CLEO Fashion Treasure Hunt with Parkamaya

Wednesday, August 05, 2015

Assalamualaikum. Siapa kata masa bulan puasa kita tak boleh buat aktiviti yang keluar peluh? Ayue dengan rakan-rakan blogger lain dijemput untuk join Fashion Treasure Hunt with Parkamaya di Fahrenheit88 oleh CLEO bulan ramadhan hari tu tau.


Ayue tak pernah tau pun di Fahrenheit88 ni ada Asian Fashion Retail Concept Store. Parkamaya ni terletak di tingkat 3. Sangat lah besar, ada macam-macam lagi brand dari asia yang ada di parkamaya ni. Antaranya B&W, fblock, Dear Mori, fourskin, Greek Chic, HLW, Kutsu-Kutsu, Lolita Fashion, Megane, dan Mousse.









Nampak asian sangat kan. Macam-macam fashion ada di sini. Ayue teruja juga masa mula-mula sampai di Parkamaya tu. Rasa macam nak terus pergi shopping. Tapi kembali pasa misi utama datang sini, Fashion Treasure Hunt with Parkamaya!!



Sebelum Treasure Hunt, kami sempat di brief tentang macam mana nak mix and match dari satu jenis baju menjadi macam-macam fashion. Menarik sangat. Tempat macam Parkamaya ni sesuai lah untuk cari mix and match. Sure nampak cantik.


Lepas tu, bermula lah Treasure Hunt kami. Task yang diberi agak mencabar. Kena pergi ke outlet yang ambil bahagian, selfie dan jawab soalan. Peluh-peluh berlari sana sini sebab nak menang punya pasal.







Nampak tak betapa gigihnya kami siapkan task masing-masing. Alhamdulillah, syukur sangat, kami menang tempat kedua! Dapat RM750 cash voucher. Woohoo! Rezeki. Berbaloi penat lelah sambil puasa. Hehe.




Kalau anda teringin nak shopping di Parkamaya, boleh lah singgah di alamat:

Parkamaya
3rd Floor, Fahrenheit 88, 
179, Jalan Bukit Bintang, 
Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur



xoxo,


post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. makin menyerlah ayue skrg ni dengan join mcm2 event.tahniah ye :)

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page