Majlis Rumah Terbuka MYDIN 2015 | Girang Syawal Tiba

Saturday, August 15, 2015

Assalamualaikum. Meriah sungguh raya tahun ni. Banyak rumah terbuka yang Ayue dah pergi. Minggu lepas Ayue berkesempatan ke Majlis Rumah Terbuka MYDIN 2015, Girang Syawal Tiba yang diadakan di MYDIN USJ, Subang Jaya.


Setiap tahun,pelbagai ekspresi dan persediaan masyarakat islam dapat dilihat dalam merayakan hari kemenangan ini. Masing-masing berpakaian sedondon, menghias rumah dan menyediakan pelbagai makanan dan aneka kuih muih yang menyelerakan. Budaya ziarah-menziarahi serta bermaaf-maafan sesama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan juga tidak pernah dilupakan.

Majli Rumah Terbuka MYDIN USJ 2015 ini diadakan untuk berkongsi rasa kegirangan dam kemeriahan syawal tahun ini bersama-sama komuniti setempat khususnya para pelanggan setia MYDIN. Sambutan perayaan seperti ini dipercayai dapat menyemai nilai-nilai murni seperti mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kekitaan dan kemuafakatan dikalangan masyarakat berbilang bangsa.

Kehadiran Datuk Aznil Hj. Nawawi bersama 15 orang anak-anak fitrah Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dan 25 orang  anak-anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bestari, Subang Jaya. 



Majlis ini bertambah meriah kerana diacarakan oleh Azza Elite dan Zul Yahya. Tujuh orang artis jemputan seperti Adam Corrie, Wani (Juara Kamilah Bintang Astro), Siti Nordiana, Thalia Mentor, Lan Kristal, Aweera, Noorkhiriah dan Shaheizy Sam turu mengimarahkan Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ kali ni.


Pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, kuiz, persembahan Junior Clown, persembahan Stilt Walker, persembahan Street Magician, persembahan nyanyian daripada artis-artis jemputan dan pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak fitrah. Menariknya, Adam Corrie juga sempat melaungkan azan Maghrib dan Isyak di majlis itu.




Lima hadiah pertama cabutan bertuah Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ kali ini adalah sebuah TV Sharp LED 60 inci, TV Toshiba LED HD 40 inci, Samsung Home Theater, Samsung Microwave dan Samsung 2 Door Refrigerator. Hadiah-hadiah menarik yang lain seperti sebuah Mesin Basuh Toshiba 9kg, Mesin Pengisar Sharp, Cerek Elektrik, Sharp Air Purifier, dan Samsung Vacuum turut menanti para pemenang bertuah. 

Semua pemegang kad meriah MYDIN layak untuk menyertai cabutan bertuah ini. Mereka hanya perlu berbelanja minimum RM30 dalam satu resit pembelian dan menghantar penyertaan di Kaunter Informasi MYDIN USJ Mall bermula 1 Ogos 2015. Penyertaan ini ditutup pada pukul 7.00 pada 7 Ogos 2015. Sesi cabutan bertuah bermula pukul 9 malam. Sangat bertuah mereka yang membawa pulang hadiah-hadiah tersebut.


Para pengunjung juga disajikan dengan pelbagai hidangan makanan percuma di 14 buah geraiseperti nasi hujan panas, nasi tomato, nasi goreng, soto ayam, kambing golek, ketupat, rendang, rojak penang, lontong, lemang, sate, asikrim goyang dan banyak lagi hidangan.






Moga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan kita. Terima kasih MYDIN.


xoxo,

post signature

You Might Also Like

3 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page