PERFECTÒ Popcorn | Snek Baru di Pawagam

30 May 2015

Assalamualaikum. Tiap kali Ayue pergi tengok wayang, benda wajib ada adalah popcorn. Tak kira lah masa tu baru lepas makan ke, tak ke, mesti kena ada juga popcorn tu sebab Ayue ni jenis yang suka mengunyah bila tengok movie. Popcorn ni dah kira macam pelengkap keseluruhan proses tengok wayang tu. Hehe.

Tapi selalunya, bila tengok wayang, kita akan beli popcorn yang dah disediakan oleh pihak pawangan kan. Haa, ni Ayue nak cerita ni. Ada popcorn baru!!


PERFECTÒ memperkenalkan sesuatu yang lain untuk kenikmatan sempurna iaitu PERFECTÒ Popcorn, yang disaluti sepenuhnya setiap satu yang menjadikannya teman sejati anda apabila menonton filem. 

PERFECTÒ Popcorn terdapat di dalam tiga perisa klasik bagi menepati cita rasa anda.
  • Ultimate Caramel
  • Chocolate in Love
  • French Vanilla

Mamee Double – Decker ketika ini memiliki lebih 36% syer pasaran snek di Malaysia, di mana PERFECTÒ Popcorn adalah sebahagian daripadanya.

Baru-baru ni Ayue berkesempatan ke majlis pelancaran PERFECTÒ Popcorn. Pelancaran itu menyaksikan ketibaan bergaya tetamu dengan pengalaman melalui karpet merah PERFECTÒ Popcorn. 

Speech by Tan Sri Pang Tee Chew – CEO of Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd

Charlie Tan (GM of Manufacturing), Chan Meng Yang (GM of Marketing), Datuk Gary Choo (Executive Assistant to CEO & COO), Datuk Wira TN Pang (COO), Datuk Pang Chin Hin (Chairman), Tan Sri TC Pang (CEO), Pierre Pang (Group GM of Sales & Marketing) – The VIPs tasting the Perfecto Popcorn at the launch


Para tetamu kemudiannya akan disambut oleh “paparazzi” yang akan mengambil gambar aksi-aksi mereka di karpet merah, dan dijamu dengan pelbagai seleksi canapés, mocktail, dan pemanis mulut lazat dengan perisa popcorn yang menggoda selera tetamu.

Perfecto Popcorn Personalities Amber Chia, Kamal Adli & Tasha Shilla

From L to R - Amaris (Actor & Singer), Maria Tunku Sabri (TV personality) Harris Alif (Singer), Ila Damiaa ( Singer) & Noh Hujan (Singer)

Majlis diteruskan dengan sketsa suspen filem seram yang membuatkan tetamu terasa bagaikan sebahagian daripadanya.

Lights! Camera! Action! A thriller with comedy twist sketch to introduce the all new Perfecto Popcorn

Aturcara diteruskan dengan tayangan istimewa filem “SPY”. Keseronokan menonton ditambahkan lagi dengan hidangan PERFECTÒ Popcorn, iaitu popcorn yang disaluti 100%, ketika menonton TV.


Kesimpulannya , PERFECTÒ Popcorn merupakan snek unggul yang memberikan pengalaman terbaik apabila menonton, tidak kira samada di pawagam mahupun di rumah. Ia menjanjikan rasa yang disaluti 100% perisa dalam setiap satu. Selain daripada itu, peknya menampakkan pengalaman filem yang membawakan kita dekat kepada pengalaman di pawagam.

Jom tengok betapa lazatnya popcorn dari PERFECTÒ dalam video kat bawah ni. Confirm anda rasa nak beli sekarang juga

PERFECTÒ Popcorn,snek mewah yang mampu dinikmati semua kini terdapat di seluruh negara dengan harga jualan runcit :

Pek kecil (85g) - RM4.50
Pek besar (160g) - RM7.50


Untuk keterangan lanjut, layari Facebook rasmi PERFECTÒ di www.facebook.com/PerfectSnacks.





xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.