Gempak Raya Bersama Jakel 2015

29 June 2015

Assalamualaikum. Hari ni dah masuk 12 hari kita puasa. Dah hampir separuh ramadhan dah. Cepat sangat masa berlalu kan. Anda semua dah sedia nak raya tak? Dah mula beli raya? Ayue dah mula cari dah, tapi belum jumpa lagi. Tahun ni cadangnya nak warna peach. Buat anda yang masih tak tahu lagi mana nak cari baju raya, jangan risau sebab Jakel ada."Ingat Raya, Ingat Jakel".


Minggu lepas Ayue telah hadir ke roadshow "Gempak Raya Bersama Jakel" di mana artis popular seperti Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Mia Sarah dan Rykal Iskandar telah datang ke Jakel Shah Alam untuk mempromosikan baju raya mereka. Meriah sungguh suasana di sana.


Seperti yang anda semua tahu, baju raya Aaron Aziz sudah 2 tahun di keluarkan oleh Jakel. Tahun ini, Jakel masih mngekalkan Aaron Aziz sebagai duta dan juga pengambilan Nabil Ahmad sebagai Duta Baju Melayu pada tahun ini untuk menarik perhatian golongan muda dan berpakaian up-to-date.


Menariknya, tahun ini Jakel tampil dengan sesuatu yang sangat istimewa di mana mereka menampilkan Koleksi Raya Upin & Ipin by Jakel untuk menarik minat ibu bapa dan anak-anak mereka. Koleksi ini disertakan dengan butang baju melayu dan sampin. Baju kurung untuk kanak-kanak perempuan pun ada. Harga koleksi ini bermula dari RM79.90 hingga RM125.90 untuk kanak-kanak bersiaz 0 hingga 13 tahun.




Menarikkan? Semuanya ada di Jakel. Dari baju raya ibu bapa hingga ke anak-anak mereka. Tidak perlu lagi ke tempat lain kerana kualiti baju yang dikeluarkan oleh Jakel sememangnya berkualiti dan mampu milik. 

Koleksi baju raya tahun ini mempunyai lebih dari 30 warna dan corak. Anda yang tertanya-tanya perbezaan diantara koleksi baju raya Aaron Aziz dan Nabil Ahmad, koleksi ini berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Antara warna yang dikeluarkan adalah hijau zamrud, biru diraja, pic, jingga, hijau tiffany, hijau mint, merah cili, dan sebagainya. Warna pilihan Ayue? Dah tentulah warna pic.



Bukan setakat baju melayu dan baju kanak-kanak saja yang menjadi koleksi baju raya tahun ini. Baju Kurung Moden Rozita Che Wan juga ada di promosikan untuk kaum hawa. Koleksi ini mempunyai lebih dari 10 rekaam eksklusif, moden dan elegan yang dijual hanya bermula dari RM329.00 dan ke atas. 





Semasa Ayue di Jakel Shah Alam, sempat juga Ayue melihat sesi 'happy hour' yang dijalankan sebagai aktiviti khusus bagi program ini. Duta-duta Jakel akan membuat lelongan terhadap koleksi baju raya mereka iaitu Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahmad, dan Baju Raya Upin & Ipin. Sambutan yang diberi oleh pengunjung sangat menggalakkan. Mana tidaknya, baju yang berharga dari RM300+ selepas dilelong menjadi RM150+ sahaja!!  Bergetar iman dibuatnya.





Selesai membeli, pengunjung juga diberi peluang untuk bergambar dengan selebriti kesayangan mereka pada sesi 'Meet & Greet'. Jakel Shah Alam juga telah memberikan koleksi baju melayu secara percuma kepada 100 pengunjung terawal. Bagi 400 pelanggan terawal yang telah membuat pembelian baju melayu pula mendapat hadiah koleksi baju melayu.

Tidak cukup dengan satu bangunan tiga tingkat yang penuh dengan baju raya, Jakel Shah Alam juga telah membuka khemah berhampiran untuk menjual lebih banyak baju raya. Sebenarnya, sebelum majlis ni lagi Ayue sudah ke khemah ini untuk melihat koleksi baju raya dan promosi yang diadakan. Masuk tak sampai setengah jam, Ayue sudah dapat sepasang baju kurung dengan harga hanya RM60. Seronoknya. Ayue difahamkan koleksi itu adalah untuk penghabisan stok. Baju cantik dengan harga yang sangat murah. Berbaloi!



Bukan itu saja, di dalam khemah ini juga terdapat koleksi baju melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Upin & Ipin dan juga baju kurung moden Rozita Che Wan. Kalau sesak di dalam bangunan, boleh datang ke dalam khemah ni. Khemah ini mempunyai penghawa dingin. Jadi anda tidak perlu risau untuk membeli belah sambil peluh berjujuran jatuh.



Buat anda yang masih mencari baju raya, silalah ke cawangan Jakel sepanjang ramadhan ini. Manalah tahu rezeki anda, terkena pula masa 'happy hour', kan dah save banyak? Silap-silap boleh beli lagi sepasang. Ayue dah beli baju melayu Upin & Ipin untuk anak buah Ayue. Comel sangat, siap ada logo Upin & Ipin lagi. Anda tak nak ke?




Untuk maklumat lanjut tentang Jakel, boleh layari :

Website: www.jakel.my






xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.