Mary Kay | Mineral Cheek Color Duo Review

Saturday, September 26, 2015

Assalamualaikum. Yeay! Ayue nak review produk dari Mary Kay lagi. Favorite makeup brand Ayue. Hehe. Kali ni Ayue nak review blusher dari Mary Kay. Kalau sebelum ni Ayue pernah review Lip Gloss dan Eye Shadow, jom tengok pula blusher Mary Kay ni awesome ke tidak.


Ayue ada dua warna iaitu Ripe Watermelon dan Juicy Guava. Dua-dua pun cantik. Ayue suka sangat. Biasanya kalau mekap, Ayue akan letak sedikit blusher yang warna ala-ala pink berbanding neutral untuk highlight kan pipi bagi gebu dan nampak glowing gitu.



Mary Kay | Mineral Cheek Color Duo

Mineral Cheek Color Duo ini menawarkan matte blush dan pearlized highlighting shade. Menarikkan? Dua dalam satu. Ayue suka konsep yang digunakan kerana dengan base matte, kita boleh highlight kan dengan rona pearl. Malah bukan saja satu gaya, macam-macam gaya nada boleh lakukan dengan Mineral Cheek Color Duo ni.


Diperbuat daripada bahan mineral dan semula jadi membuatkan ia sesuai untuk semua jenis kulit. Anda boleh memakai Mineral Cheek Color Duo ni untuk kelihatan natural atau pun untuk tampak lebih berani kerana warna yang ditawarkan sesuai untuk semua warna kulit.



Ciri-ciri Mary Kay | Mineral Cheek Color Duo

  • Kaya, warna yang bertenaga dan sesuai untuk semua warna kulit. Sesuai untuk membuat kesan glowing
  • Setiap palet mengandungi matte blush dan pearlized highlighting shade
  • Boleh digayakan secara tipis atau terang untuk tampak lebih berani
  • Warnanya tahan sepanjang hari






Cara penggunaan Mary Kay | Mineral Cheek Color Duo

Mineral Cheek Color Duo ini digelar mineral cheek multitasker kerana anda boleh membuat pelbagai gaya solekan dengan hanya menggunakan satu warna palette. Yang mana satu pilihan anda?






Review Mary Kay | Mineral Cheek Color Duo

Ayue suka bila ia didatangkan dengan size yang kecil dan muat untuk diletakkan di dalam beg dan boleh dibawa kemana saja Ayue pergi. Ringan pula tu. Sangat mudah. Letak saja di dalam beg, anda sudah sedia untuk keluar. Paling best adalah Mineral Cheek Color Duo ni tahan lama sepanjang hari. Tak payah nak touch up lagi bila muka dah berpeluh.




Ayue dah cuba kedua-dua warna Ripe Watermelon dan Juicy Guava. Secara peribadi, Ayue lebih suka Ripe Watermelon sebab sesuai dengan gaya solekan yang Ayue suka iaitu natural. Lembut je bila tengok, cewah!

Berbaloi dengan harganya, sikit saja guna dah nampak warnanya. Jadi satu palette ni boleh tahan lama. Kena dengan gaya, mungkin sepanjang tahun? Hehe.






Produk Info Mary Kay | Mineral Cheek Color Duo


Harga : RM60
Available colour : Ripe Watermelon dan Juicy Guava



Untuk makluman lanjut tentang Mary Kay, boleh layari :


Laman web : www.marykay.com.my
Facebook : Mary Kay Malaysia


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive