Klairs Illuminating Supple Blemish Cream Review

08 April 2015

Assalamualaikum awak. Ini adalah parcel pertama yang saya terima dari Natta Cosme. Excited sebenarnya masa dapat parcel ni sebab dari review yang saya baca sebelum ni, produk dari Natta Cosme semuanya bagus-bagus. Untuk kali ni, saya terima Klairs Illuminating Supple Blemish Cream. Atau nama pendek dia, BB Cream. Hehe.


Tengoklah. Cute kan. Tersenyum lebar masa buka parcel ni. Siap ada nota comel, hair clow dan Natural Emulsion Powder Puff untuk saya apply Klairs BB Cream tu nanti. Oww, sweet sangat!


Klairs Illuminating Supple Blemish Cream with SPF40 PA+++ ni merupakan salah satu best seller Klairs. Lain daripada BB Cream biasa kerana ia telah di upgrade dan boleh digunakan sebagai multi-functional skin care and make up produk.

Klairs BB Cream ni mempunyai efek pemutihan, anti-kedut, dan memelihara kulit daripada sinaran mahatahari. Ia telah di pertingkatkan dengan menambah asid hyaluronic yang menambahkan keberkesanan pelembap dan Sebum control powder yang memelihara kulit lembut walaupun di zon T. Klairs BB Cream akan membuat kulit kelihatan natural dan sesuai untuk kesemua jenis kulit sama ada lelaki atau perempuan. Hebat kan?


Berbentuk tiub dan mempunyai muncung yang kecil sangat memudahkan untuk kita apply Klairs BB Cream ni ke muka.


Untuk kulit berminyak macam saya, amalkan untuk apply BB Cream menggunakan span atau Natural Emultion Powder Puff dari Natta Cosme ni ye untuk kesan maksima. 


Mula nya saya agak risau sebab warna BB Cream ni agak cerah bila saya letak ditangan. Tapi jangan terlalu awal judge. Kita cuba dulu di kulit muka dan tengok hasilnya. Saya pun tak sabar tau sebab sampai sekarang saya masih tercari-cari BB Cream yang sesuai dengan kulit muka saya ni.


Step 1

Apply BB Cream ke muka. Disebabkan ia berbentuk tiub dan mempunyai muncung yang kecil, saya apply terus ke muka secukupnya.


Step 2

Ratakan dengan menggunakan Natural Emultion Powder Puff atau span.


Step 3

Siap! Hehe. Nampak tak perbezaan selepas saya ratakan menggunakan span. Nampak sekata kan. 


Dan.

Ini hasilnya.

Sebelum apply Klairs BB Cream, kulit saya nampak macam kusam. Tapi bila dah apply BB Cream, nampak lebih bermaya. Ini tanpa bedak ye. Pun dah nampak macam lembut, glowing dan sekata. 

Yang paling penting, warna tona kulit saya tak nampak jauh beza pun dengan yang asal. Nampak natural je. Ini sangat penting sebab saya tak gemar mekap heavy. Oh ye, kesan jerawat pun tak kelihatan tau.

Disebabkan saya suka kelihatan natural, saya memang suka apply seminimum mekap yang boleh untuk aktiviti harian. Jadi, dengan menggunakan Klairs BB Cream, ini adalah rupa harian saya.

Natural.


Yeay! Suka sangat. Letak sikit eyeliner dan lipgloss. Siap!

Totally in love with this Klairs Illuminating Supple Blemish Cream. Thank you, thank you, thank you Natta Cosme for introducing me this BB Cream!  Sememangnya akan menjadi salah satu produk wajib setiap hari sebelum keluar rumah. 


Suka tak? nak jugak? Cepat-cepat dapatkan di Natta Cosme ye. 



Product Information


Name: Klairs Illuminating Supple Blemish Cream SPF40 PA+++
Country of origin: Korea
Size: 40ml
Price: RM89.00 
Price :RM71.20 (Natta Cosme Price)










xoxo,


post signature

Join the conversation!

  1. sweetnya :)
    kulit wajah kita seakan sama kat situ tau ayue. PG ada bintik-bintik merah macam ayue tu. kalau tak pakai foundation, memang akan nampak ketara sangat. :)

    ReplyDelete
  2. menarik juga klairs ni... harga macam mahal sikit. tapi kalau berbaloi, baguslah kan.

    ReplyDelete
  3. Wah macam best je.. saya nampak ada beberapa blogger yg suka BB cream ni. Saya pun suka style makeup yang natural melainkan ada event yang besar

    http://www.theisabellee.com

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.