Gibson Innovations Creates Tsunami of Sound With Its 2015 Line-Up

Tuesday, April 21, 2015

Baru-baru ini saya telah hadir ke Zebra Square, Kuala Lumpur untuk melihat ciptaan terbaru dari Gibson Innovations. Saya sangat teruja dengan produk-produk terbaru mereka. Saya peminat muzik, selalunya saya akan dengar melalui headphone yang dapat free masa beli smartphone dulu sebab saya bukanlah peminat headphone. Tapi, selepas saya lihat sendiri betapa canggihnya headphone dari Gibson Innovations, semua persepsi saya terhadap headphone jauh meleset. Nak tahu kenapa?


Gibson Innovations, sebuah firma Gibson Brands dan pemegang lesen Royal Philips, hari ini menggegarkan pasaran produk audio apabila melancarkan lebih daripada 100 produk dalam empat kategori utama iaitu soundbar, fon telinga, teater rumah dan produk-produk ‘surround-on-demand’, di sini.

Mr Jason Chang , APAC Business Leader, Gibson Innovation from Singapore dengan ucapannya
“GIBSON Innovations memainkan peranan penting dalam usaha menjadikan Gibson Brand sebuah firma teknologi muzik dan bunyi terbesar di dunia. Bagi Gibson Brands, pemerolehan GIBSON merupakan sebahagian daripada matlamatnya untuk terus menghasilkan produk dan pengalaman audio konsumer paling luar biasa di dunia,” kata Encik Jason Chang, Ketua Perniagaan Asia Pasifik GIBSON Innovations.

Diasaskan oleh profesional dalam bidang bunyi dengan matlamat menghasilkan produk-produk inovatif berasaskan teknologi dan reka bentuk, Gibson Innovations telah memenangi ratusan anugerah untuk produknya yang melengkapkan gaya hidup masa kini yang mengambil kira kekangan ruang kehidupan bandar, kebebasan bergerak, tabiat penggunaan audio dan reka bentuk berinspirasi.

Mr Andrew Tan, Business Leader, Gibson Innovations Malaysia dengan ucapannya
“Majlis pengenalan produk ini mempamerkan kelebihan kami dalam inovasi, kualiti bunyi, kepekaan terhadap trend dan tabiat konsumer yang berubah, dan tentu sekali reka bentuk. Kami ingin bertapak lama di Malaysia. Kami telah membuktikan bahawa pengguna di Malaysia sanggup berbelanja lebih untuk bunyi yang berkualiti. Kami adalah nombor satu dalam kategori soundbar dan akan mengembangkan sayap kami kepada pasaran fon telinga di Malaysia,” kata Encik Andrew Tan, Ketua Perniagaan GIBSON Innovations Malaysia.

Barisan produk terbaru ini dijangka menguatkan lagi kedudukan dan inovasi GIBSON Innovations dalam bidang bunyi menerusi teknologinya yang maju dan reka bentuknya yang sofistikated dan ergonomik.

Miss Emily , Product Manager for Product and Sound, Gibson Innovations menerangkan satu persatu kelebihan sound system dari Gibson Innovatios

GIBSON Innovations buat masa ini menduduki tangga teratas global dalam kategori fon telinga, nombor satu dalam ‘docking system’ di Eropah dan Asia, nombor satu dalam kategori soundbar di Eropah, India, China, Brazil dan Malaysia, nombor tiga global dalam kategori pembesar suara Bluetooth, nombor satu dalam kategori sistem audio di Eropah dan nombor tiga di Asia, dan nombor satu global dalam pemain DVD mudah alih.

Miss Rachel, Product Manager for Headphones, Gibson Innovations

Sejak 2014, GIBSON Innovations telah menjadi sebahagian daripada Gibson Brands yang merupakan antara firma Elektronik Konsumer paling pesat berkembang di di dunia.

