Buffet Ramadhan 2015 | Restoran Dulu dan Kini @KLMUC

Tuesday, July 07, 2015

Assalamualaikum. Untuk anda yang ingin berbuka puasa di sekitar Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Ayue ada satu tempat yang menarik untuk anda menikmati juadah berbuka puasa ala kampung.



Restoran Dulu & Kini @ KLMUC

Restoran yang telah beroperasi pada 1 Jun lalu dan diberi nama 'Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC' ini merupakan usahasama antara Kumpulan Cosmopoint dan Malai Food Industries. Restoran ini dibuka kepada pelajar dan orang awam.

Nama Restoran ini diambil bersempena dengan suasana restoran yang dihiasi dengan gambar-gambar lama dan terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang pesat membangun.

Menariknya tentang restoran ni apabila para pelajarnya sendiri yang akan mengendalikan operasi 3 kali dalam seminggu. Restoran yang berkonsepkan masakan melayu ini menghidangkan makanan yang boleh membangkitkan nostalgia dan agak susah untuk kita jumpa di Kuala Lumpur. 

Antara menu yang menarik yang terdapat di sini ialah Ubi Kayu bersama sambal ikan Tamban, Pengat Durian serta Asam Pedas Tulang Rawan Kacang Hijau.

Buffet Ramadan ini bermula pada 18 Jun sehingga akhir bulan puasa dan ianya dibuka kepada semua pelajar, kakitangan dan orang awam. Restoran ini juga mengalu-alukan persembahan muzik akustik, tarian moden atau tarian tradisional di mana ianya mencerminkan inisiatif kepada 'Aplikasi Dunia Nyata'. Pentas ini terbuka kepada artis di KL yang ingin menonjolkan bakat mereka.



Menu Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Dulu dan Kini

Aneka Lauk Tradisi
- Ayam Masak Lemak Rebung
- Ikan Patin Masak Tempoyak
- Asam Pedas Tulang Rawan Kacang Hijau
- Daging Dendeng
- Asam Rebus Nanas Dengan Ikan Masin









Aneka Lauk Kini
- Tafu Lembut Kukus
- Sambal Udang Petai
- Sotong Masak Kicap
- Sayur Campur
- Kari Ayam Ubi Kentang










Sup
- Sup Campuran (Daun Sup & Bawang Goreng)






Aneka Lauk Sampingan
- Aneka Ikan Masin
- Aneka Telur
- Tempe
- Tahu
- Kerabu










Ulaman Kampung
- Aneka Ulaman
- Sambal Belacan
- Tempoyak
- Cencaluk
- Budu
- Sambal Gesek





Kaunter 1
- Kambing Panggang
- Lidah Panggang
- Ayam Panggang
- Air Asam
- Black Pepper Mushroom Sauce
- Percik Sauce
- Mint Sauce






Kaunter 2
- Roti Jala/ Pengat Durian
- Rebusan Tradisional (Ubi/ Pisang)
- Kelapa Gula/ Sambal
- Bubur Kacang Hijau
- Pulut Hitam
- Pengat Pisang







Kaunter 3
- Aneka Kuih Melayu
- Aneka Buah Tempatan
- Air









Antara yang menjadi pilihan dan kegemaran Ayue adalah Sambal Udang Petai, Daging Dendeng, Sup dan Pengat Durian. Memang sedap. Ayue suka sangat menu ala kampung ni berbanding barat. Tekak ni tekak melayukan. Bila berbuka Ayue lebih gemarkan makanan tradisional. Hehe. 

Suasana dan ruang yang disediakan disini juga sangat luas. Sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan. Jika anda berada di sekitar Jalan Raja Laut, atau sibuk shopping di GM Kuala Lumpur, bolehlah singgah di Restoran Dulu dan Kini ini untuk berbuka puasa ya.


Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC menghidangkan masakan tradisi Melayu dan untuk menu ala carte, dengan harga serendah RM 5 dan RM 48 net / pax untuk buffet Ramadhan



Waktu Operasi :
Jam 6 pm sehingga 9.30 pm

Alamat :
Tingkat bawah Blok A, Wisma Sachdev di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Untuk tempahan boleh hubungi :
016-6806994 / 016-2502073 / 012-4238120






xoxo,

You Might Also Like

1 comments

  1. OO..Ni dekat tepi jalan tu kan...dekat dengan sime darby kan

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive