Koleksi Hari Raya 2015 dari Alfio Raldo

Wednesday, April 01, 2015

Assalamualaikum~

Saya tahu mesti ramai diantara awak yang sudah mula mencari barang raya kan. Langsir raya, tempah baju raya, lepas tu sibuk pula mencari fesyen dan trend terkini kasut dan beg untuk dipakai waktu raya nanti. Betul tak? Ramadhan dah makin hampir, tinggal 2 bulan lebih je lagi. Tup-tup dah raya pula nanti. Hehe.

Apa kata, untuk Raya 2015 ni, awak cuba intai koleksi-koleksi yang ada dekat Alfio Raldo tu. Cantik tau. Jangan terkejut kalau awak sampai rambang mata nak pilih yang mana satu.


Alfio Raldo ni merupakan jenama yang tidak asing lagi buat peminat fesyen. Bukan kerana jenamanya sahaja tau, tapi sebab Alfio Raldo mempunyai koleksi yang up to date yang sentiasa memenuhi citarasa fesyen terkini.



Jenama Alfio Raldo semakin menawan hati peminat fesyen sejak mereka menggabungkan koleksi klasik, elegan dan bergaya sebagai koleksi mereka. Menariknya, koleksi ini sesuai digayakan ke pelbagai majlis. Elegan dan bergaya dengan gabungan mewah dan warna klasik.

Koleksi terbaru Alfio Raldo begitu menonjol dan elegan dengan warna-warna yang menarik dan berani dalam reka bentuk yang sesuai untuk semua majlis, sama ada ke majlis rasmi untuk acara kasual. Pendek kata, awak bole ke mana-mana saja lah dengan koleksi terbaru dari Alfio Raldo ni. Sangat menguji keimanan okey kalau tengok koleksi-koleksi tu semua. Rasa nak beli semua!

Tiga koleksi di bawah ni merupakan koleksi yang dijangka akan hangat sempena hari raya 2015 nanti.




Macam mana? Bergaya tak saya? Hehe

Ada pelbagai jenis beg yang ada di Alfio Raldo. Antaranya tote bag, handheld, sling bag, dompet dan beg tangan. Rekaan dan fesyen nya pula sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Warna yang berani untuk anak muda.

'Color safe' untuk pelbagai peringkat usia







Wah, bergetar jantung ni tengok koleksi beg dari Alfio Raldo ni. Haha.

Bukan saja beg, malah kasut seperti wedges, tumit tinggi, sandal, sneakers dan loafers juga boleh didapati di Alfio Raldo. 






Alfio Raldo juga mempunyai koleksi eksklusif kaca mata dan jam. Padan sangat lah kalau dipadankan dengan koleksi beg dan kasut tadi. 




Sejujurnya, saya tak pernah tahu pun yang Alfio Raldo ni mempunyai pelbagai koleksi sebab selalunya saya hanya jumpa beg dan kasut. Tak tahu pula ada koleksi jam dan kaca mata. Eksklusif sangat okey.

Untuk tahun 2015 ni, Alfio Raldo tampil dengan koleksi yang penuh warna-warni dan berani seperti kuning, hijau, merah dan biru sejajar dengan perkembangan fesyen terkini.


"Stylist and suitable to wear for all daily activity and must all be impressed with the luxurious and charming style your later"Jordan Ling (Pengarah Urusan Jenama Alfio Raldo)




Kami sudah shopping, awak bila lagi? Jangan sampai orang lain kebas habis sudah la. Hehe

Kini, Alfio Raldo boleh didapati di Parkson Grand, Isetan dan Metrojaya. Malah, boleh juga didapati secara online di ZALORA.



"Alfio Raldo, The Italian Elegance"



xoxo,

post signature

Unless stated, photo credit to : Halim Brothers

You Might Also Like

3 comments

  1. Wah! Rambang mata la para gadis-gadis pabila menjelang hari raya nanti. Hehe!

    ReplyDelete
  2. wah... menarik. meriah la raya thun nie...

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog Archive