Bites | Menu Breakfast Sepanjang Hari

Tuesday, April 28, 2015

Assalamualaikum. Gaya hidup masyarakat bandar makin hari makin sibuk. Ada juga yang jenis berkerja di malam hari dan tidur di siang hari. Ayue tahu kerana Ayue juga mempunyai kawan yang bekerja mengikut waktu bekerja di luar negara. Jadi, kebanyakan dari mereka tidak akan bangun pagi untuk dapatkan sarapan di kedai. Bangun-bangun saja terpaksa makan makanan tenghari walaupun baru bangun.

Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Ayue ada pergi ke restoran yang menyediakan sarapan pagi sepanjang hari. Mungkin ini berita baik untuk anda yang sering kali bangun lewat dan inginkan sarapan pagi sebagai permulaan hari.

Restoran Bites, di Lake Fields Sg Besi

Restoran ini bukan saja menyediakan makanan yang ringan untuk sarapan pagi, malah ada juga makanan yang berat untuk anda yang lebih prefer untuk makan tengahari terus. Antara menu yang ada di sini adalah :



1) Egg Benedict - Harga RM17.90
Smoked Salmon, sautéed spinach, Hollandaise sauce, toast, salad


Komen Ayue : Boleh tahan, cuma Ayue kurang gemar smoked salmon. Buat anda yang suka smoked salmon, mungkin anda akan menggemari menu ini sebab salmon nya fresh.



2) The French - Harga RM15.90
French toast with chicken ham, melted cheese, maple syrup & topped with sunny side up


Komen Ayue : Lain sedikit dari menu roti dan telur biasa kerana menu ini ada maple syrup. Tak sangka chicken ham, telur dan maple syrup sedap juga bila dimakan sekali.



3) Breakfast Pizza - Harga RM14.90
Beef Bacon, Egg, Baby Spinach, Mushroom, Cheese


Komen Ayue : Piza nipis, rangup. Topping semua sedap. Memang kena dengan selera Ayue yang gemarkan piza yang nipis.



4) The Italian - Harga RM 14.90
Breakfast frittata with turkey ham, onions, spinach, cherry tomato, eggs


Komen Ayue : Salah satu menu telur terbaik pernah Ayue makan, Campurkan bahan-bahan didalam telur itu sangat sedap bila dimakan bersama. Highly recommended.



5) The Mexican - Harga RM 12.90
Breakfast burritos with tortillia, chicken sausage, egg, mushroom, cheese 


Komen Ayue : Menu ini agak biasa, tetapi terdapat sentuhan Bites yang tersendiri. Anda kena rasa dahulu baru tahu kenapa Ayue kata begitu.



6) Club Sandwich Waffle - Harga RM 12.90
Beef bacon, egg, lettuce, cheese, tartare sauce, salad.


Komen Ayue : Nampak simple, tapi anda akan kekenyangan bila ambil menu ini sebagai menu sarapan pagi kerana menu ini penuh dengan pelbagai bahan. Waffle nya rasa lain daripada yang lain kerana tepungnya di import. 




7) Grilled Chicken & Waffle Sandwich - Harga RM15.90
Grilled chicken, sautéed mushroom, melted cheese, mushroom sauce


Komen Ayue : Salah satu menu kegemaran Ayue. mushroom sos nya memang menusuk kalbu. Lemak masin, cukup rasa. Memang tersangat sedap bila dimakan dengan grilled chicken. Highly recommended.



8) Potato Salad - Harga RM 9.90


Komen Ayue : Juga salah satu menu kegemaran Ayue kerana menu ini ringan tetapi sangat sedap. Disediakan dalam portion yang kecil, sesuai untuk anda yang tidak gemar bersarapan berat. 



9) Beef Bacon & Shrimp Pasta - Harga RM 18.90


Komen Ayue : Selain waffle dan roti, anda juga boleh pilih menu ini sebagai sarapan pagi, lunch, minum petang atau dinner sekali pun kerana menu ini sesuai dimakan bila-bila masa. Mengeyangkan.



10) Grilled Salmon Fillet On Crispy Potato Cake - Harga RM32.90
with sautéed asparagus & homemade sauce


Komen Ayue : Sos ini yang buatkan menu ini sedap. Anda harus cuba menu ini untuk rasakan kelainan nya.



11) Dessert Waffle topped with Gula Melaka Ice Cream - Harga RM11.90


Komen Ayue : Waffle ini yang Ayue katakan tadi. Rangup tetapi lembut. Sedap dan rasa manis tersendiri. Ditambah dengan asi krim homemade Gula Melaka. Sememang menu ini mempunyai rasa yang tersendiri.



12) Affogato with crushed cranberry almond biscotti with Pandan Kaya Ice Cream - Harga RM 8.90




13) Berries & Banana Pancake - Harga RM11.90


Komen Ayue : Ayue makan sampai licin pancake ini sebab sedap sangat. Kami berebut makan walaupun dah hampir kenyang. Rasa macam nak order lagi. Hehe.


Kesemua menu-menu ni sedap tau! Saya paling suka potato salad, Grilled Chicken & Waffle Sandwich danThe Italian. Untuk anda yang nak cuba menu-menu sarapan pagi sepanjang hari, boleh la pergi ke Restoran Bites di alamat berikut :


Bites
Address: 72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur.
Contact no: 03-90554438



Business hours

Mon-Thu: 9.00am – 10.00pm
Fri-Sat: 9.00am – 11.00pm
Sun: 9.00am – 10.00pm



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :





xoxo,

post signature

You Might Also Like

4 comments

  1. Ini hairan.. di dashboard blogger saya menunjukkan cik ayue last update entry dua bulan yg lalu.. tapi rupanya hari2 cik ayue update ye.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ampun...bole tukar link lame tu dgn yg baru..

      ayueidris.blogspot.com tau :)

      Delete
  2. sedapnyer bila tengok menu2 ni :-)

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog Archive