Gamuda Walk | Kota Kemuning Official Launch

Monday, April 20, 2015

14 April lepas, saya telah pergi ke Majlis Pelancaran Gamuda Walk di Kota Kemuning. Gamuda Walk merupakan sebuah pusat membeli belah yang dibina oleh Gamuda Land selaras dengan gaya hidup masyarakat di Kota Kemuning. Sebagai salah satu pembangunan yang berjaya dari Gamuda Land, Gamuda Walk menawarkan 1820 ekar pembangunan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.


Gamuda Walk merupakan satu bangunan unik berbentuk bujur yang direka untuk memenuhi citarasa bukan sahaja golongan muda, malah yang sudah berkeluarga. Ia merupakan satu pembangunan yang menawarkan 3 tingkat untuk peruncit dan 7 tingkat diatas nya untuk suit bisnes.

Sebagai mercu tanda di Kota Kemuning, Gamuda Walk mempunyai pelbagai jenis peruncit yang terdiri daripada makanan dan minuman, servis, kecantikan dan kesihatan, pusat hiburan, dan barangan runcit. Malah ia juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk berkumpul bersama rakan-rakan dan bersantai bersama ahli keluarga sambil membeli belah.


"Gamuda Walk is designed as part of a holistic plan to fulfil the needs of a young and vibrant neighbourhood with its variety of lifestyle amenities and convenience. With the opening of the mall, we are confident that it will add value to our award winning Kota Kemuning township." kata Mr. Chow Chee Wah, MD of Gamuda Land.

Semasa pelancaran Gamuda Walk, tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik. Antaranya kemunculan pelbagai Super Hero dari pelbagai filem seperti Marvel, Thor, Captain America, Spiderman, Superman dan macam-macam lagi kemudiannya menari bersama-sama.


Terdapat juga persembahan aerialist yang sangat menakjubkan. Kecut perut saya dibuatnya melihat persembahan mereka. Tanpa sebarang peralatan keselamatan, mereka hanya tergantung begitu sahaja membuat persembahan. Sememangnya persembahan yang sangat menarik untuk ditonton.


Dengan akses mudah untuk ke KESAS, LKSA atau lebih dikenali sebagai NKVE, Gamuda Walk juga akan menjadi destinasi pusat membeli belah yang baru untuk kawasan perumahan lain sekitar Kota Kemuning.

Antara kedai yang terdapat disini adalah AEON MaxValu untuk barangan runcit, manakala untuk keperluan isi rumah, anda boleh membeli belah di U-Need Concept Store, Kitchen Shop, Maycraft dan juga Mr D.I.Y.


Salah satu tempat yang menarik perhatian saya adalah Muay Fit Martial Arts & Fitness Centre. Ia jarang-jarang terdapat di pusat membeli belah. Untuk mereka yang pentingkan kecergasan. kesihatan, dan kecantikan, anda boleh lah singgah ke Caring Pharmacy, GNC Live Well, Sweat Spa Too dan Himalaya Herbal Healthcare untuk mencari keperluan anda.



Untuk yang datang ke Gamuda Walk untuk menjamu selera, anda boleh pergi ke Red Lobster, Nando;s, Sakae Sushi, Rakuzen dan Boat Noodle. Manakala untuk yang mencari makanan ringan pula, terdapat Barcook Bakery, Juice Works, Caffe Bene, New Zealand natural Premium Ice Cream, The Coffer Bean & Tea Leaf, Chatime, Long Run Tea dan banyak lagi. 


Dan, untuk kemudahan gaya hidup, Gamuda Walk juga menawarkan kedai seperti Chapter One Bookstore, Maxis, Celcom, Samsung, Pet Lovers, Focus Point dan Jkids Playground & Kid Party.

Anda yang menetap di sekitar Kota Kemuning, jangan lupa singgah di Gamuda Walk ni ya. Nanti saya akan kongsikan bersama anda beberapa kedai yang saya sudah singgah. 



Untuk maklumat lanjut tentang Gamuda Walk, sila layari :



xoxo


post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive