ZERO Maharaja Lawak sporting di Mister Potato Lawak Tour?

Monday, April 27, 2015

Assalamualaikum. Sebagai manusia biasa, kita dikurniakan pelbagai jenis emosi dan perasaan. Ada gembira, sedih, takut, marah, gelisah, risau, pilu, dan macam-macam lagi lah sampai kadang-kadang kita sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang kita lalui.

Untuk anda yang sedang resah, gelisah sedih dan marah itu, saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan dengan anda supaya perasaan tu semua pergi jauh. Hanya gembira sahaja yang ada kerana anda pasti akan ketawa hingga kering gusi.


Mister Potato Lawak Tour 2015



Mister Potato akan mengendalikan lawak tour di sekitar Lembah Klang bersama-sama dengan Juara Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan ZERO. Sebut sahaja nama ZERO, saya pasti ramai yang sudah tahu betapa lawaknya kumpulan ZERO ini, saya sendiri merupakan salah seorang dari peminat mereka. Mana tidaknya, ZERO sememangnya terkenal dengan lawak spontan mereka dengan loghat Sabah yang cukup pekat. Hehe.

Beberapa lepas, saya telah hadir ke Mister Potato Lawak Tour di Rasta, TTDI semata-mata untuk menyaksikan persembahan ZERO sambil menikmati Mister Potato. Ini merupakan kali pertama saya menonton persembahan lawak secara live. Feel nya memang lain berbanding dengan hanya menonton di televisyen!

Selain membuat persembahan lawak dari kumpulan ZERO, MC Mister Potato Lawak Tour ini, Ray dan Haniff dari radio Era juga ada membuat sesi soal jawab bersama penonton Penonton akan disoal dengan pelbagai jenis soalan secara rambang mengenai Mister Potato. Yang pastinya, setiap jawapan yang betul, anda akan diberi hadiah seperti Mi Powerbank, Mister Potato Notebook, Twin Pens dan hadiah-hadiah lain. Jadi, jangan segan-segan untuk jawab soalan ya kerana Mister Potato ada banyak hadiah yang disediakan untuk anda.



Kumpulan ZERO juga ada membuat sesi soal jawab bersama peminat mereka. Sesi ini memang paling saya suka kerana ZERO akan datang secara dekat dengan peminat mereka untuk bertanyakan soalan. Soalan yang diajukan pula tidak masuk akal dan sangat kelakar.

“Antara kami bertiga, siapa yang paling hodoh?”

Soalan ini diajukan kepada seorang kanak-kanak kecil. Bagaimana agaknya jika anda diberi soalan itu. Apakah jawapan anda? Hehe.


Tidak terhad dengan sesi menjawab soalan, ZERO juga ada mengajak penonton untuk sama-sama naik ke pentas untuk melakukan pelbagai aktiviti. Rakan blogger, Kifly Mally juga merupakan salah seorang penonton yang telah dibawa naik ke pentas untuk melakukan aktiviti. Dia diminta untuk catwalk sambil memperagakan Mister Potato untuk aksi Pencarian Model Mister Potato. Memang kelakar tengok gelagat masing-masing.


Ada juga penonton yang kena menyanyi dan menyebut tagline Mister Potato dengan nada yang paling kreatif. Hehe.



Suasana pada malam itu memang sangat havoc dan happening. Ketawa sampai pecah perut melihat gelagat kumpulan ZERO yang ‘selamba’ itu. Sporting betul mereka. Sambil menonton persembahan, sambil menyungah Mister Potato, tanpa sedar habis licin Mister Potato saya makan. Punya lah sedap Mister Potato itu. Rangup! Sesuai untuk dimakan sambil menonton persembahan live atau menonton televisyen kerana anda akan leka mengunyah! Haha.



Untuk awak yang terlepas peluang untuk bergelak ketawa melihat Mister Potato Lawak Tour bersama kumpulan ZERO sambil makan Mister Potato di Rasta, TTDI minggu ini, jangan sedih kerana mereka akan berada di sekitar Lembah Klang pada tarikh-tarikh dan tempat berikut untuk membuat persembahan.

  • 26th April 2015 @ NZ Curry House Wangsa Maju (HQ)
  • 3rd May 2015 @ Uptown Kota Damansara
  • 24th May 2015 @ Uptown Shah Alam

Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan kumpulan ZERO ya kerana anda pasti akan ketawa pecah perut melihat persembahan mereka!


Untuk maklumat lanjut tentang Mister Potato, boleh layari :




“Mister Potato, cetuskan keriangan”




xoxo,


[48 hours Sponsored Post]

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive