Laneige BB Cushion Beauty Road Tour 2015

13 August 2015

Assalamualaikum. Akhirnya Laneige Beauty Road Tour sampai juga ke Malaysia selepas meriahkan beberapa negara Asia yang lain. Beauty Road Tour ini akan ke tujuh bandar mengelilingi Asia bermula dari Thailand, Singapore dan Malaysia merupakan negara ketiga beauty tour ini telah diadakan. 




Ayue sangat teruja bila dijemput untuk hadir ke Laneige Beauty Road Tour yang diadakan di Mid Valley ini sebab dah banyak review tentang Laniege yang Ayue dah baca, cuma belum berkesempatan lagi untuk membeli. Semua review yang Ayue baca sangat memberangsangkan. Semuanya berpuas hati dengan produk Laneige, lagi-lagi BB Cushion mereka.


Laneige Beauty Road with BB Cushion ini merupakan beauty tour yang pertama diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan trend mekap BB Cushion kepada Asian selepas ianya menjadi sangat popular di Korea. Di Malaysia, ada 2 jenis BB Cushion yang diperkenalkan iaitu Whitening dan Pore Control. Katanya BB Cushion ni terjual 1 pcs setiap 1 saat, hebatkan?


Road Tour ini sangat meriah dengan kehadiran pengunjung yang begitu ramai. Siapa yang singgah ke tour itu akan diberi samples dan goodies bag. Ada juga interview eksklusif dengan salah seorang selebriti model Laneige iaitu Hwang Si-On. Beliau juga sempat berkongsi tips kecantikkannya dan bagaimana dia mengekalkan kecantikan itu dengan rutin hariannya menggunakan Laneige beauty produk. Melihat kulitnya yang halus mulus tiada cacat cela itu membuatkan Ayue sangat teruja untuk mencuba produk keluaran Laneige ini.




Road tour ini juga membawakan Makeup Artis popular dari Korea untuk membuat demo kepada rakyat Malaysia tentang bagaimana untuk mendapatkan mekap yang kelihatan natural meggunakan BB Cushion seperti orang Korea. Jika anda perasan, rata-rata wanita di Korea tidak mengenakan mekap yang berlebihan. Mereka lebih memilih untuk kelihatan natural.


Selepas Malaysia, Laneige Beauty Road Tour ini akan ke China pula dari 4 September hingga 27 September 2015.




Goodies bag yang Ayue dapat bawa balik masa road tour hari tu. I'm a HAPPY girl!! 



Untuk maklumat lanjut tentang Laneige, boleh layari :

Instagram : #laneigemy



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.