Ramadhan Buffet | JW Marriot KL | Kampung Dining Experience

09 June 2015

Assalamualaikum. Menetap atau bekerja di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, Ayue pasti anda pasti tercari-cari ramadhan buffet yang berdekatan supaya anda dapat berbuka puasa tepat pada waktunya. Maklum lah, ramai yang terpaksa berbuka di dalam kereta disebabkan kesesakan lalu lintas bukan? Jadi apa kata anda cuba berbuka di JW Marriot, Kuala Lumpur.

Ramadhan tahun 2015 ni, di JW Marriot membawa tema Kampung Dining Experience. nama pun dah "kampung" kan. Mestilah hidangan yang disediakan berkonsepkan ala-ala makanan kampung. Macam Ayue, bila berbuka Ayue lebih suka untuk menjamah makanan ala kampung berbanding western. Tekak melayu lah katakan. Tapi lain orang lain ragamnya. Untuk anda yang sama tekak dengan Ayue, boleh la cuba berbuka di JW Marriot ni ya. Mereka menyediakan lebih dari 130 jenis makanan kampung dalam menu ramadhan buffet mereka.

Anda boleh pilih nak berbuka dengan pandangan kolam renang atau pun di level 4. Kalau Ayue, Ayue lebih suka suasana bebas dan tenang di kolam renang, Hehe.


Antara yang menarik perhatian Ayue di JW Marriot KL ni adalah kambing bakar dan satay nya. Sedap, lazat dan pasti buat anda terliur sewaktu menunggu berbuka puasa nanti. Jarang kita dapat makan satay yang sedap di buffet macam ni.




Untuk pembuka selera, anda boleh cuba gerai yang disediakan Terdapat pelbagai ulam ulaman, kerabu dan sambal sebagai pembuka selera. Ayue suka sambal tempoyaknya. memang terangkatlah!





Ada pelbagai gerai yang disediakan di JW Marriot untuk Kampung Dining Experience ni, antaranya :

  • Ulam Ulaman ( Assorted Local Salads )
  • Sambal Sambal Melayu( Malay Salsa )
  • Pembuka Selera Melayu ( Local Appetizers )
  • Keropok ( Crackers )
  • Pembuka Selera Antarabangsa ( International Appetizers )
  • Gerai Rojak Buah ( Local Fruits Salad Station )
  • Gerai Satay ( Satays Station )
  • Gerai Ikan Bakar ( Grill Fish Station )
  • Gerai Roti John( Pan-Seared Bread With Filling )& Roti Canai
  • Gerai Nasi Ayam ( Chicken Rice Station )
  • Gerai Nasi Kandar ( Indian Rice Station )
  • Gerai Tandoori ( Tandoori Station )
  • Gerai Mee ( Noodles Station )
  • Gerai B.B.Q ( Bbq Station )
  • Gerai Bubur ( Sweet Porridge Station )
  • Gerai Ais Kacang ( Sweet Crushed Iced Station )
  • Gerai Sup ( Soup Station )
  • Gerai Makanan Tradisi Dan Selera Kampung
  • ( Authentic Cuisine )
  • Gerai Ais Krim ( Assorted Ice Cream Station )
  • Gerai Buah Buahan ( Fruits Station )
  • Gerai Pencuci Mulut ( Assorted Malay Desserts )






Selera Utama ( Main Items )
Ayam Masak Kicap ( Chicken In Black Soy Sauce )
Ayam Masak Merah ( Chicken In Red Sauce )
Ayam Percik Kelantan (Grill Chicken With Spicy
Coconut Sauce )
Kari Kambing Dengan Kentang ( Lamb Curry With Potatoes )
Sambal Udang Dengan Petai ( Prawns In Chili Sauce )
Wok Fried Chicken With Dried Chilli Chinese Style
( Chinese Style Chicken With Chilli )
Daging Masak Halia Ala Cina
( Chinese Style Beef With Ginger)
Sweet And Sour Fish Fillet ( Sweet And Sour Fish Chinese
Style )
Kurma Ayam Dengan Kentang ( Chicken Kurma With
Potato )
Labu Masak Lemak Pucuk Manis ( Pumpkin In Coconut Milk )
Sayur Campur ( Mixed Vegetables )
Pajeri Nenas
Nasi Putih ( Steamed White Rice )








Dan sempena ramadhan kali ni, istimewa di JW Marriot adalah Bubur Lambuk ( Lambuk Porridge )


Pemanis mulut juga terdiri dari kueh mueh bertemakan kampung.




Apa lagi tunggu? Mengiurkan bukan? Cepat booking okey untuk bulan ramadhan ni. Selamat berpuasa!


Harga:

Poolside
June 17, 2015 onwards
RM 95.00 nett per adult
MYR 48.00 nett per child


4th Floor
June 17, 2015 onwards
RM 85.00 nett per adult
MYR 43.00 nett per child


Lokasi :

JW Marriott Kuala Lumpur
183 Jalan Bukit Bintang | 55100 Kuala Lumpur | Malaysia
For reservations, kindly call +60-3-2719-8666
or email festivebuffetpromotion@ytlhotels.com.my.




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. fuh sedapnya berbuka kat JW Marriot KL.. boleh tertito waktu teraweh kalu perut dah kenyang sangat

    ReplyDelete
  2. bestnya. ok juga sekali sekala berbuka puasa kat luar kan.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.