Kuala Lumpur International Hijab Fair

01 August 2015

Assalamualaikum. Anda pernah dengar tentang Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF)?

KLIHF adalah pameran perdagangan fesyen Islamik yang pertama dan terbesar di Malaysia. Berkonsep Business to Business (B2B) dan Business to Consumer (B2C), KLIHF merupakan hasil usahasama empat usahawan jenama fesyen muslimah tempatan iaitu Mona Din (Hajaba), Abjda Datuk Zulkifli dan Sukinah Datuk Zulkifli(Nainikifli) serta Farrah Adeeba (Najjah). 


KLIHF menghimpunkan pelbagai sektor berkaitan industri fesyen seperti berikut:
  • Pengusaha, peruncit, pemilik dan pengeluar fesyenIslamik
  • Pembekal fabrik dan tekstil
  • Pembekal mesin jahitan
  • Pembekal aksesori seperti butang, manik, benang, rebendan lain-lain
  • Pereka fesyen
  • Institusi dan kolej fesyen
  • Institusi kewangan

Menerusi kiraan yang dilakukan oleh firma audit bertauliah membuktikan pameran KLIHF 2014 yang pertama, selama tiga hari, telah berjaya mencatat jualan secara akumulatif sebanyak RM5.3 juta ringgit oleh 250 peserta pameran berjaya dikumpul dan menerima kunjungan lebih 120 ribu tetamu berdaftar.

KLIHF 2014 telah membabitkan penyertaan jenama antarabangsa dari seluruh dunia seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Turki, Pakistan, Korea dan Jepun. Faktor terbaik KLIHF adalah ia menjadi pusat perdagangan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan berkaitan fesyen islamik, selain menjadi platform untuk memasar dan meningkatkan jenama di dalam industri fesyen di peringkat global.

Selain itu KLIHF juga menawarkan pelbagai aktiviti pentas bercorak ilmu dan dakwah, menerusi persembahan fesyen, seminar, bengkel, pelancaran produk, forum dan ceramah.



KLIHF mengangkat empat tokoh dan selebriti terkenal iaitu Rozita CheWan, Ustaz Don Danial, Mizz Nina dan Altimet sebagai wajah KLIHF 2015. Mereka dipilih berdasarkan pengaruhkuat antara lain dalam bidang ilmu, dakwah, dan fesyen islamik. Selain menyertai majlis perasmian, mereka akan membantu mempromosi dan menjayakan program-program oleh KLIHF.

Pada majlis pelancaran KLIHF nanti, akan turut diperkenalkan rakan kolaborasi KLIHF iaitu Kolej Komuniti, MyCEB (Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia), TV9, Kumpulan Media Karangkraf, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kraftangan, Safi Shayla, Mm Oven Fresh, PortraGeek dan D’or Rue.

Antara program utama yang diadakan sepanjang empat hari KLIHF 2015 seperti, Solat Bersama Ustaz Don Danial dan Tazkirah Maghrib,


Program Selebriti Hijrah bersama ElfiraLoy, Sheahnee Lee, Ras Adiba Radzi dan beberapa selebriti lain, pelbagai pertunjukan fesyen antaranya bertemakan London Mind The Gap, Dubai The Golden Souk dan Mumbai The Style Capital, Icon Fashion Ukhwah International Finale dan Usrah Mega oleh YADIM.

Menerusi kejayaan yang telah dicapai menerusi dua penganjuran terdahulu, serta penerimaan berterusan yang memberangsangkan oleh pihak media, peniaga fesyen, rakan kolaborasi dan orang ramai, KLIHF positif akan terus berkembang menjadi pameran perdagangan fesyen muslimah bertaraf antarabangsa nombor satu di Malaysia.


Selain berazam menjadikan Malaysia sebagai hub perniagaan fesyen Islamik utama dunia, KLIHF yakin dapat mengembangkan sayap mereka dan membawa Kuala Lumpur International Hijab Fair melewati negara Eropah selain berkemungkinan menganjurkan KLIHF 2016 di London, In Shaa Allah.



Sebarang pertanyaan mengenai KLIHF 2015 dan program berkaitan, sila hubungi;

Woj Wealth Sdn Bhd
Tel: +603-5523 9923
Email: klihfofficial@gmail.com
Facebook: Kuala Lumpur International Hijab Fair
Instagram: KLIHF
Website: www.klihf.com



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.