Contact Lens | Horien Eye Secret 38% 3 Months Colour Lens

01 September 2015

Assalamualaikum. Ramai tak yang pakai contact lens kat sini? Kali ni Ayue nak review contact lenses dari Horien Eye Secret. Kalau anda nak tahu, Horian Eye Secret adalah produk keluaran Taiwan dan merupakan salah satu pengeluar kanta lekap terbesar di dunia Mesti ramai yang dah pernah dengar kan sebab contact lens dari Horien Eye Secret ni agak popular di Malaysia.


Memandangkan Ayue ni tidak terlalu rabun, power mata Ayue pun kurang dari 1.00, Ayue memilih untuk tidak menggunakan cermin mata. Ayue rasa rimas bila pakai cermin mata, rasa seperti memandangan Ayue terhad, dan yang paling penting, tersembunyilah mata Ayue yang cantik ni disebalik cermin mata kan? Rugi-rugi.


Pada Ayue, mata memainkan peranan yang sangat penting dalam penampilan diri. Bukan saja kita perlu mekap untuk mencantikkan mata, malah mata itu sendiri kena cantik supaya nampak lebih menyerlah. Bila Ayue diberi peluang oleh Horian Eye Secret untuk mencuba contact lens keluaran terbaru mereka iaitu Contact Lens Berwarna Kegunaan 3 bulan mereka, 



Ayue sangat teruja! Mana tidaknya, Horien Eye Secret 38% berwarna kegunaan 3 bulan ini mempunyai 6 pilihan warna yang menarik iaitu Rome Grey, New York Green, Vancouver Pink, Berlin Gold, Kiev Blue, dan Madrid Grey.



Wait, Pink & Gold? Seriously? Pink & Gold?! Warna kegemaran Ayue tu. Jarang jumpa contact lens warna pink & gold kan? Macam mana agaknya kalau Ayue pakai ya. Ini pertama kali Ayue mempunyai koleksi contact lens berwarna dengan banyak. Happy gila! Tak sabar nak buat macam-macam penampilan dengan contact lenses ni.



3 Tone (Fantasy Series) : Rome Grey, New York Green


Rome Grey (3-Grey)





New York Green (3-Green)






2 Tone (Sweetheart Series) : Vancouver Pink, Berlin Gold, Kiev Blue, Madrid Grey


Vancouver Pink (2-Pink)





Berlin Gold (2-Gold)





Kiev Blue (2-Blue)





Madrid Grey (2-Grey)


Nampak unik sangat warna pink dan gold tu kan? Contact lens 2 tone ni mempunyai design yang istimewa dan mampu memberi kesan refreshing look kepada anda. Kesemua rekabentuk contact lens ini mempunyai kesan mata besar (BC: 8.7mm & DIA: 14.2mm), jadi mata anda akan lebih kelihatan besar, menarik dan menyerlah. Wah! Sesuai sangatlah untuk mereka yang mempunyai mata hitam yang kecil macam Ayue ni.

Rangkaian contact lens kegunaan 3 bulan ini mempunyai 38% kandungan air dengan teknologi warna Bio-molecule 3D wrap (BMW) yang membuatkan permukaannya licin dan kanta yang nipis. Malah penglihatan mata juga akan lebih tajam. Menariknya contact lens ini, ia bukan saja cantik bila anda pakai, malah ia juga tidak membahayakan. Anda tidak perlu risau kerana ia telah pun mendapat sijil pengiktirafan yang betul.

Apa lagi, jom tengok apa hasilnya bila Ayue pakai kesemua 6 warna contact lens kegunaan 3 bulan ni. Ini adalah wajah Ayue tanpa contact lens. Mata hitam Ayue kecil kan? Nampak kurang menarik. Tapi, bila Ayue pakai6 warna contact lens dari Horien Eye Secret ni, ini jadinya.


Ini pula lepas Ayue pakai 38% Contact Lenses berwarna kegunaan 3 bulan dari Horien Eye Secret.




3 Tone (Fantasy Series) : Rome Grey, New York Green


Rome Grey






New York Green






2 Tone (Sweetheart Series) : Vancouver Pink, Berlin Gold, Kiev Blue, Madrid Grey


Vancouver Pink






Berlin Gold






Kiev Blue






Madrid Grey





Macam mana? Cantik kan. I’m such a happy girl! Setiap warna memberi kesan penampilan dan karakter yang berbeza. Warna kegemaran Ayue adalah pink dan gold. Dan yang paling menarik perhatian Ayue adalah New York Green. Cantiknya. Mata Ayue nampak natural dan lebih besar. Anda pula bagaimana? Warna apa yang anda rasa sesuai dengan Ayue?

Untuk pengetahuan anda, contact lens ni sangat lembut dan selesa bila Ayue pakai. Ia juga tidak cepat kering walaupun Ayue kerja di dalam air-cond melebihi 8 jam sehari. Terbaik.


Selain dari 38% Contact Lenses berwarna kegunaan 3 bulan, Horien Eye Secret juga mempunyai 55% Contact Lens lembut kegunaan bulanan yang mempunyai HD Visual experience. Ia juga mempunyai reka bentuk aspheric dan teknologi HD untuk menghalang gangguan visual dan memastikan penglihatan anda tajam walaupun dalam persekitaran yang gelap.

Kalau anda juga ingin dapatkan Horien Eye Secret 38% Contact Lenses berwarna kegunaan 3 bulan ni dan 55% Contact Lens lembut kegunaan bulanan, Ayue syorkan anda beli sekarang sebab Horien Eye Secret sedang buat promosi!!



Promotion: 

  • Beli 1 PERCUMA 1 (38% Contact Lenses berwarna kegunaan 3 bulan + 360ml Fresh solution)
  • Beli 3 PERCUMA 2 (Beli 3 kotak 55% Contact Lens lembut kegunaan bulanan, anda akan dapat satu lagi kotak & 60ml solution secara PERCUMA!)
  • Percuma Mini Lens case box dengan setiap pembelian 38% Monthly soft contact lens atau 38% Monthly color contact lens






Apa lagi? Cepat-cepat beli okey? Takkan Ayue seorang je nak cantik kan? Hehe.



Untuk maklumat lanjut tentang Horien Eye Secret, sila layari:

Website : http://www.eyesecret.com.my
Store Locator : http://www.eyesecret.com.my/store-locator/
Facebook : https://www.facebook.com/HorienOpticMalaysia
Instagram : https://instagram.com/horieneyesecret/ #HorienEyeSecret



~Feel the world through your eyes~




xoxo,

Join the conversation!

  1. akak...fidah baru nak cari hari ni...huhuhu..betul kak..bila pakai spek mata ni...pandangan mata terbatas..pastu rasa macam kurang comel..nak makeup mcm muda2 dulu pun tak boleh...

    ReplyDelete
  2. So far tak pernah pakai lagi brand Horien ni. Tengok gambar lelawa hmm rasa cam kena beli camera gak je haha!

    ReplyDelete
  3. Ayu, yang berlin gold tu nampak sesuai sangat dengan ayu. Nampak macam natural

    ReplyDelete
  4. cantik-cantik semuanya..sayangnya akak x pakai contact lens...

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.