Kembara Segar dan Berseri bersama SAFI Fruity Fresh

Monday, August 31, 2015

Membersih wajah bukan sekadar membilas dengan air atau menggunakan sabun badan pada muka. Tekstur kulit muka yang lembut dan berpori amat berbeza dengan tekstur kulit badan. Hanya dengan teknik penjagaan wajah yang betul serta pemilihan pembersih wajah yang bersesuaian akan memberikan kesan yang baik pada wajah.

Penjagaan wajah seawal peringkat remaja penting kerana kulit remaja lebih cenderung untuk menjadi kusam dan berminyak. Pori akan mudah tersumbat dengan habuk dan kotoran menjadikan jerawat mudah timbul dan menjadikan kulit kasar.

Memahami fasa perubahan diri seorang gadis, SAFI jenama Halal No.1 Malaysia mengambil inisiatif untuk memperkenalkan rangkaian pembersih wajah asas yang sesuai untuk kulit remaja. SAFI membawakan anda SAFI Fruity Fresh, pembersih wajah yang diformulasi khas untuk gadis berumur 12 tahun keatas.


Dengan objektif ingin mendidik remaja cara penjagaan wajah yang betul. Kempen Kembara Segar dan Berseri bersama SAFI Fruity fresh sedang giat diadakan di 200 sekolah-sekolah terpilih Semenanjung Malaysia.

Menyedari proses perubahan hormon remaja termasuk peningkatan jerawat dan minyak pada kulit, kempen fasa pertama ini ini disasarkan untuk memberi didikan asas secara langsung berkenaan penjagaan wajah kepada 60,000 pelajar perempuan berumur sekitar 12 tahun hingga 15 tahun. Dengan panduan dan tunjuk ajar daripada fasilitator, pelajar dapat mengaplikasikan teknik penjagaan serta merta tanpa berasa ragu-ragu.

Baru-baru ini, wakil media telah dibawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, bertempat di Jalan Klang Lama untuk turut serta dalam aktiviti bersama para pelajar.


Aktiviti Kembara Segar dan Berseri bersama SAFI Fruity Fresh dimulakan dengan pendedahan asas mengenai struktur kulit wajah seperti lapisan dermis dan epidermis. Pelajar turut diberikan gambaran keadaan yang berlaku pada wajah mereka apabila mencapai umur baligh. Dengan menggunakan kertas penyerap minyak, para pelajar diajar cara untuk mengenalpasti jenis kulit samada kulit normal, kulit berminyak, kulit kering, ataupun campuran kulit kering dan berminyak. Sukarelawan dari kalangan pelajar turut tampil kehadapan dan cuba melakukannya sendiri.

Setelah memahami jenis kulit wajah setiap individu, fasilitator akan menerangkan faktor yang menyebabkan jerawat dan bintik-bintik hitam pada wajah. Langkah merawat dan mencegah akan diterangkan dengan terperinci agar cara yang betul dapat diaplikasikan sendiri oleh pelajar.



Di akhir aktiviti, pelajar akan diajar cara membersih wajah dengan betul menggunakan SAFI Fruity Fresh. Demonstrasi akan dilakukan oleh fasilitator agar kaedah penggunan dapat diaplikasi dengan betul. Diperkaya dengan 100% buah-buahan SAFI Fruity Fresh amat sesuai untuk setiap jenis kulit wajah. Dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis. Formulasi khas ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari. Dengan tiga variasi berbeza SAFI Fruity Fresh, ia memberikan aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.





SAFI Fruity Fresh : Nikmati Kesegaran Berpanjangan Dengan 100% Buah-Buahan Aktif!


1. Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Lemon (Mencerah)
100 ml: RM9.90 & 50 ml: RM5.00

Inilah rahsia cerah berseri! Dengan manfaat sari lemon, pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuatkan kulit semakin segar dan cerah alami. Rasakan kecerahan kulit jelas terpancar!



2. Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Strawberi (Bebas Minyak)
100 ml: RM9.90 & 50 ml: RM5.00

Tampil yakin dengan kulit bebas minyak. Khasiat kandungan Strawberi yang aktif ini mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah. Terkenal sebagai ajen pengurangan minyak secara semulajadi, buahan Strawberi yang manis ini pasti menjadikan anda ceria berseri. Kini kulitmu bebas minyak dan lembut umpama sutera!



3. Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Anggur (Menyegarkan & Skrub)
100 ml: RM9.90 & 50 ml: RM5.00

Jangan biarkan kulit anda lesu dan kusam! Dapatkan kebaikan anggur yang mampu menanggalkan kulit mati dengan mendalam. Tekstur gel yang sesuai untuk kulit gadis muda ini juga mampu menyamaratakan tona wajah agar tampil sekata. Nikmati kesegaran wajah dengan kulit yang bersih dan segar sepanjang hari!



Produk SAFI Fruity Fresh ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat buah-buahan untuk tampil segar dan berseri sepanjang hari. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI FRUITY FRESH sila layari 
facebook  :www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, 
instagram : @safimalaysia


xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive