RAKU | Muzik dan Radio Berciri Tempatan

Tuesday, April 21, 2015

Assalamualaikum. Siapa siapa suka dengar radio? Pagi-pagi masa nak pergi kerja tu mesti pasang radia kan? Pilihan masing-masing sebab siaran radio di Malaysia ni ada banyak. Saya ada berita baik untuk pendengar setia radio. Kini anda boleh mengelola stesen radio anda sendiri. Suka tak?

Penggemar radio da muzik tempatan kini bole menikmati perkhidmatan penstiman muzik dan radio Malaysia yang tersendiri menerusi telefon pintar, tablet dan komputer peribadi mereka menerusi RAKU.

Baru-baru ini saya telah ke Majlis pelancaran RAKU yang telah diadakan di Laundry Bar, The Curve.




Apa itu RAKU?


RAKU merupakan satu aplikasi yang terdapat dalam dua versi, iaitu percuma dan premium. Semua rakyat Malaysia boleh menghayati RAKU secara percuma dan mendapat akses kepada jutaan lagu-lagu antarabangsa dan tempatan, podcastn dan kandungan berciri tempatan seperti komedi, berita, sukan dan laporan trafik terkini di mana jua, pada bila-bila masa. Hebat!

Rakyat Malaysia kini boleh strimkan jutaan lagu, video serta menikmati lebih daripada 20 stesen radio dan podcast secara langsung. Mereka boleh mendengar stesen radio kegemaran mereka dan juga menikmati senarai lagu-lagu kegemaran artis, kugiran dan selebriti tempatan. Wow! 


Contohnya, untuk peminat Yuna, anda bukan sahaja boleh mendengarkan suara Yuna, anda juga boleh tahu Yuna sedang mendengar lagu apa! Semestinya satu aplikasi yang sangat menarik.

Bagi memudahkan pencinta muzik yang gemar mendengar muzik dan rancangan bual bicara menerusi peranti pintar mereka, aplikasi tersebut akan menampilkan maklumat terkini berkaitan komuniti tempatan seperti berita, laporan trafik serta sukan. 


RAKU memilih paparan antara muka berciri tempatan dan terdapat dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Pengguna yang inginkan lebih banyak fungsi tambahan boleh melanggan RAKU Premium. RAKU Premium hadir dengan perbagai ciri-ciri inovatif seperti akses tanpa had kepada juttan lagu daripada katalog muzik yang luas, senarai lagu yang boleh diubahsuai, radio atas-permintaan, dan pelbagai tambahan istimewa lain seperti kemudahan muat turun muzik ke dalam peranti anda sewaktu berada di luar talian.

Dengan akses premium, anda boleh mencipta stesen radio dan senarai lagu kegemaran anda sendiri dan berkonsi senarai peribadi anda dengan rakan-rakan di media social.

RAKU Premium boleh dimiliki dengan harga RM14.90 setiap bulan menerusi raku.my dan Android serta USD5.99 di Apple App Store.


Antara artis-artis tempatan yang sudah memiliki senarai lagu kegemaran di dalam RAKU ialah Noh Salleh, Tres Empre, Bittersweet, Enterprise, Man Bai, Alleycats Dosha Logan dan banyak lagi kugiran indie seperti Paper Plane Pursuit, Pop Shuvit dan Bunkface. DJ tempatan dengan senarai lagu di dalam perkhidmatan penstriman radio antaranya Ean, Jin dan RD (hitz), Haniff dan Hani (Era), Jack Lim (MY FM) dan Aanantha (THR Raaga).


Hendy Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, "RAKU direkabentuk untuk pendengar Malaysia kerana ia membolehkan pengguna memilih bahasa kesukaan bagu paparan antara muka, dan kemudian mencipta dan mengolah stasen radio anda sendiri dengan campuran muzik da lain-lain kandungan pilihan anda."

Di pelancaran tersebut, RAKU turut mengalu-alukan DIGI sebagai rakan iklan premier pertamanya. Praveen Rajan, Ketua Perkhidmatan Digital Digi berkata, "Di Digi, kami sentiasa berusaha bagi memberikan pelbagai jenis perkhidmatan yang menarik kepada para pelanggan kami untuk menepati cita rasa dan gaya hidup anda yang berbeza-beza. Kami gembira menjadi rakan RAKU kerana ianya selari dengan objektif jenama Digi Live untuk menawarkan kandungan hiburan paling terkini dan berinspirasi di samping inovasi perkhidmatan digital terkini kepada pelanggan kami. Kini pelangganyang mendengar hitz.fm, ERA fm dan MY FM boleh menikmati strim tanpa had menerusi tawaran terkini kami, pas Digi Muzik Freedom."

Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, berkata,"Saya gembira kerana RAKU berupaya mengukuhkan komitmen untuk menyokong artis dan kugiran indie Malaysia dengan menwarkan satu cara terkini untuk berhubung dengan peminat mereka, bukan sahaja menerusi rakanman muzik, tetapi juga persembahan secara langsung. Para pendengar kini boleh menikmati aksi 'live' tanpa perlu berada di tempat persembahan itu sendiri."

RAKU boleh dimuat turun menerusi web di raku.my manakala aplikasi RAKU boleh didapati di iTUnes Store dan Google Play.

iTUnes Store : link
Google Play :  link

Antara paparan di aplikasi RAKU menerusi Android.







Petikan daripada Lima Artis Terkemuka :

Dato David Arumugam, Alleycats
“Akhirnya app muzik untuk Industri Muzik Malaysia”

John O, Paperplane Pursuit
“Kami tidak sabar-sabar menggunakan app ini untuk memperkenalkan artis tempatan kegemaran kami kepada para peminat kami!”

Bunkface
“Kami rasa RAKU akan menjadi platform terbaik untuk ramai pemuzik di luar sana”

Yuna
“App Raku pasti akan menjadi platform terbaik untuk pemuzik tempatan mempamerkan bakat mereka dan mendekatkan diri mereka kepada lebih ramai peminat”

Bil Musa (Artis di bawah naungan Yuna Room Records)
“Bagi merapatkan diri dengan peminat, perlu ada medium dan saya rasa RAKU akan menjadi perantara untuk artis tempatan menjangkau lebih ramai peminat”

Enterprise (Artis di bawah naungan Yuna Room Records)
“Raku, boleh awak jadi dj?”

Pop Shuvit
“Dengan RAKU, kuasa untuk memilih dan mencipta senarai lagu unggul di tangan pengguna akhir, iaitu KITA! Selain daripada itu, app ini akan menjadi platform terbilang buat kugiran dan pemuzik tempatan untuk menjadikan muzik mereka lebih mudah untuk dicapai oleh para pendengar dan peminat muzik di luar sana”



Petikan daripada Syarikat Muzik :

Warner Music
“Warner Music sangat teruja untuk meneruskan hubungan jangka panjangnya dengan Astro Radio menerusi Raku. Kini, Malaysia sudah miliki suaranya sendiri di ruang hiburan audio digital!”

One Stop Music (OSM) Berhad
“Kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelancaran Raku,”

Sony Music Malaysia
“Kami yang menceburkan diri dalam bidang muzik ini berpendapat Malaysia memiliki ramai pemuzik berbakat. Artis tempatan dan meningkat naik perlukan suara dan platform untuk melancarkan diri mereka sendiri dan Raku sangat sesuai untuk menjadi sebegitu! Kami sangat teruja dengan perkhidmatan ini dan tidak sabar untuk berkerjasama rapat dengan kumpulan Raku dalam bulan yang akan mendatang ini bagi menyemarakkan semula industri muzik Malaysia”

MACP
“Kami sangat teruja dengan pelancaran Raku dan sangat gembira dengan bantuan yang diberikan oleh perkhidmatan ini untuk memperkenalkan bakat dan muzik tempatan. Kami menantikan saat perkhidmatan ini mengukuhkan hubungan di antara komposer, penulis lirik, penerbit dengan artis dan pemuzik. Raku boleh menjadi arus perubahan”

Universal Music Malaysia
“Kami di Universal Music Malaysia sangat menggalakkan perkhidmatan muzik digital, dan RAKU sebagai produk tempatan membuatkan ia lebih menarik lagi. Saya yakin dengan impian di sebalik RAKU dan peluang yang bakal hadir untuk menyemarakkan industri kandungan dan kreatif”




xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. haii ayue * lambai lambai tangan * hiksss. untung ahh dapat pi event ni :D

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog Archive