Menu Wajib Hari Raya Aidilfitri

Monday, July 06, 2015

Assalamualaikum. Tiap kali hari raya, apa menu yang wajib ada buat anda? Bagi Ayue, hari raya pertama selalunya memang ketupat, rendang, lemang dan sambal pudang pucuk. Jarang ada menu lain sebab mak Ayue suka masak yang itu je pagi raya. Rendang pula macam-macam jenis, rendang ayam la, daging la, kerang pun ada sekali bila teringin.

Rendang Ayam Kuning versi mak Ayue

Rendang Daging versi mak Ayue

Sambal Udang Pucuk versi mak Ayue

Untuk hari raya kedua, ketiga dan seterusnya, rendang semua tu dah tak berapa nak laku dah. Selalunya kami adik beradik akan request mak untuk masak menu yang simple sikit. Takda lah simple mana, contoh macam mee kari, soto, laksa dan lontong. Bukan buat semua menu tu dalam sehari ya, sehari satu menu lah. Ikut selera kami adik beradik. Nak masak sendiri belum lulus lagi, mak lah yang jadi mangsa.

Antara menu-menu tu semua, yang menjadi kegemaran Ayue adalah mee kari dan lontong. Kalau mak Ayue yang buat, fuhhh terangkat. Sebab tu tiap kali raya, berat badan tak pernahnya turun. Naik bukan main lagi. Tapi takpa lah, raya setahun sekali. Bukan selalu dapat makan menu macam tu dalam ‘feel’ raya kan?

Lontong Kuah Lodeh

Mee Kari mak Ayue

Ayue ingat lagi macam mana kami adik beradik makan bermangkuk-mangkuk sampai tak larat nak keluar berjalan raya sebab kenyang sangat dengan lontong masakan mak. Dengan kuah lodeh yang cukup rasa, sayur-sayur, tempe, dan yang paling penting, kena ada sambal. Baru kick rasa dia. Kalau Ayue yang makan, kuah lodeh tu sampai jadi merah. Alahai, terliurnya bulan-bulan puasa ni. Tak sabar nak raya!

Rencah Lontong

Ayue tahu, ramai yang sedih tak dapat nak balik kampung raya nanti. Macam tunang Ayue, pagi raya tahun ni kena kerja. Mesti teringat-ingat menu yang ada dekat kampung tu kan? Haa, ni Ayue nak beritahu ni. Untuk peminat-peminat mee kari, soto, laksa, anda memang tak perlu risau sebab perisa tu semua boleh didapati dengan mudah di pasaraya. Tapi macam mana pula dengan peminat lontong macam Ayue ni? Mana nak dapat?


Minggu lepas, Ayue sempat ke majlis pelancaran #mameecheflontong di Restoran Rebung, Bangsar. Eh? LONTONG? Iya, Mamee Chef mengeluarkan perisa baru untuk anda yang teringin nak makan lontong masa hari raya nanti. Mamee Chef merupakan jenama mi segera yang pertama mengeluarkan perisa lontong ni tau. Turut hadir adalah Chef Ismail dan Nora Danish.


Kita semua tahu yang Mamee Chef mempunyai kualiti mi yang terbaik iaitu mi tarik. Rendam lah setengah jam pun, mi nya tidak akan kembang keterlaluan. Apa yang menarik perhatian Ayue adalah pes #mameecheflontong ini adalah rekaan istimewa Chef Ismail untuk membuatkan rasanya sama seperti lontong sebenar. Ayue dah rasa #mameecheflontong ni. Memang sedap!


Rencah #mameecheflontong ni yang membuatkan ianya unik dan lain daripada yang lain dengan cili dan sayuran sebenar. Kalau masak begitu saja pun dah sedap, tapi kalau anda tambah rencah seperti telur rebus, udang, kacang panjang, tauhu dan tempe, lagi umphh rasa dia. Bestnya, pes #mameecheflontong ni dah sebati dengan sambal. Anda tak perlu dah nak tambah sambal ke apa. Siap-siap dah semua. Cuma tinggal nak makan je. Alahai, sedapnya.


Raya kali ni makin meriah dengan adanya #mameecheflontong. Anda yang tak dapat balik kampung untuk rasa lontong sebenar, jangan sedih okey? #mameecheflontong ada. Ayue nak beli siap-siap #mameecheflontong ni raya nanti. Mana lah tahu, ada tetamu datang mengejut, boleh hidangkan menu ni dekat mereka. Tambah sikit rencah yang Ayue sebutkan tadi, dah nampak meriah. Tak gitu? Anda pun kena ada stok #mameecheflontong ni dekat rumah tau. Bila-bila teringin, masak 3 minit je dah siap. Cubalah :)



Untuk maklumat lanjut tentang Mamee Chef Lontong, boleh layari :





xoxo,
post signature

[Sponsored Post by Mamee Chef]

You Might Also Like

2 comments

  1. Wah sedap tu lontong ayue..bestnya dapat join event by mamee chef. Camna nak join event camtu ayue?

    ReplyDelete
  2. dah try!! yang mamee lontong tu sedap!

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog Archive