Kolaborasi Nivea bersama Adam Saaks

Saturday, April 25, 2015

Assalamualaikum. Trend fesyen pasti datang dan pergi, tetapi memiliki kulit yang cerah dan tegang tidak akan pernah ada penamatnya! NIVEA, peneraju bagi jenama penjagaan kulit antarabangsa menetapkan trend terbaharu dalam dunia kecantikan menerusi pengenalan rangkaian NIVEA Whitening & Firming terkininya. Ia merupakan rangkaian penjagaan badan bagi memutih dan menegangkan kulit pertama di Malaysia yang direka dengan tujuan untuk memenuhi keinginan wanita yang mendambakan kulit menawan yang tidak hanya cerah, tetapi juga tegang, licin dan anjal.


Rangkaian NIVEA Whitening & Firming Body baharu menggabungkan teknologi penegangan Q10 NIVEA ke dalam formulasinya. Q10 merupakan koenzim kepunyaan kulit yang hebat. Ia memastikan pembekalan tenaga kepada sel kulit, membantu dalam proses antikedutan, antioksidan dan menggalakkan tenaga sel bagi memberikan ketegangan kepada kulit. Ia juga mengandungi Vitamin C dengan 95% ketulenan bagi membantu menjadikan kulit cerah dalam tempoh 14 hari. Kini anda boleh mendapatkan kulit yang lebih cerah dan tegang menerusi satu aplikasi sahaja.

Bagi menjelmakan impian ini, NIVEA telah melancarkan kempen Flaunt it. Fair and Firm yang bertujuan mencipta kesedaran bahawa bukan pakaian yang anda gayakan perlu diutamakan sebaliknya kulit yang cerah dan tegang yang sebenarnya menjadi peneraju fesyen terbaik untuk anda.

Menerusi kempen ini, NIVEA telah berkolaborasi bersama personaliti TV popular, Yasmin Hani dan penyampai radio berinspirasi, Emely Poon. Kedua-duanya percaya bahawa apabila kulit anda berada pada tahap terbaik, apa jua fesyen yang digayakan pasti tampak memukau kerana kulit anda merupakan kunci utama terhadap penciptaan peneraju fesyen!

Sebagai penyemarak keterujaan terhadap kempen Flaunt it. Fair and Firm NIVEA, jenama ini turut membentuk gandingan eksklusif bersama pakar fesyen cut-out antarabangsa, Adam Saaks menerusi sebuah kolaborasi unik. Fesyen cut-out telah meledak sebagai satu fenomena di dalam arena fesyen global yang memberikan platform kreatif individualistik kepada wanita bagi mereka mengekspresikan diri.


Ia merupakan sinergi yang sempurna bersama rangkaian produk terbaharu NIVEA di mana kini anda boleh mendapatkan kulit cerah dan tegang yang terbaik, sekali gus membolehkan anda untuk menonjolkannya dalam pelbagai gaya pemakaian.


“Sejak lebih 100 tahun, kami sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi penjagaan kulit dan berterusan berkongsi kepakaran yang menjadi kelebihan kami iaitu dengan penciptaan solusi penjagaan kulit badan bagi memenuhi keperluan pengguna yang kian berkembang. Pelancaran rangkaian Body Care baharu ini di Malaysia menandakan satu lagi kejayaan terhadap pencapaian inovasi yang membanggakan serta buat para pengguna kami!. NIVEA amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Adam Saaks sempena kempen ini dan menjadi yang pertama membawakan keterujaan gaya fesyen cut-out, malah menerbangkan sendiri pakarnya ke Malaysia. Tiada momen yang lebih sempurna untuk anda menonjolkan kulit yang cerah & tegang! ujar Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura, Ng Hock Guan.


NIVEA turut menganjurkan pertunjukan fesyen berprestij menampilkan Adam Saaks yang diterbangkan secara eksklusif dari Amerika Syarikat ke Malaysia bersempena dengan kempen Flaunt it. Fair & Firm NIVEA. Para jemputan yang menghadiri acara itu juga diberi peluang eksklusif bagi menyaksikan Adam beraksi secara langsung.




“Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada kolaborasi unik ini. Saya juga percaya bahawa adalah penting bagi wanita untuk berasa yakin dengan kulit mereka. Apabila mereka meyakini diri dan kulit masing-masing, maka terciptalah penegasan terhebat yang mampu menghidupkan apa jua fesyen yang digayakan. Kulit yang cerah dan tegang sangat penting dalam menonjolkan helaian cut-out,” jelas Adam saat diminta untuk berkongsi pendapatnya berhubung kolaborasi unik di antara kulit yang cerah dan tegang bersama fesyen cut-out.



