Bourjois | Rouge Edition Aqua Laque Review

12 May 2015

Assalamualaikum. April lepas, Bourjois telah memperkenalkan produk baru mereka iaitu Rouge Edition Aqua Laque. Untuk edisi ni, Bourjois mengeluarkan 8 shades dan ini merupakan kali pertama Ayue mencuba lipstick keluaran Bourjois.




Untuk kali ni, Ayue akan review warna 08 Babe Idole.



Babe Idole is a sweet barbie bubblegum pink. Warna kegemaran Ayue.


Kelebihan Bourjois Rouge Edition Aqua Laque:
• 10 hour lightweight texture, fresh feel
• 10 hour hold & hydration

Mempunyai 8 shades of colours dari nude ke vibrant red. Sememangnya sesuai untuk kesemua jenis warna kulit. Kalau sebelum ni Ayue kurang gemar menggunakan lipstik berbentuk lip gloss sebab ia buat bibir Ayue melekit dan kurang selesa. Tapi dengan Aqua Laque, langsung tiada rasa melekit. 


Apa yang Ayue suka tentang Bourjois Rouge Edition Aqua Laque
Mempunyai tekstur yang sangat ringan hinggakan Ayue tak rasa macam pakai lipstik pun. Bila pakai, bibir akan kelihatan glossy dan memberi efek macam juicy gitu.

Apa yang Ayue tidak suka tentang Bourjois Rouge Edition Aqua Laque
Walaupun ia mempunyai ciri tahan lama (long-lasting), tapi disebabkan ianya kelihatan glossy membuatkan efek itu mula berkurang dari masa ke semasa, 

Komen Ayue? Sememangnya Aqua Laque akan sentiasa berada dalam beg Ayue kemana saja Ayue pergi sebab Ayue suka warna dan rasa selesa bila gunakannya, cuma kena reapply selalu. Hehe.




Product Information:

Name: Bourjois Rouge Edition Aqua Laque
Shades Available: 8 shades
Availability: Bourjois Sunway Pyramid Counter | Watsons Nationwide
Price: RM45.50
Net Weight: 7.7ml/0.2 fl.oz
Made In: France



Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Bourjois Malaysia




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.