Susu Kambing Baraka | Susu Kambing Berkhasiat

Saturday, August 22, 2015

Assalamualaikum. Susu kambing memang banyak khasiatnya. Ia lebih baik dari susu lembu kerana susu kambing ni mempunyai komponen molekul yang paling dekat dengan susu ibu. Tapi Ayue percaya ramai yang masih memilih susu lembu kerana tidak suka dengan bau hamis susu kambing kan?


Anda tahu tak yang susu kambing mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. selain dari ia menawarkan jumlah kalsium yang tinggi dari susu biasa, susu kambing juga dapat membantu mencegah kereputan tulang (osteoporosis) dan dapat membekalkan tahap tinggi protein dan asid amino dalam badan. Dari segi proses penghadaman pula, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya lebih kecil.
Malah susu kambing adalah susu kurang lemak dan secara tidak langsung ia dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengurangkan rasa lapar. Antara khasiat susu kambing yang lain yang anda perlu tahu adalah :




Khasiat dan Kebaikan Susu Kambing

Susu Kambing Bersifat Alkali
Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi. Susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali yang bertindak meneutralkan acid dalam badan.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida untuk melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A
Susu kambing dapat menyembuh serta mencegah penyakit dalaman (dengan izin tuhan) seperti:
- Penyakit demam kuning.
- Penyakit lemah jantung.
- Penyakit darah tinggi/pening-pening.
- Penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.
- Penyakit batuk kering.
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati.
- Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.


Banyak sungguh khasiat susu kambing ni. Rugi jika anda tidak mengamalkan minum susu kambing. Susu kambing ni bukan saja sesuai untuk semua peringkat umur, malah sangat bagus untuk ibu mengandung. Buat ibu yang kekurangan susu badan juga sangat digalakkan memberi bayi anda minum susu kambing berbanding susu lembu.
Ayue sendiri tidak suka dengan susu kambing ni sebab kebanyakkan susu kambing yang dijual dipasaran berbau hamis. Bila orang nak ajak minum susu kambing, Ayue akan gelengkan kepala tanda taknak!

Tapi lepas Ayue jumpa Susu Kambing Baraka keluaran Mozac Medicare Sdn. Bhd. (MMC) ni, persepsi Ayue tentang susu kambing berubah sama sekali. Kenapa? Sebab Susu Kambing Baraka ni langsung tidak ada bau hamis, malah sangat sedap dan berkualiti tinggi.


Ayue dan rakan blogger lain sempat mencuba sendiri Susu Kambing Baraka. Ada yang teruja, ada yang seram nak mencuba. Tapi bila masing-masing dah rasa susu kambing Baraka, macam tak percaya pun ada sebab sedap sangat.







Susu Kambing Baraka telah berada di pasaran sejak setahun yang lalu. Ia boleh didapati dalam bungkusan pek percubaan dan pek 650g dengan 4 variasi.


1) Susu Kambing Baraka Asli 
Mempunyai kandungan kalsium tertinggi diantara kesemua variasi. Dengan rasa vanila, langsung tidak terasa seperti meminum susu kambing.




2) Susu Kambing Baraka Strawberi
Diperkaya dengan DHA bagi merangsang sel-sel minda dan mempunyai inulin dan kalsium yang tinggi.




3) Susu Kambing Baraka Coklat
Diperkaya dengan DHA bagi merangsang sel-sel minda dan mempunyai inulin dan kalsium yang tinggi.




4) Susu Kambing Baraka Kolagen
Selain dari prebiotik inulin  dan kalsium yang tinggi, ia juga diperkaya dengan marin kolagen yang dapat membantu mengekalkan kecantikan semulajadi bagi keanjalan dan pertumbuhan kulit baru kulit secara semulajadi. Kolagen secara amnya dapat memperlahankan proses penuaan dan menambah ketegangan pada kulit. 


Untuk anda yang tidak tahu, inulin adalah salah satu serat makanan (dietry fiber) yang membantu sehingga 6x ganda penyerapan nutrien dan khasiat yang ada dalam susu kambing.

Selain daripada 4 variasi yang Ayue sebutkan tadi, Baraka juga mengeluarkan minuman strawberi dengan kolagen (Baraka Beauty Drink) yang di formulasikan bagi mereka yang sentiasa ingin kelihatan anggun, menawan luaran dan dalaman. Produk ini adalah pilihan yang terbaik bagi yang mahu mengurangkan berat badan kerana dengan pengambilan secara tidak langsung produk ini akan dapat membantu mengurangkan rasa lapar.


Diantara 4 variasi yang ada, Ayue paling suka perisa asli kerana Ayue suka vanila. Bila minum susu kambing Baraka ni, Ayue rasa macam minum air vanila, bukannya susu kambing. Jadi, buat anda yang ada masalah dengan bau hamis tu, Susu Kambing Baraka ni merupakan produk yang sangat sesuai untuk anda mendapatkan manfaat susu kambing.



Kelebihan Susu Kambing Baraka
Tinggi Kalsium
Dengan Prebiotik Inulin
Rendah Laktosa
Baik Untuk Penghadaman
Tanpa Bau & Rasa Hamis
Dengan Kolagen

Susu kambing Baraka ini sesuai diminum oleh semua lapisan, dari peringkat kanak-kanak 2 tahun keatas, dewasa dan juga oleh orang-orang tua. Paling penting, semua produk baraka telah mendapat pengiktirafan HALAL dan MeSTI.


Menariknya, MMC juga menghasilkan aiskrim dan ice blended dari Susu Kambing Baraka Kolagen. Buat masa ini ia boleh diperolehi di Melaka International Bowling Centre, MiTC Melaka dan akan beroperasi di outlet Giant seluruh negara tidak lama lagi.

Ayue tahum mesti ada yang teringin nak beli Susu Kambing Baraka ni kan? Produk susu kambing Baraka 650gm boleh didapati di seluruh rangkain Giant, Cold Storage dan Mercato di semenanjung Malaysia dengan harga dari RM24.00 hingga RM30.00 bagi setiap pek percubaan, manakala pek 650g dari harga RM55.00 hingga RM76.00

Kalau anda masih ragu-ragu tentang susu kambing ni, anda boleh beli pek percubaan dulu. Jangan risau. Untuk pek percubaan susu kambing Baraka (200gm), pek percubaan Baraka Beauty Drink dan Baraka Beauty Drink (375m), anda boleh dapatkannya secara dalam talian dengan menghubungi mereka melalui Facebook.




Untuk maklumat lanjut tentang Susu Kambing Baraka, boleh layari :

Whatsapp : 018-3267978
Phone : 03- 51037657




xoxo,

post signature

You Might Also Like

3 comments

Youtube Channel

Blog Archive