Adam Saaks sangat terkenal dengan persembahan potongan baju-T secara langsung dan berjaya mencipta nama dalam industri fesyen antarabangsa sebagai antara bakat paling unik pernah disaksikan dunia. Dikenali dengan julukan “The Master Shredder” dan “Adam Scissor Hands”, Adam telah bekerjasama dengan nama-nama besar Hollywood dan berterusan menghasilkan ciptaan baharu menerusi ketepatan potongan serta teknik tanggaan (laddering) signaturnya.


Berbekalkan hanya sebilah gunting, Adam menunjukkan demonstrasi kemahiran potongannya secara langsung dengan menghasilkan potongan cut-out pada busana yang membaluti tubuh Emely Poon. “Rangkaian baharu NIVEA Whitening & Firming Body telah membantu saya mendapatkan kulit yang cerah dan tegang. Pada mulanya saya agak gementar apabila diberitahu bahawa saya terpilih untuk pertunjukan secara langsung ini, namun NIVEA memberi keyakinan bagi saya menonjolkan kulit yang kini cerah dan tegang. Justeru saya amat berterima kasih kepada NIVEA.” Ujar Emely tatkala ditanya tentang perasaannya berkenaan penglibatannya dalam sesi tranformasi gaya cut-out secara langsung bersama Adam Saaks.



Turut hadir pada acara itu adalah personaliti TV, Yasmin Hani yang kelihatan anggun dalam dres cut-out yang diolah istimewa oleh Adam. “Saya menyedari bahawa penegasan fesyen yang terbaik adalah dengan memiliki kulit yang menawan. Bersama rangkaian NIVEA. Kedua-dua personaliti begitu teruja apabila diberi peluang memperagakan busana berpotongan cut-out yang direka khusus Adam Saaks sempena acara Flaunt it. Fair & Firm


NIVEA. Para jemputan dan peminat NIVEA turut terpesona ketika menyaksikan perjalanan transformasi kulit serta menonton secara langsung pertunjukan fesyen sulung Adam Saaks di Kuala Lumpur.




Untuk keterangan dan maklumat lanjut berkenaan kempen ini, para pengguna bolehlah melayari laman Facebook NIVEA Malaysia di https://www.facebook.com/mynivea atau saluran YouTube NIVEA Malaysia bagi menonton perjalanan Kempen Flaunt It. Fair & Firm melibatkan Adam Saaks, Yasmin Hani dan Emely Poon di https://www.youtube.com/user/MalaysiaNIVEA.

Rangkaian NIVEA Whitening and Firming kini boleh didapati di semua farmasi, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.



RANGKAIAN NIVEA WHITENING & FIRMING KINI TERDAPAT DALAM 3 PILIHAN:

Rangkaian NIVEA Extra White Firming Body


- NIVEA Extra White Firming Body Serum 70ml dijual pada harga RM9.50
- NIVEA Extra White Firming Body Serum 180ml dijual pada harga RM20.90
- NIVEA Extra White Firming Body Serum 320ml dijual pada harga RM25.90
- NIVEA Extra White Firming Body Lotion 125ml dijual pada harga RM10.50
- NIVEA Extra White Firming Body Lotion 250ml dijual pada harga RM18.90
- NIVEA Extra White Firming Body Lotion 400ml dijual pada harga RM25.30


Rangkaian NIVEA Instant White Firming Body


- NIVEA Instant White Firming Body Serum 70ml dijual pada harga RM9.50
- NIVEA Instant White Firming Body Serum 180ml dijual pada harga RM20.90
- NIVEA Instant White Firming Body Serum 320ml dijual pada harga RM25.90
- NIVEA Instant White Firming Body Lotion 100ml dijual pada harga RM10.5
- NIVEA Instant White Firming Body Lotion 200ml dijual pada harga RM18.90
- NIVEA Instant White Firming Body Lotion 400ml dijual pada harga RM25.30



Rangkaian NIVEA Anti-Age Firming Body


- NIVEA Anti-Age Firming Body Serum 70ml dijual pada harga RM9.50
- NIVEA Anti-Age Firming Body Serum 180ml dijual pada harga RM20.90
- NIVEA Anti-Age Firming Body Serum 320ml dijual pada harga RM25.90





xoxo,


You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive