David Foster | Duta Global Baru Air Asia

Monday, August 24, 2015

Assalamualaikum. 12 Ogos lalu dijemput oleh Air Asia untuk menghadiri majlis memperkenalkan duta terbaru mereka yang bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Pengarah Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes juga turut hadir untuk memeriahkan majlis itu. Ayue dan rakan blogger lain sangat teruja untuk mengetahui siapakah duta global pertama yang akan diperkenalkan oleh Air Asia ni.


Majlis yang diacara oleh si cantik manis, Daphne Iking ini sangat santai dan gementar kerana masing-masing tidak sabar untuk melihat duta global baru Air Asia. 


David Foster, yang juga pemenang 16 kali Anugerah Grammy telah dipilih sebagai Duta Global AirAsia untuk rangkaian produk premiumnya, Premium Flex dan Premium Flatbed. AirAsia yang diiktiraf sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia untuk 7 tahun berturut-turut kini boleh berbangga dengan perlantikan duta jenama global barunya, seorang ikon yang juga lagenda dalam bidang muzik antarabangsa.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu Premium Flex, Premium Flex adalah produk khusus yang menawarkan fleksibiliti untuk pengembara serta nilai-untuk-wang dengan kemudahan bagasi 20kg pecuma dan makanan dalam penerbangan mengikut pilihan penumpang, sehingga penukaran dua penerbangan dengan pilihan tempat duduk, keutamaan bagasi,daftar masuk dan ketika pelepasan menaiki kapal terbang.





Sebelum memperkenalkan duta global baru Air Asia secara rasmi,  Tan Sri Tony Fernandes, Group Executive Officer of AirAsia sempat menceritakan sedikit tentang kisah lamanya dengan David Foster. Tony berkata, "David is an old friend and we've created many hits together over the years. David is a legend and I'm looking forward to creating many more hits through his collaboration, especially on our Premium offerings. Premium Flex is a one of a kind product which offers travellers flexibility and value-for-money with complimentary 20 kg baggage, in-flight meal of their choice, up to 2 times flight changes with seat selection, priority baggage, check-in as well as boarding."


"This partnership with David for our Premium Flex and our award-winning Premium Flatbed to start, will bolster both products to another level, creating new market for us as we continue to evolve from being just a low-cost carrier to a true value-carrier with the best product proposition," tambah Tony.


David Foster, duta global baru Air Asia pula berkata, "AirAsia is a highly regarded brand that is nothing short of an amazing success story. Congratulations on the recent milestone of fling 300 million guests in the short span of only 14 years! I am happy to represent their excellent premium product range and look forward to a great relationship with AirAsia as we embark on this partnership."




Tahniah Air Asia dan David Foster! Kolaborasi yang sangat menarik. Penumpang Air Asia kini boleh melihat pelbagai kempen eksklusif bersama David Foster yang melibatkan rangkaian produk premium dari Air Asia. Malah, anda juga berpeluang untuk menang dan bertemu David Foster di salah sebuah konsertnya!



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive