The Body Shop | Ramadhan Gift Set | Life Is..Gold & Red Musk OUD

Saturday, July 11, 2015

Assalamualaikum. Semua orang sukakan sesuatu yang wangi yang membolehkan mereka berasa tenang dan selesa. Tambahan bila menyambut hari raya nanti, satu hari suntuk menyambut tetamu, bergurau dengan keluarga dan sahabat. Tentunya kita mahu sentiasa berbau wangi kan. Tapi, kalau dapat hadiah di hari raya pula lagi semua orang suka. Betul tak? Hadiah kan orang tersayang anda di hari raya nanti dengan hadiah yang mewah dan wangi untuk menjadikan aidilfitri anda lebih bermakna.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ini, The Body Shop  memperkenalkan Set Hadiah Mewah kepada anda. Packagingnya nampak sangat elegan dan eksklusif, penuh dengan wangian, produk penjagaan badan dan alat mekap. Setiap set hadiah ini pastinya akan membuat keluarga anda tersenyum lebar.

The Body Shop | Strawberry | Medium Gift

The Body Shop | Fijian Water Lotus | Small Gift

The Body Shop | Indian Night Jasmine | Small Gift

The Body Shop | Japanese Cherry Blossom | Small Gift

The Body Shop | Shea | Medium Gift

The Body Shop | Shea | Small Gift

The Body Shop | Strawberry | Small Gift

The Body Shop | Voyage Body Mist 100ml | Gift

Menariknya, bagi membuat Ramandhan ini lebih bermakna, The Body Shop telah bekerjasama dengan kebajikan War Child, di mana mereka memberi peluang pendidikan, persekitaran yang selamat, kepada kanak-kanak mangsa perang. Hadiah pendidikan inilah yang akan membantu mereka membina masa depan yang lebih cerah untuk mereka dan keluarga mereka. Dengan setiap pembelian Set Hadiah Mewah The Body Shop yang anda beli, anda dapat membiayai seorang kanak-kanak ke sekolah. Sesuatu yang sangat mulia untuk dilakukan di bulan Ramadhan ini.








Malah, semasa Ayue ke The Body Shop, Sunway Putra Mall, Ayue berpeluang untuk memilih satu gift set untuk diberikan kepada wanita-wanita teraniaya di Woman Aid Organisation. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima dan Ayue berasa sangat terharu apabila diberi peluang sebegitu di bulan ramadhan ini.

Untuk pengetahuan anda, The Body Shop memperkenalkan dua wangian baru iaitu Red Musk Oud dan Life Is...Gold

Red Musk Oud diilhamkan oleh oud, wangian yang paling didambakan di dunia. Dihargai sepanjang zaman kerana baunya yang mewah, Louis XIV sangat menyukainya sehingga beliau mengarahkan kedai dobi diraja untuk membasuh semua pakaiannya di dalamnya. Daripada merosakkan dan membunuh pokok-pokok, The Body Shop mencipta semula bau oud dengan campuran misteri olibanum, nilam dan Cedarwood notes untuk memperoleh kualiti mewah oud ini.


The Body Shop | Red Musk Oud | Small Gift


Manakala, rangkaian produk terlaris, Life Is...juga mempunyai koleksi baru iaitu Life Is ... Gold, yang boleh didapati dalam perfume oil dan eau de parfum. Ia wangian yang kuat, tahan lama dengan notes mandarin, rich white floral heart of freesia and jasmine plus a dry-down of vanilla-like benzoin and tonka bean.

The Body Shop | Life is...Gold | Gift

Ayue lebih sukakan bau Life Is...Gold. Sesuai dengan karakter dan personaliti Ayue. Kena buat koleksi perfume ni. Anda juga jangan lupa dapatkan Set Hadiah Mewah ini untuk orang tersayang ok?


xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. menarik... kalau boleh dapat free lagi hebat. Ingatkan Ayue nak buat GA tadi... hehehe

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page