Ramadhan Buffet | Novotel KL City Centre

Wednesday, June 10, 2015

Assalamualaikum. Kali ni Ayue nak share satu lagi tempat yang anda boleh berbuka puasa di sekitar Kuala Lumpur. Terletak berdekatan dengan KLCC, The Square Restaurant di Novotel KL City Centre membawakan buffet ramadhan yang diberi nama 'Bazaar Desa' bermula 20 June hingga 15 July 2015. Menu yang disediakan lebih daripada 100 jenis makanan tradisional khas dari Eksekutif Chef Huzaidy.


Bazaar Desa dipilih kerana tahun ini mereka membawakan makanan tradisional yang sering dihidangkan sempena bulan ramadhan. Konsepnya sama seperti PARAM (Pasar Ramadhan) yang mempunyai pelbagai makanan untuk dijadikan pilihan berbuka puasa.











Menu yang diketengahkan di sini adalah Banana with cheese, Mee Rebus Tulang, Kacang Pool & condiments dan signature mereka, Oven Roated Lamb, dan Khatirah Juice.


Anda kena cuba Kacang Pool ni ok. Sedap tau. Kaya dengan rencah.





Apa yang menarik perhatian Ayue adalah mereka mempunyai bahagian dimana makanan dimasak secara live seperti Satay ayam dan daging, Roti Canai, Murtabak, Idly, Ediyappam, Grill (Sotong, Ikan, Udang).





Bahagian pencuci mulut pula menyediakan dua jenis bubur, pelbagai pilihan kek tempatan, biskut, Cendol, Lai Chee Kang, Pudding, Aiskrim dan kurma.






Bazaar Desa ramadhan buffet ini berharga:

Adult : RM95 nett
Childen (8 - 12 y/o) : RM45 nett

Accor Plus member akan diberi diskaun 10%.



Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi 03-21470888 ext 7668 atau email kepada H6324-FB3@accor.com





xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page