Resepi Semperit Raya | Mudah dan Sedap

Friday, July 03, 2015

Assalamualaikum. Ayue percaya, sekarang ni walaupun orang ramai lebih gemar membeli kuih tunjuk, masih ada yang suka buat kuih raya sendiri. Betul tak? Kalau diberi pilihan, mesti kita nak buat kuih raya sendiri sebab rasanya lebih sedap, kuantiti lebih banyak, kita pun puas hati.

Siapa sini suka Kuih Semperit? Sep sikit! Ayue suka sangat semperit. Lagi-lagi yang tradisional tu. Bukan yang berbunga letak ceri tu ya, yang hanya sekeping sedap dan rangup tu. Haa, yang tu lah. Zaman sekarang ni orang makin kreatif, macam-macam jenis semperit dah ada sekarang ni. Ayue pun nak share resepi semperit lah. Ini resepi baik punya. Semperit mudah dan sedap. Ayue dah rasa, sedapnya la hai.

Resepi ini adalah dari Mentega SCS. Ia membawa kembali kuih kegemaran klasik ini, tetapi dengan satu kelainan. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resipi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini, iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah.


Ramuan asasnya merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat. Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah Mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi.


Kali ni Ayue nak share 4 resepi sekaligus. Suka tak? Nak raya ni, jangan lupa buat okey? Lepas tu share dengan Ayue hasilnya. Ayue nak tengok :)


  • Semperit Cappucino (Kopi dan kacang)
  • Semperit Nutty (Mentega Kacang)
  • Semperit "Kejutan Oren"
  • Coklat Kacang Hazel


Semperit Cappucino (Kopi dan kacang)

Adunan berasaskan kopi ini menawarkan kuih yang rangup di luar dan lembut di dalam. Dinikmati bersama secawan kopi, anda akan merasa lebih bertenaga dah sedar sepenuhnya. Rasanya sedap dalam setiap gigitan.


Bahan-bahan :
240gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanila
4 sudu teh Pes Kopi/ Emulco
220gm Tepung Protein Rendah
80gm Tepung Jagung
25gm Serbuk Badam
70gm Cincangan Badam
70gm Cip Coklat


Cara Penyediaan:
  1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pes kopi/emulco.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam. Campur sehingga sebati.
  3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.
  4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran anda ke atas loyang. Hias dengan cincangan badam dan cip coklat.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 18 minit atau sehingga masak.




Semperit Nutty (Mentega Kacang)

Dihiasi kacang parut di luar dan lapisan nipis mentega kacang di tengah, kuih unggul ini pasti akan menjadi kegemaran ramai. Rasa dan teksturnya merupakan ciri istimewa kuih ini.


Bahan-bahan :
200 gm SCS Mentega Bergaram
80 gm Gula Aising
1/2 sudu teh Esen Vanilla
160 gm Tepung Gandum
65 gm Tepung Jagung
100 gm Tepung Kastad
130 gm Mentega Kacang
80 gm Kacang Berlapis Gula, dikisar
1 biji telur


Cara Penyediaan:
  1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan campur sehingga sebati. Rehatkan doh selama 5 minit
  3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan mentega kacang ke atas salah satu bahagian doh, kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.
  5. Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskna dengan kacang yang telah dikisar.
  6. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga masak.




Semperit "Kejutan Oren"

Resipi klasik ini bukan sekadar sensasi Semperit yang biasa. Kanak-kanak pasti menggemari resepi ini kerana ia menawarkan ledakan kelazatan mentega yang diserikan dengan rasa oren dan dihiasi dengan seribu kilauan


Bahan-bahan :
200gm SC Mentega Bergaram
85gm Gula Aising
35g Telur
6 sudu teh Jus Oren Pekat
20gm Parutan Kulit Oren
200gm Tepung Gandum
70gm Tepung Jagung
70gm Tepung Kastard
40gm Gula Berwarna Oren
40gm Gula Berwarna Merah


Cara Penyediaan :
  1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula asing sehingga kembang. Campurkan telur, jus oren pekat dan parutan kulit oren.
  2. Campurkan tepung-tepung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh ke dalam "piping bag".
  3. Paipkan huruf "8" dan hias dengan gula manik berwarna oren dan merah. Bakar pada suhu 180°C selama 18 minit atau sehingga masak.




Coklat Kacang Hazel

Sajian bertekstur sederhana yang diserikan dengan rasa kacang dan kelazatan coklat, resepi ini menawarkan rasa yang penuh berperisa. Gigitan pertama memberikan rasa yang menyelerakan dan bertukar menjadi manis di tengah, resepi ini memiliki adunan mentega dan kerangupan yang sempurna tanpa mengenepikan daya tarikan yang serba sederhana


Bahan-bahan :
200gm SCS Mentega Bergaram
75gm Gula Aising
1 biji Telur Kuning
1/4 sudu teh Esen Vanilla
140gm Tepung Gandum
80gm Serbuk Kacang Hazel
60gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastard
150gm Kacang Hazel (atau mana-mana sos atau sapuan kegemaran, dihidang)


Cara Penyediaan:
  1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur kuning dan esen vanilla.
  2. Campurkan tepung gandum, serbuk kacang Hazel, tepung jagung dan tepung kastard. Menguli sehingga menjadi doh.
  3. Masukkan doh ke dalam "piping bag". Paipkan doh dengan jalur panjang kira-kira 4cm.
  4. Bakar pada suhu 160°C selama 15 minit atau sehingga masak.


Ya ampun, terliur nya! Dalam banyak-banyak ni, favorite Ayue adalah Kacang Hazel sebab dia ada coklat. Siap boleh celup-celup dengan coklat lagi. Sedap gila okey. Anda kena cuba resepi ni tau. Raya nanti meriah lah kuih semperit atas meja tu. Kalau biasa kuih tart nenas je yang meriah kan? Macam-macam warna. Raya 2015 ni kita buat semperit pula meriah okey?

Peminat semperit, jom buat kuih raya sesama :)


Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resipi-resipi kuih khas berasaskan mentega di atas boleh melayari :





xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page