Sunplay Skin Aqua Sarafit UV SPF50+ PA++++ Pelindung Matahari

Saturday, July 11, 2015

Cuaca yang panas dan lembap seringkali menyebabkan ketidakselesaan pada kulit terutamanya apabila berpeluh. Apa yang menjadikannya lebih teruk ialah kulit terasa melekit apabila menggunakan pelindung matahari yang berminyak. Sunplay, pakar pelindung UV No.1 di Malaysia untuk 5 tahun berturut-turut memperkenalkan Skin Aqua Sarafit UV dari Jepun yang dirumuskan dengan teknologi Double Silky Powder. Kini penggunaan pelindung matahari terasa lebih selesa tanpa rasa berminyak dan melekit walaupun selepas berpeluh.


Skin Aqua Sarafit menawarkan perlindungan tertinggi terhadap UVA dengan 4PA+ untuk melindungi dari sinaran UVA yang merupakan punca utama penuaan pra-matang. Teksturnya amat ringan dan licin bak sutera, tidak melekit and tak berminyak (matte finish). Ia sesuai untuk kegunaan harian di cuaca yang panas dan lembap. Selain daripada itu, ia juga mempunyai aroma flora yang menyegarkan.


Selain daripada menawarkan perlindungan matahari yang terbaik, Skin Aqua Sarafit UV juga diperkayakan dengan Asid Hyaluronik dan Super Asid Hyaluronik untuk memastikan kulit kekal terhidrat sepanjang hari. Ramuan kolagen yang turut ada di dalam produk ini untuk membantu meningkatkan keanjalan kulit agar kelihatan licin dan awet muda.

Rangkaian Sunplay Skin Aqua Sarafit UV terdiri daripada Skin Aqua Sarafit UV Essence dan Skin Aqua Sarafit UV Mist. 

Skin Aqua Sarafit UV Essence SPF 50+ PA++++, 50g (RM40.00) mudah disapu dan meresap dengan segera tanpa meninggalkan kesan melekit. Ia juga boleh digunakan sebagai asas solekan. 


Skin Aqua Sarafit UV Mist SPF 50+ PA++++, 50g (RM42.30)adalah dalam semburan yang mudah digunakan dari semua sudut iaitu bahagian belakang badan, jari kaki dan mana-mana bahagian yang sukar untuk dicapai. Ia juga boleh digunakan pada rambut dan kulit kepala memandangkan ia ringan dan tidak akan menyumbat liang pori dan juga mudah dibersihkan hanya dengan menggunakan syampu biasa.


Sunplay Skin Aqua Sarafit UV Essence and Mist SPF 50+ PA++++ adalah bebas pewarna dan minyak mineral. Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Dapatkannya di farmasi-farmasi utama dan pasaraya berdekatan anda hari ini.

Gunakan Sunplay untuk menjaga kulit anda bila bersuka ria di bawah sinaran matahari. Sunplay jenama pelindung UV No.1 untuk lima tahun berturut-turut.



xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive