Mary Kay At Play | Dual-End Shadow & Liner Review

01 July 2015

Assalamualaikum. Dalam sehari, berapa kali anda mekap? Kalau Ayue, biasanya pagi masa nak pergi office dan lagi sekali kalau nak keluar malam. Dalam 2 kali tu, berapa masa pula yang dihabiskan untuk mekap? Ayue? Lebih dari setengah jam! Walaupun hanya dengan mekap yang simple. Kadang-kadang bila tergesa-gesa, terpaksa lah keluar dengan muka togel tanpa mekap. Alahai.

Baru-baru ni Ayue diperkenal dengan Mary Kay At Play, Dual-End Shadow & Liner. Ayue kalau keluar, macam mana pun tetap kena pakai eye-liner. Bila Mary Kay keluarkan produk macam ni, Ayue seronok sangat sebab Ayue memang suka sangat dengan produk-produk keluaran Mary Kay. Sangat berkualiti. Tambahan pula ia didatangkan dengan eye shadow sekali. Memang sesuatu yang Ayue perlukan lah. 2 dalam 1.

                                     


Mary Kay At Play | Dual-End Shadow & Liner

Didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu Caramellow, Iced Lilac, Mint To Be dan Rebel Rose. Setiap warna itu mempunyai eye shadow dan eye liner yang sesuai untuk dipadankan. Packaging nya simple dengan konsep minimalis, malah sesuai untuk dibawa kemana-mana. On the go Makeup!


Warnanya juga sangat menarik perhatian, anda boleh mengawal kepekatan warna dengan mudah dan mix and match kan nya dengan warna yang lain untuk dapatkan look yang anda inginkan. Menarikkan? Sudahlah mudah, efektif pula.



Ciri-ciri Mary Kay At Play | Dual-End Shadow & Liner

  • Formula berkrim ultra untuk aplikasi yang lancar.
  • Warna yang kaya
  • Fade- and smudge-proof
  • Shadow menawarkan kemasan pearlized dan mudah digabungkan
  • Liner adalah lancar, boleh dilukis nipis atau tebal



Eye liner dapat melukis gerisan halus manakala eye shadow nya dapat meningkatkan keserian renungan anda. Sunggu halus dan sunggah cantik. Ia dapat dilukis dengan lancar dan tidak menarik lipatan mata anda.Warnanya yang kaya pula dapt meningkatkan keserian mata anda.



Review Mary Kay At Play | Dual-End Shadow & Liner

Ayue sangat sukakan konsep 2 dalam 1 ini. Ayue suka letakkan salah satu warna di dalam beg kerana ia sangat ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Multitasking kerana Ayue boleh touch up eye shadow dan eye liner sekali gus dengan hanya satu produk. Seronoknya.


Warnanya pula sangat mudah untuk diblend  dan warna kegemaran Ayue adalah Caramellow kerana ia sangat sesuai untuk dipakai walau di mana saja. Bak kata orang, warna selamat. Tapi kalau anda inginkan sesuatu yang menarik perhatian, boleh saja kenakan warna Iced Lilac dan Mint To Be untuk tampil lebih berani.



Menariknya, ia boleh digunakan dengan pantas dan tidak comot. Dengan hanya berbekalkan 4 warna ini, ia mampu membuat pelbagai konsep rupa yang anda inginkan dengan mudah dan pantas. Lepas ni takda mekap berjam-jam lagi.

Dalam video dibawah ini ia mencipta 4 looks dalam masa 60saat saja!


  • Earthy Look
  • Smoky Look
  • Purple Cat Eye
  • Glistening Green Look





Produk Info Mary Kay At Play | Dual-End Shadow & Liner

Harga : RM52
Available color : Caramellow, Iced Lilac, Mint To Be, Rebel Rose


Untuk makluman lanjut tentang Mary Kay At Play | Dual-End Shadow & Liner, boleh layari :

Laman web : www.marykay.com.my
Facebook : Mary Kay Malaysia




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.