tu. Saya percaya mesti awak da pernah dengar atau tengok jenama Sensodyne ni kan? Cuma mungkin tak pernah terasa ingin mencuba. Haa, meh saya nak beritahu sikit tentang Sensodyne ni.



Sensodyne adalah jenama ubat gigi yang disyorkan oleh doktor pergigian untuk melegakan gigi sensitive. Ia menawarkan pelbagai jenis ubat gigi yang dirumus khas dan berus gigi. Sensodyne berfungsi untuk melegakan sensitiviti gigi dan memberikan perlindungan berkekalan sepanjang hari apabila digunakan secara terus. Sensodyne mempunyai pelbagai jenis ubat gigi termasuk  ubat gigi :

Sensodyne Fresh Mint, Gentle Whitening and Gum Care yang dirumus khas untuk membantu melindungi daripada sensitiviti.

Sensodyne Repair and Protect dengan Novamin membantu pembaikan gigi sensitif.
Sensodyne Relief Rapid yang berkesan dalam 60 saat apabila digunakan seperti diarahkan pada kotak untuk mereka yang ingin bantuan segera daripada sensitiviti gigi kerana ia dirumus untuk memberi perlindungan fizikal terhadap punca sensitivity.

Muka tak sabar nak guna Sensodyne..hehe

Mungkin ada diantara awak ni tak tahu pun yang awak juga adalah pesakit gigi sensitive. Takpa, jangan risau sebab Sensodyne ada menyediakan Sensodyne Tooth Sensitivity Check tool secara online. Layari [https://www.sensodyne.com.my] , kemudian klik pada tab ‘Tooth Sensitivity Check’ . Mudah je sekarang ni. 



Awak hanya perlu jawab beberapa soalan mudah mengenai keadaan gigi awak, dan lepas tu awak boleh tahu da sama ada awak ni mempunyai sisi sensitive atau tidak. Mudah kan? Kalau jawapan awak seperti saya, awak disyorkan berjumpa dengan doctor gigi ya.



Sensodyne bekerjasama dengan Chatime Malaysia, Teochew Chendul dan The Potong untuk melawat kedai-kedai yang terpilih bagi menjalankan aktiviti pensampelan produk dan aktiviti on-ground. Bila? Dekat mana? Ha, Sensodyne akan mengeluarkan peta makanan mereka supaya awak boleh tahu samaada di cawangan Chatime / Teochew Cendul team mereka akan berada.

Sensodyne juga bekerjasama dengan Chatime Malaysia, salah satu daripada syarikat minuman terkemuka di negara ini untuk memperkenalkan ‘Unfreeze The Coolest Drink’ di mana pengguna boleh mengundi untuk minuman pilihan mereka dan menikmati minuman yang paling banyak diundi dengan diskaun 20%. Woohoo!! Chatime, favourite saya tu.




Cara-caranya mudah saja:

  1. Peraduan ini akan disiarkan secara langsung pada 15 Mac 2015.
  2. Peserta boleh melawat [ http://www.tiadangilu.sensodyne.com.my ] untuk menyertai peraduan ini
  3. Klik pada tab Peraduan #TiadaNgilu untuk mengundi minuman Chatime kegemaran awak
  4. Peserta boleh mengundi melalui laman web ATAU dengan menggunakan hashtag #tiadangilu <bloggername> dalam mana-mana platform media sosial
  5. Peserta yang telah mengundi untuk minuman pilihan mereka dapat menikmati minuman yang paling banyak diundi dengan diskaun 20%.
  6. Peserta boleh memuat turun baucar diskaun di [ www.tiadangilu.sensodyne.com.my ] pada akhir bulan Mac.



Senang je kan.



Oh ye, kalau awak nak tau blogger Cik Epal & Michiekins juga akan bertarung antara satu sama lain tau dan minuman yang paling diundi akan diumumkan akhir Mac. Jangan lupa join contest ni 15 March 2015 nanti tau. 




Terms & Conditions

  1. Expiry date of redemption : 12th April 2015
  2. Limited to first 2000 vouchers.
  3. Copy or damaged vouchers are considered invalid.
  4. Vouchers are redeemable at all Chatime Malaysia outlest except Chatime Queensbay Mall, Langkawi, & KL Sentral.
  5. The company has the right to change or amend the terms and conditions of the above without prior notice.


Awesome gila. Undi je boleh dapat diskaun. Ish, memang wajib join ni sebab saya suka gila minuman Chatime tau. Sekarang ni da guna Sensodyne pulak, lagi lah takda masalah nak minum minuman sejuk lagi. Oh, heaven!

Awak tu, jangan lupa check sensitivity gigi awak di online Sensodyne Tooth Sensitivity Check tool tau. Pastu jangan lupa undi minuman kegemaran awak di ‘Unfreeze The Coolest Drink’ jugak :)


Menggunakan ubat gigi sensitif yang tepat dapat membantu pengguna untuk melegakan sensitiviti gigi, baru lah awak boleh terus menikmati makanan dan minuman kegemaran awak..macam kami :)



Untuk maklumat lanjut, layari :






This is a sponsored post. All samples are provided by GSK and opinions expressed here are of my own. 




xoxo,


post signature

Join the conversation!

  1. Macam mana nak dapat jemputan macam awak yer..Teringin jugak kitew pergi

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.