Be Stylish with XES Hi-tea and Result Announcement

Tuesday, April 14, 2015

Baru-baru ni saya hadir ke XES Hi-tea di The Place @ One City bersama rakan media dan blogger lain untuk mengetahui siapakah pemenang pertandingan 'Be Stylish with XES'. Hi-tea ini dikelola oleh PR Manager of Shellys Marketing Sdn Bhd (XES), Ms. Sabrina Quigley Chin.


Suasana Hi-tea ini sangat santai tetapi tetap havoc kerana dimeriahkan dengan kumpulan Busking, 'Heart to Human' yang tidak henti-henti menghiburkan kami dengan pelbagai lagu yang sedap didengar.


Ditambah pula dengan khidmat artis karikatur, Mr. Firdaus & Mr. Napie yang sangat mahir melukis wajah-wajah kami. Lukisan yang cepat dan sangat peramah pula tu. Saya telah dapatkan lukisan wajah saya dari kedua-dua pelukis ini. Macam ini rupanya wajah saya versi kartun. Hehe.


Selain dari hidangan buffet Hi-tea yang menyelerakan, XES juga menyediakan section 'Gallery Tree' sebagai salah satu aktiviti untuk peserta pertandingan 'Be stylish with XES'.


Tujuan sebenar majlis ini adalah untuk mengumumkan pemenang pertandingan Be Stylish with XES yang telah diadakan pada 11 Februari 2015 semasa XES Chinese New Year Luncheon 2015 di XES Premium Boutique, Quill City Mall KL. Tempoh pertandingan adalah sebulan, bermula dari 17 Februari 2015 hingga 17 March 2015. Pemenang pertandingan adalah berdasarkan jumlah Likes terbanyak di Facebook Page XES.

Penyampaian hadiah akan disampaikan oleh Duta XES, Miss XES Elegant 2014/2015, Cik Mico Pun. Pemenang akan membawa pulang RM 888 dan hadiah wang tunai RM 1,388 (baucar tunai). XES juga menyediakan 10 set RM 188.00 (baucar tunai) dan mainan merah jambu comel, sebagai ganjaran kepada 10 peminat bertuah yang dipilih oleh pemenang.

Congrats Jane Chua for being the winner this contest :)

Oh ye, untuk pengetahuan anda, tagline XES untuk tahun 2015 ini adalah 'Biar Kami Rugi, Jani Anda Bergaya'. Jadi, apa lagi, cepat-cepat shopping di XES sebab koleksi terbaru mereka sangat cantik okey.




Untuk info lanjut, boleh layari :



xoxo,




post signature

Photo credit : Nisa Kay, Galaxy-media

You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page