Festival Bon Odori di One Utama

Saturday, September 05, 2015

Assalamualaikum. baru-baru ni Ayue telah pergi ke One Utama untuk melihat sendiri Bon Odori. Untuk pengetahuan anda, Bon Odori adalah pesta tarian kebudayaan dan festival makanan yang termasyhur dari Jepun. Kini anda tak perlu lagi ke Jepun untuk melihat festival ini kerana Bon Odori telah dibawakan ke One Utama untuk dinikmati oleh warga kota.



Rakyat Malaysia dapat menikmati pelbagai aspek kebudayaan masyarakat Jepun, bersama-sama dengan lebih daripada 1,000 jenis produk makanan, kuih-muih dan juadah istimewa di sana. Ayue juga dah cuba beberapa produk yang diberi sebagai tester.




Angus Gore-Andrews, Pengurus Besar Pasar Raya Cold Storage berkata, "Sebagai salah sebuah pasar raya pertama di Malaysia, atau lebih tepat lagi, Tanah Melayu pada ketika itu; Cold Storage memang terkenal dengan produk segar dan berkualiti, yang diimport dari seluruh pelusuk dunia sejak dahulu lagi. Reputasi ini adalah hasil usaha beberapa dekad kami dalam memenuhi keperluan masyarakat global bukan hanya terhadap makanan segar tetapi juga barangan runcit yang diimport dan makanan tempatan, tidak kira dimana jua,


"Kami juga sedar, menawarkan hanya makanan tempatan kepada para pelanggan adalah tidak mencukupi. Setiap komuniti mempunyai perayaan mereka sendiri yang datang dengan makanan istimewa dan amalan kebudayaan yang tersendiri. Selama beberapa tahun, kami telah memuatkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan perayaan ke dalam kalendar tahunan kami bagi meraikan kepelbagaian pelanggan kami. Pesta Makanan Jepun Cold Storage kali ini, yang diadakan bersempena dengan Obon atau Festival Bon, adalah salah satu daripadanya," jelas beliau. 



Festival Bon Odori, secara tradisinya diadakan untuk memberi penghormatan kepada nenek moyang, telah diraikan di Jepun lebih daripada 500 tahun. Sambutan bercirikan karnival itu berlangsung selama tiga hari disambut antara bulan Julai dan September, di kawasan-kawasan berbeza di Jepun. 

Ia merupakan satu acara lengkap buat seisi keluarga dengan aktiviti-aktiviti tradisional dan moden seperti tarian, nyanyian dan persembahan kostum, serta pelbagai permainan popular masyarakat Jepun. Seronok bila dapat melihat sendiri budaya dan tarian dari negara luar di negara sendiri. 


Secara tak langsung ia dapat meluaskan lagi pengetahuan kita tentang masyarakat yang ada di dunia ni. Terdapat juga gerai makanan dan minuman  dari negara Jepun. 













Untuk pesta makanan itu, produk makanan dan manisan Jepun yang diimport termasuk keropok beras, teh hijau, gula-gula serta bahan-bahan masakan seperti rumpai laut, miso dan rempah ratus. Banyak juga yang menarik perhatian Ayue antaranya seaweed dan coklat.

Bersempena dengan sambutan musim perayaan Jepun, pelbagai barangan istimewa telah dibawa masuk dari Hokkaido dan Shizuoka, di antara pelbagai produk edisi terhad yang lain.



Jom ke Festival Bon Odori nak?




xoxo,


post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive