Ramadhan Buffet | Dorsett Regency Kuala Lumpur

20 June 2015

Assalamualaikum. Selamat berpuasa buat semua pembaca blog saya. Hari ni Ayue nak perkenalkan satu lagi buffet ramadhan yang ada di Kuala Lumpur untuk menjadi pilihan anda masa berbuka puasa nanti. Dorsett Regency Kuala Lumpur terletak betul-betul di tengah-tengah kota Kuala Lumpur iaitu di Bukit Bintang. Sesuai sangat lah untuk anda yang bekerja di sekitar sana untuk berbuka puasa.

Checkers Cafe di Dorsett Kuala Lumpur memperkenalkan konsep 'Bintang Lagenda' menawarkan lebih dari 100 pilihan makanan utama dan pencuci mulut dari 18 Jun 2015 hingga 16 Julai 2015.

Antara menu yang hangat di sini adalah menu yang menjadi kegemaran Tan Sri P.Ramlee iaitu Kambing Kuzi, Gulai Kawah Sotong Sumbat, Burung Puyuh Percik, Ayam Goreng, Serawa Durian dan banyak lagi.









Menu utama pula terdiri daripada Gulai Ikan Talang Masin, Udang Goreng Soso Keju, Nasi Kerabu Bunga Talang, Burung Puyuh dan Ayam Percik, Bubur Lambuk. Ayue recommend anda untuk cuba Burung Puyuh dan Ayam Percik di Dorsett KL ni. Memang sedap sampai Ayue tambah untuk kali kedua.





Untuk Ramadhan 2015 kali ni, Checkers Cafe lebih pilihan salad tempatan antaranya Kerabu Betik, Kerabu Mangga, Kerabu Paku Pakis, Ulam-ulam Kampung dan Rojak.





Dalam banyak-banyak Buffet Ramadhan yang Ayue pernah pergi, Dorsett KL ni merupakan yang paling banyak menyediakan pelbagai pilihan pencuci mulut yang mengiurkan. Mana tidaknya, ada Serawa Pisang, Sagu dan Kelapa, Biskut Homemade dan yang paling menjadi pilihan dan kegemaran Ayue adalah Panacotta Green Tea mereka. Memang teringat-ingat sampai sekarang. Buat penggemar Panacotta dan green teal, anda mesti cuba menu ini. Highly Recommended.















Ada juga pelbagai pilihan bubur untuk anda pilih sebagai pencuci mulut, antaranya Bubur Cha-Cha, Bubur Pulut Hitam, dan Pengat Durian.



Dalam banyak-banyak menu di atas, yang agak rare adalah di Dorsett KL mereka menyediakan station dimana makanan tradisional tempatan, makanan Jepun dan Western disediakan, Ada pelbagai pilihan sushi untuk anda yang gemar makan sushi. 



Serunding dan Ketupat Palas pun ada ya. Sedapnya.



Ramadhan Buffet 2015 di Dorsett KL ni dibuka setiap hari
7pm hingga 10pm
Harga RM105 nett per adult (Inclusice GST 6%)




Untuk maklumat lanjut dan table booking, boleh hubungi Checkers Cafe di talian 03-27161000 ext 188

Selamat berbuka!



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.