Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Seksyen 13 Shah Alam

Sunday, March 15, 2015

Assalamualaikum~


Salah satu makanan favorite saya adalah steamboat. Memang kalau dapat makan steamboat, tak ingat dunia punya. Boleh duduk berjam-jam tau dalam restoran tu. lagi-lagi kalau menu-menu dia sedap gila. Lagi lah tak ingat nak balik. Hehe. Disebabkan saya baru je pindah area Shah Alam ni, saya belum pernah try lagi mana-mana restoran steamboat yang berdekatan. Jadi hari tu saya ke D'Kayangan Steamboat, Shah Alam untuk test power.



Kalau makan steamboat, tak syok lah kalau makan berdua je kan? Ramai-ramai baru havoc. Sebab tu kali ni saya datang makan steamboat bawak abang-abang sado geng Kedah. Diorang ni rajin masak, saya tukang makan je. Hehe. 

Sponsored Video: Dream Again | SK-II #changedestiny



Nampak tak? Sedap sangat sampai tak payah nak guna pinggan lagi da, terus ngap masuk mulut je. Hehe.

Di D'Kayangan Steamboat ni, awak boleh pilih sama ada nak makan di dalam restoran yang berhawa dingin tu ke atau awak boleh makan diluar restoran dengan angin sempoi-sempoi bahasa. En Arif, Manager D'Kayangan Steamboat da sediakan meja kami di dalam restoran, tapi kami pilih untuk makan di luar restoran sebab saya lebih suka makan dekat luar sambil ber-steamboat, baru feel. :)

Okey, kalau awak nak tau, dekat D'Kayangan ni menu killer dia adalah Kambing golek. Haa, yang peminat kambing tu kalau datang sini mesti kena cuba kambing dia tau. Resepi sendiri. Takda order dengan orang luar pun. Memang dihasilkan sendiri oleh Chef D'Kayangan. Makan lah banyak mana kambing yang awak nak. Sampai perut meletop pun boleh sebab tagline D'Kayangan ni "Makan sampai kenyang". Hehe. 




Buat yang tak berapa minat kambing macam saya ni, takpa sebab percayalah, menu BBQ D'Kayangan ni memang terbaiklah. Seriously. Bahan-bahan rempah dia semua cukup. Baik daging, ayam, sotong, serba serbi sedap. Tak terkira rasanya berapa kali saya pergi tambah. Haha. Pastu ada pulak orang tolong masakkan, lagi la laju makan kan? 





Makanan goreng-goreng, Nasik lemak pun ada. Kalau awak rasa makan steamboat tak cukup kenyang, boleh la makan nasik pulak. Sure kenyang perut suka hati punyalah. 


Konsep D'Kayangan Steamboat ni adalah buffet, jadi awak tak perlu segan nak mintak banyak kali kalau nak tambah, pergi je dekat kaunter tu haa, pilih je mana satu nak. Takda siapa yang kira berapa kali awak tambah. Hehe. Ada pelbagai pilihan makanan laut yang ada dekat D'Kayangan ni termasuk ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, dan banyak lagi la. 





Buah-buahan, kek, bubur, aiskrim dan ais batu campur (ABC) pun ada. Sup pulak ada 2 jenis, Tomyam dan Sup Ayam. Awak pilih je lah mana satu yang berkenan dihati. 






 Rojak petis!! 2 kali okey saya tambah yang ni. Sedap, and lama tak makan. Kecur terus bila tengok gambar ni pun.


Restoran D'Kayangan Steamboat ni boleh memuatkan seramai 170 orang dalam satu masa. Itu dekat dalam restoran je tau. Kalau dekat luar pulak boleh tambah banyak lagi kerusi dan meja. Jadi kalau awak nak tempah restoran D'Kayangan Steamboat ni untuk apa-apa majlis, event, party sekali pun. Boleh. Jangan risau. Request je dekat En. Arif tu. Tengok orang dia macam sempoi je. Hehe. Staff dia pun ramah, asyik tersenyum je bila saya perati. :)




Eh, saya da bagitau ke yang D'Kayangan Steamboat ni pernah jadi pilihan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dengan Sinar Harian? Haa, power ke tak? JJCM pun cari makan sampai ke sini tau. Awak tak teringin nak rasa ke? Yang duduk dekat Shah Alam ni, kalau belum pernah cuba D'Kayangan Steamboat tersangatlah rugi. Da la murah, makan sampai kenyang, sedap pulak tu. Bagi saya berbaloi sangat dengan harga yang ditawarkan, dengan pilihan menu yang ada.




Teringin la tu kan? Ni harga kalau awak nak makan dekat D'Kayangan Steamboat ni ye.


ALL YOU CAN EAT 

Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik. 
Harga Dewasa : RM33nett sahaja
Harga Kanak-Kanak (5-12tahun) : RM17nett sahaja

Ni la dia En. Arif tu :)


Untuk info lanjut, awak boleh layari :


D’KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT & GRILL 
Sri Acappella Servis Apartment Rest. 
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13, 
40400 Shah Alam 
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my
Hash Tag: #dkayangansteamboat

Contact: 03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091
Waktu Operasi : 5pm - 2am



xoxo,


post signature

You Might Also Like

7 comments

  1. onie tgk rojak pun terliur kak oiii

    ReplyDelete
  2. pagi pagi datang tengok entri makanan memang menggoda betul. Hahahhaha :P

    ReplyDelete
  3. Okaylah hujung bulan nak masukkan tempat ni dalam senarai ! hahahaha.

    ReplyDelete
  4. yaAllah, terliur nya...wajib pegi....
    segala jns mushroom, ada x? hihihi


    jemput join giveaway MERDEKA GIVEAWAY BY HONEYONNEE.COM

    ReplyDelete
  5. Ermmm...br je blk dr d kayangan...teramat la kenyang...sdp...

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive