Surprise Delivery dari Sukelettew Candy

17 May 2015

Assalamualaikum. Siapa yang tak suka suprise kat sini? Mesti ramai kan. Lagi-lagi yang perempuan tu. Kalau dapat suprise dari insan tersayang, tersenyum sampai ke telinga lah jawapnya. Yang laki pun apa kurangnya, sure seronok sakan kalau tiba-tiba buah hati buat kejutan untuk dia.

Kejutan yang biasa orang buat adalah suprise party tak kiralah birthday ke, anniversary ke, dan suprise delivery. Ayue paling suka buat surprise dekat orang. Selalu sangat buat surprise birthday dekat kawan-kawan universiti dulu. Sampai menangis mereka sebab terharu. Hehe.  Tapi tu lah, nak buat semua tu makan masa dan tenaga. Sekarang dah busy, susah sikit lah nak buat macam dulu-dulu kan.


Sebab tu lah Ayue nak perkenalkan kepada anda perkhidmatan surprise party untuk insan tersayang dari Sukelettew Candy. Mana lah tahu anda diantara anda yang suka buat surprise macam Ayue ni. Boleh lah gunakan khidmat Sukelettew Candy sebab harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan.


Sukelettew Candy

Sukelettew Candy merupakan idea asal oleh Nana Lokman bersama rakan sekolahnya Nita Rashid. Keinginan serta minat yang mendalam dalam bidang menghasilkan candy buffet membuatkan mereka berdua berkongsi modal yang sedikit untuk memulakan perjalanan perniagaan ini. 


Ditubuhkan secara kecil-kecilan melalui Instagram pada September tahun lalu, usaha mereka berhasil apabila ada follower Instagram yang sudi memberikan kepercayaan untuk mengadakan Majlis Aqiqah untuk anak sulungnya. 


Tetapi disebabkan masing-masing sibuk bekerja sepenuh masa sehingga tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bisnes Sukelettew Candy. Akhirnya, mengambil kata sepakat untuk mengembangkan lagi ahli Sukelettew Candy bagi meraih sumbangan dan idea supaya lebih maju kehadapan.


Dengan itu, Fana yang merupakan seorang blogger dijemput untuk menyertai team Sukelettew Candy bagi menguruskan bahagian media sosial dan pemasaran. Tanpa tenaga lelaki, pasti sesebuah pasukan menjadi tidak kukuh, memilih Zakuan sebagai salah seorang team membuatkan team Sukelettew Candy lengkap.


Kesemua ahli Sukelettew Candy ni bukan calang-calang orangnya. Masing-masing mempunyai pekerjaan tetap yang lain, tapi disebabkan minat yang tinggi dalam bidang candy buffet, mereka berganding bahu menjayakan Sukelettew Candy.
  1. Nana Lokman merupakan guru sepenuh masa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris di Playground Enrichment Programme yang terletak di Seri Kembangan Selangor.
  2. Nita Rashid merupakan Software Developer di SynergyCentric Sdn. Bhd serta. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di UiTM Shah Alam. 
  3. Fana pula merupakan seorang blogger separuh masa dan bekerja spenuh masa sebagai Logistics Executive di BDP International Sdn. Bhd. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Teknologi Pejabat. 
  4. Zakuan merupakan Technical Assistant di salah sebuah syarikat swasta di Batu 3, Shah Alam.




Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sukelettew :
  • Menyediakan servis konsultan untuk majlis
  • Surprise Delivery Service
  • Birthday Party
  • Baby Shower
  • Candy Buffet
  • Goodies
  • Sewaan Props untuk photoshoot @ majlis

Perkhimatan Sukelettew ni menawarkan harga yang sangat berpatutan. Ada yang serendah RM100 saja tau. Berbaloi-baloi kan? Jimat tenaga dan masa. Ayue dah cuba dah brownies, kek dan muffin yang disediakan masa Mini Launching Sukelettew hari tu di Taman Tasik Perdana. Sedap sangat! Semuanya homemade.




Sekali sekala main picnic macam ni seronok juga kan. Lagi-lagi buat di tempat berlatar belakangkan kehijauan, lagi naik seri setiap moment yang dicipta.



Makanan yang disediakan pula sedap-sedap kesemuanya. Walaupun Ayue samapi lambat sikit, tetap dapa rasa roti jala yang mak fana buat ni.




Jadi, kalau anda ingin menggunakan khidmat mereka, Boleh follw Instagram Sukelettew untuk maklumat lanjut ya. Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhimatan mereka pun ada.


Instagram : http://www.instagram.com/sukelettew

Untuk tempahan :

01112848665 (Nana Lokman)
0174342950 (Fana)




xoxo,


post signature


Join the conversation!

  1. wahh.. menarik ni.. nak pakej direct contact diorang laa ek ayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..awak boleh direct contact diorg eh..fana atau nana lokman :)

      Delete
  2. best kalau ada yang panggil untuk kita..hihihi.. :D

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.