Resepi Chocolate Chips Almond Cookies | Sedap dan Mudah

Tuesday, July 14, 2015

Assalamualaikum. Hari ni Ayue buat biskut raya. biskut ni memang jadi favorite encik tunang and family dia. Ayue ambil resepi ni dari mak dia la. Kalau buat, memang tak cukup satu adunan..kena buat banyak-banyak baru puas. Lagi-lagi nak raya ni, ada yang tak sempat sampai raya pula nanti. Hehe.



Resepi Chocolate Chips Almond ni sangat mudah dan sangat simple. tapi rasa dia, sedap gila! Anda wajib cuba ok..confirm takkan menyesal. Resepi bawah ni untuk 1 adunan ya. Ayue buat 2 adunan dan dapat 2 1/2 balang size sederhana tu. 

Bahan-bahan
150gm mentega
150gm gula perang
1biji telur
200gm tepung cookies
20gm serbuk koko Van Houton
1 sudu teh soda bikarbonat (jangan membumbung)
1 sudu teh esen vanila
50gm cip coklat ( Ayue lebihkan 25gm, ikut citarasa masing-masing)
50gm badam cincang

Ni tepung cookies, incase anda tak pernah jumpa macam Ayue, hehe



Cara-cara
1. Pukul mentaga dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur, pukul sehingga kembang
3. Masukkan esen vanila, tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko yang telah diayak bersama. Sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
4. Masukkan badam dan cip coklat, gaul rata.
5. Bentukkan di atas loyang. Tak perlu kertas minyak, dan bukan bulat-bulatkan ya. Hanya letakkan guna sudu atau jari.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 20minit.
7. Tunggu sehingga sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.


Siap! Mudahkan? Jangan lupa buat okey? Selamat mencuba!!



xoxo,


post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page