Antara produk GIBSON Innovations yang dipamerkan di majlis tersebut adalah siri Philips Fidelio Surround-on-demand dan soundbar; B5, E5, HTL6145C dan HTL7140B; pembesar suara Philips Zenit Cinema Speakers (Filem & Muzik); Philips A5-PRO, Philips Fidelio F1, M2L dan fon kepala NC1.



SOUNDBAR DAN PEMBESAR SUARA PHILIPS

Soundbar tanpa wayar Philips Fidelio menawarkan penyelesaian tepat bagi mereka yang inginkan pengalaman panggung wayang tulen dan bergaya di rumah. Satu inovasi besar terbaru dalam rangkaian Philips Fidelio, soundbar B5, E5, HTL6145C dan HTL7140B dengan dua atau empat pembesar suara wayarles boleh cerai juga boleh berfungsi sebagai pembesar suara Bluetooth bebas. Rangkaian soundbar ini menghasilkan bunyi yang begitu jelas untuk TV, filem, muzik dan permainan video online.



Soundbar Philips Fidelio B5


Soundbar premium Philips Fidelio B5 dalam konfigurasi standard menghasilkan bunyi yang hebat untuk program TV dan filem harian. Inginkan pengalaman menonton yang benar-benar imersif? Letakkan pembesar suara tanpa wayar boleh cerai di belakang anda untuk pengalaman bunyi keliling yang sebenar. Dengan algoritma pelarasannya yang maju, anda tidak perlu khuatir sama ada kedudukan pembesar suara boleh cerai adalah betul. Susun sahaja mengikut kehendak anda, jalankan algoritma pelarasan bagi memastikan bunyi keliling yang seimbang, tidak kira di mana sekali pun anda meletakkan pembesar suara.


Bunyi seimbang dan dinamik dihasilkan oleh pemacu 3 inci berjulat penuh dan twiter ‘soft dome’ premium, dengan bunyi keliling imersif oleh teknologi Dolby Digital dan Dolby Pro Logic II. Dengan adanya teknologi tanpa wayar proprietari, tiada lagi risiko gangguan rangkaian antara pembesar-pembesar suara wayarles tidak kira di mana anda meletakkannya di dalam bilik. Di samping bunyinya yang hebat, soundbar ini juga menampilkan reka bentuk menarik yang minimalis dengan kemasan aluminium yang premium. Malah, fabrik yang menutup pembesar suara itu juga istimewa kerana telah dirawat dengan lapisan khas yang tahan habuk dan tumpahan cecair dan pada masa yang sama membenarkan gelombang bunyi menembusinya dengan mudah.


Setiap bahagian soundbar, termasuk bar utama dan pembesar suara boleh cerai, boleh berfungsi sebagai pembesar suara Bluetooth bebas. Pembesar suara yang serba boleh dan berkuasa ini boleh diletakkan di mana-mana sahaja di dalam rumah anda mahu pun di laman kerana baterinya mampu bertahan sehingga 5 jam untuk muzik dan 10 jam dalam mod filem dengan setiap cas penuh. Jadi anda hanya perlu nikmati sahaja muzik dan filem kegemaran anda. Bar utama B5 juga mempunyai Bluetooth aptX® dan AAC untuk penstriman fideliti tinggi, dan NFC untuk ‘pairing’ yang mudah dan intuitif.



Philips Fidelio B5 boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara pada harga RM3,199.



Audio Tanpa Selerak dengan Philips Zenit

Menambahkan gaya kepada ruang hidup anda, sistem pembesar suara panggung Philips Zenit direkabentuk untuk menghasilkan output bunyi berkualiti terbaik untuk setiap jenis hiburan, daripada kandungan Ultra HD kepada penstriman muzik secara tanpa wayar daripada peranti mudah alih anda. Sistem pembesar suara Zenit menghidupkan bunyi muzik dan filem kegemaran anda.


Sistem Zenit dilengkapi teknologi terbaru seperti sokongan terhadap Bluetooth dan HDMI 4K/2K pass through. Reka bentuk pembesar suara ini pula menjadi simbol keseimbangan dan kesederhanaan.


