Festival Ramadhan Klang 2015 | GM Klang

29 June 2015

Assalamualaikum. Pusat Pemborong GM Klang sememangnya sangat terkenal dengan menjual pelbagai barang yang murah. Hampir kesemua barang yang dicari, pasti ada disana. Bulan ramadhan ni makin ramailah ke sana demi untuk mencari barang raya. Baju raya, kasut raya semuanya ada. Untuk memeriahkan lagi suasana di Pusat Pemborong GM Klang, Festival Ramadhan Klang 2015 telah dibuka secara rasminya semalam, 26 Jun 2015.

Buat anda yang mungkin tidak puas shopping di dalam GM Klang, anda boleh ke Festival Ramadhan Klang ini kerana festival ini berkonsep 'balik kampung' yang menyediakan lebih kurang 120 buah gerai jualan barangan persiapan raya dan juga juadah berbuka puasa.


Barangan persiapan raya yang dimaksudkan adalah baju raya, kasut raya, tudung raya, kuih raya dan langsir raya pun ada dengan harga yang berpatutan. 





Makanan yang dijual pula sangat menyelerakan. Sama seperti di Bazaar Ramadhan. Antara menu yang menarik perhatian Ayue adalah Nasi Kukus Ayam Berempah Pak Jay dan Air Khatira. Sedapnya! Tiap kali ramadhan, memang Ayue akan cari air Khatira ni.




Pengunjung bukan saja berpeluang membeli belah, tetapi juga dapat berhibur dengan program yang berunsur ilmiah seperti tazkirah Ramadhan, Malam Selawat Rasul bersama Al-Mawlid dan Habib Najmuddin, bacaan Al-Quran oleh pelajar Tahfiz program santai seperti persembahan akustik dan nasyid. 

Aktiviti kanak-kanak seperti sesi beramah mesra dengan maskot karakter popular tanah air juga turut diadakan. Pastinya mereka teruja apabila dapat bergambar dengan karakter kegemaran mereka ni.


Sebelah malanya pula terdapat sesi moreh bersama selebriti terpilih.



Selain itu, festival ini juga turut menyediakan ruang percubaan kepada alumni UiTM dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjual produk buatan mereka.

Paling istimewa adalah lorong khas yang dihias dengan dekorasi perkampungan melayu untuk pengunjung bersantai bersama keluarga. Didalam lorong ini terdapat pelbagai permainan tradisional yang makin dilupakan oleh masyarakat sekarang antaranya congkak, gelung hula hoop, carom, ting ting dan baling tin. 





Kanak-kanak pastinya teruja melihat permainan seperti itu selain dari hanya bermain game di smartphone. Sejajar dengan objektif yang ingin diinginkan oleh festival ini iaitu memupuk nilai-nilai murni di kalangan masyarakat dan membentuk masyarakat yang harmoni.



Semalam Ayue sempat juga melibatkan diri dengan aktiviti yang ada di sana iaitu mewarna batik yang sudah dicanting. Ini merupakan pengalaman pertama Ayue. Kanak-kanak pasti seronok jika dapat menyertai aktiviti ini. Menariknya, selepas siap mewarna, kita boleh bawa batik hasil usaha kita tu. 




Majlis pembukaan festival ini dihadiri sendiri oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd, Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok di samping Yang Berusaha Dr. Leong Khai Hin, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI) dan wakil-wakil dari rakan kerjasama festival ini iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Projek Iqra' dan Women International Network (WIN).


Peserta-peserta Projek Iqra' juga telah memilih Pusat Pemborong GM Klang sebagai salah satu detinasi projek mereka dimana peserta yang terdiri daripada anak-anak komuniti di bawah umur 12 tahun berpeluang membeli persiapan raya di Pusat Pemborong GM Klang melalui sumbangan yang diberikan kepada mereka. Istimewanya, mereka barang yang mereka inginkan dengan harga yang murah sebagai salah satu usaha meringankan beban mereka. Mereka turut menerima duit raya dari Pusat Pemborong GM Klang.

Duit raya turut diberikan kepada anak-anak yatim dari Persatuan Maahad Tahfiz Al-Munirah. Merekalah yang akan mengalunkan bacaan Al-Quran di festival ini.


Berita baik untuk penggemar bubur lambok. Untuk pengunjung yang hadir ke festival ini, bubur labok akan diberikan secara percuma seawal jam 6 petang. Meriah sungguh aktiviti yang dijalankan di festival ini.


Festival Ramadhan Klang 2015 ini akan beroperasi bermula 26 Jun hingga 12 Julai 2015 dari jam 3 petang (Isnin - Jumaat) dan seawal 11 pagi (Sabtu dan Ahad) sehingga jam 11 malam. Kedai-kedai di dalam Pusat Pemborong GM Klang juga turut melanjutkan waktu perniagaannya hingga ke 10 malam setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang festival ini berlangsung.

Mari meriahkan Festival Ramadhan Klang ini bersama keluarga anda. Selain dapat meluangkan aktiviti bersama keluarga, anda juga dapat membeli belah dengan harga borong di Pusat Pemborong GM Klang. Menarik kan?


Pusat Pemborong GM Klang
Bandar Botanic, GM Klang Wholesale City,
Jalan Kasuarina 1, 41200 Klang, Selangor


Untuk maklumat lanjut boleh layari website mereka :
Website : www.gmklang.com
Facebook : GM Klang Fanpage
Instagram : @festivalramadanklang2015




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Wah Ayu... Rajinnya join Event ni.. Tak ajak pun.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Meriahhhhh! Nanti nak dekat penutup dia nak pegi lg la. Hehehe

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.