Didatangkan dalam dua versi iaitu Philips CSS5330 yang dilengkapi pembesar suara tengah, dua pembesar suara satelit dan subwufer tanpa wayar, dan Philips CSS5530 yang meningkatkan kesemuanya kepada sistem 5.1 dengan penambahan dua pembesar suara belakang wayarles bagi memberikan kesan bunyi imersif yang lebih baik dari segenap sudut dan tanpa sambungan wayar yang mencacatkan pemandangan. Kedua-dua sistem ini datang dalam kemasan kelabu dan kayu, atau hitam dan aluminium.



Bunyi Imersif Multi Saluran dengan Philips HTL7140B 5.1


Soundbar HTL7140 yang anggun dan berkuasa dengan subwufer tanpa wayar mempunyai reka bentuk amat pipih tetapi dilengkapi saluran audio imersif 5.1 yang jauh lebih besar daripada saiznya. Dan dengan adanya teknologi Philips Ambisound yang proprietari, satu ruang bunyi (sound stage) yang jauh lebih panjang daripada ukurannya dapat dihasilkan.



Bunyi yang dihasilkan tidak dikekang oleh cara duduk pembesar suara dan dimensi bilik, serta tidak berselerak disebabkan banyaknya pembesar suara dan kabel. Philips HTL7140B dibina dengan dua pemacu khas dengan amplifier masing-masing yang membawa isyarat audio terproses yang berlainan.



Bunyi Imersif Multi Saluran dengan Philips HTL6145C 5.1


Soundbar Philips HTL6145C dengan dua pemacu 6.5” dan dua ‘bass port’ menghasilkan dua sistem pantulan bass yang mengatasi bass yang dihasilkan oleh subwufer biasa.

Dengan ukuran nipis 2.98cm, soundbar Philips HTL6154C mengindahkan lagi ruang tamu anda dengan gaya minimalis yang mudah disesuaikan dengan dekor moden tanpa perlu berkompromi tentang kualiti bunyi dan bass yang bertenaga. Dengan memanfaatkan Philips Virtual Surround Sound, Philips HTL6145C menghasilkan bunyi keliling yang kaya dan imersif. Algoritma ruang yang maju mampu meniru sepenuhnya ciri-ciri sonik yang didapati pada persekitaran saluran 5.1.







FON TELINGA PHILIPS

Fon Telinga (Headphone) DJ Profesional A5-PRO hasil kerjasama dengan Armin van Buuren


Direka khas oleh Armin van Buuren, pemenang DJ Terbaik Dunia sebanyak lima kali bagi memenuhi keperluan beliau sebagai DJ yang sentiasa merantau, fon telinga Philips A5-PRO merupakan perkakasan penting bagi golongan profesional muzik.


Menawarkan penebatan bunyi yang tiada tolok bandingnya dan ideal untuk kegunaan di hadapan audien yang besar, kusyen pada fon telinga ini datang dengan tiga saiz yang memastikan keselesaan sempurna. Hanya putarkan dan klik untuk memasangnya, sama seperti cara anda memasang lensa kamera. Reka bentuk boleh lipat fon telinga ini membuatkan ia mudah disesuaikan untuk penebatan bunyi yang optimum.


Fon kepala Philips A5-PRO dilengkapi dengan pemacu neodymium berdefinisi tinggi 50mm yang menawarkan bunyi berfrekuensi rendah berkualiti tinggi dan direka untuk menangani kuasa 3500mW. Reproduksi sumber dan kejelasan bunyi A5-PRO tiada tolok bandingnya dan pasti memuaskan pendengar yang arif tentang bunyi.


Philips A5-PRO boleh didapati di gedung-gedung jualan di seluruh negara pada harga RM1,999.



Fon Telinga (Headphone) Philips Fidelio F1


Dengan reka bentuk nipis, ringan dan kompak yang boleh dilipat, Philips Fidelio F1 merupakan teman perjalanan anda yang ideal.


Setiap pemacu pembesar suaranya telah dipilih dengan teliti, ditala dan diuji sebelum dipasangkan supaya bunyi yang dihasilkan adalah seimbang. Pemacu 40mm menggunakan magnet neodymium berkuasa tinggi bagi memberikan audi definisi tinggi sebenar dalam julat dinamik yang luas. Ia mampu menghasilkan semula perincian yang amat halus sekalipun.


Seni bina akustik tutup belakang fon telinga ini menampilkan Sistem Pantulan Bass yang secara asasnya terdiri daripada ‘earshell’ dengan lubang yang ditebuk pada tempat yang strategik. Ini membolehkan kawalan tekanan udara di dalam ruang dalaman dan memberikan diafragma persekitaran terkawal untuk respons akustik yang optimal. Apabila berfungsi dengan penangkapan kedap akustik, setiap perincian bunyi semulajadi diasingkan dan bass dinamik dihasilkan tanpa sebarang kompromi dalam kejelasan bunyi.

Fon telinga Philips Fidelio F1 juga dilengkapi dengan kawalan in-line dan mikrofon bagi membolehkan penggunanya mendengar muzik dan menjawab panggilan telefon tanpa masalah.



Fon Telinga (Headphone) Penghapus Hingar Phillips Fidelio NC1


Dengan pemacu magnet neodymium 40mm, fon telinga Philips Fidelio NC1 yang ditala khas bagi memberikan prestasi audio yang optimum. NC1 dibangunkan bagi memberikan kualiti audio terbaik di dalam persekitaran senyap mahu pun bingit, dengan sokongan bateri atau tanpa sokongan bateri. Jika kuasa bateri berkurangan, cuma matikan ANC dan terus mendengar muzik.


Bahan yang digunakan untuk Philips Fidelio NC1 telah dipilih dengan teliti untuk memastikan keselesaan pemakaian jangka lama dan prestasi audio yang optimum. Kusyen telinganya dibuat daripada fom yang mampu mengubah bentuk mengikut bentuk telinga anda. Ini bukan sahaja memberikan bentuk yang ergonomik tetapi juga meningkatkan lagi kebolehan fon telinga ini menghapuskan hingar.


Philips Fidelio NC1 merupakan teman setia untuk perjalanan jauh dengan kombinasi fabrik dan ‘protein leather’ yang lembut, yang mengurangkan tekanan pada permukaan telinga dan tokokan haba. Model ini ringan, pipih dan direka supaya boleh dilipat dengan pelbagai cara supaya mudah disimpan di dalam beg atau poket pada kerusi kapal terbang.

Fon telinga Phillips Fidelio NC1 juga dilengkapi dengan kawalan in-line dan mikrofon untuk membolehkan pengguna mendengar muzik dan menjawab panggilan dengan mudah.


Philips A5-PRO boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara pada harga RM1,799.



Fon Telinga (Headphone) Philips Fidelio M2L dengan Sambungan Lightning


Fon telinga Philips Fidelio M2L membolehkan anda menikmati format audio definisi tinggi 24-bit 48-kHz yang distrimkan dari peranti iOS anda menerusi sambungan Lightning. Mobiliti dalam menikmati muzik juga lebih mudah dengan penukar digital ke analog (DAC) yang terbina di dalam Philips Fidelio M2L.


Setiap pemacu pembesar suara pada M2L dibuat daripada magnet neodymium berkuasa tinggi 40mm dengan Sistem Pantulan Bass dengan seni bina akustik ‘closed-back’ untuk bunyi bass yang jelas, dinamik seimbang.



Menarik kan? Saya sendiri telah cuba satu persatu produk-produk diatas. Ternyata setiap satunya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Kalau diberi pilihan, secara peribadi, saya suka Soundbar Philips Fidelio B5 untuk pembesar suara manakala untuk headphone, saya suka A5-PRO dan NC1. Sememangnya kena dengan gaya hidup saya.





xoxo,


Picture credit : Miera


You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive